pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama

Archive for February 2010

gravatar

Emel Untuk Teman



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.


Assalamualaikum..

Kamu apa kabar?

Harap kamu sihat dan bahagia.

Saya dah terima mesej kamu semalam,

kamu betul ke benci saya?

Saya mintak maaf,

sebulan dua ni memang saya sibuk..

Sejak habis periksa hari tu,program penuh..

Minggu depan baru lapang sikit..


Tak apalah,

yang penting,

saya nak kamu tahu yang saya memang sayang kamu,

pada saya kamulah teman sejati yang sanggup bersama saya pada waktu saya susah dan waktu saya senang,

saya hargai sangat.


Tapi saya tak tahu apa nak balas,

macam mana nak balas,

sedangkan saya banyak buat salah dengan kamu.


Saya tak pernah berniat nak lukakan hati kamu,

kalau boleh saya nak setiap masa kamu gembira dan bahagia,

tapi apakan daya,

Saya sendiri pun selalu tak dapat buat apa yang saya nak..


Teman,



matlamat kita masih panjang.

Yang kita cari adalah damai abadi,

yang kita kejar adalah cinta hakiki,

yang kita tuntut adalah redha Ilahi..

Saya selalu doakan kamu,keluar kita masing-masing,dan semua sahabat-sahabat saya muslimin dan muslimat supaya kita dapat tempat dalam pandangan Allah..

Tak ada apa dalam hidup ini yang saya nak melainkan redha Ilahi,

buat sesuatu dan nak Allah redha,

bukan senang,

tapi tak susah kalau kita tahu caranya..

Dan kita sekarang sedang melangkah ke arah tu..

Saya nak gali apa makna sebenar melakukan sesuatu dan Allah redha perbuatan tu..

Mari bersama saya..

Kita gali rahsia kalam Allah.



Temanmu,

HAMBA ILAHI

Twitter
Facebook
gravatar

Menangis baginda dengan tangisan kesedihan ketika itu. Apakah kita yang akan menjadi penyebab tangisan baginda nanti?

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.


Apakah kamu mengenali baginda?



Wahai kamu yang setiap kali datang 12 RabiulAwwal menyambut dengan pelbagai sambutan. Wahai kamu yang setiap kali datang 12 RabiulAwwal baru sibuk berselawat. Wahai kamu yang setiap kali datang 12 RabiulAwwal baru hendak mengadakan majlis keagamaan. Wahai kamu yang setiap kali datang 12 RabiulAwwal baru pergi ke masjid-masjid. Wahai kamu yang setiap kali datang 12 RabiulAwwal baru hendak mengadakan rancangan berbentuk kerohanian. Wahai kamu yang setiap kali datang 12 RabiulAwwal, baru hendak mengingati baginda dengan alasan kecintaan.

Saya ingin bertanya.

Apakah kamu mengenali baginda?

Apakah kamu mampu mempertahankan baginda dengan baik apabila baginda dihina?

Apakah kamu mampu membuktikan baginda itu susuk termulia di atas dunia ini bila dia dikeji?

Apa yang telah kamu lakukan pada sunnah baginda? Apakah daripada baginda yang kamu bawa dalam kehidupan?

Kamu bising mengetahui apa yang pasangan kamu suka, kamu tahu apa yang selebriti kamu cinta, kamu tahu apa yang silibus peperiksaan mahu, kamu tahu apa yang pensyarah kamu senangi, tetapi apakah kamu mengetahui apakah yang baginda Rasulullah SAW kehendaki?

Kamu bising hendak tahu apa yang boss kamu benci, kamu mesti hendak tahu apa yang guru kamu larang, kamu mesti hendak tahu apa yang pasangan kamu tidak senangi, kamu mesti hendak tahu apakah cara menjawab yang perlu dihindari, tetapi tahukah kamu apakah yang baginda Rasulullah SAW hendak kita sisihi?

Sampai ke tahap mana kamu mengenali baginda?

Sekadar tahu 12 RabiulAwwal?

Heh. Tidak hairanlah kita ini hanya Islam omongan sahaja.


Baginda mencintai kita

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya aku merindui ikhwanku”

Sahabat-sahabat bertanya: “Siapakah Ikhwanmu ya Rasulullah?”

“Mereka yang tidak pernah melihatku, tetapi berpegang teguh pada ajaranku”

Baginda merindui kita. Apakah kita merindui baginda?

Rasulullah SAW pada saat nazak, bertanya kepada Jibril AS,

“Wahai Jibril, apakah yang telah Allah sediakan untuk ummatku?”

Tidak baginda bertanya apakah Allah telah sediakan untuknya, apakah balasan Allah untuk segala pengorbanannya, apakah bentuk nikmat akan dia perolehi di syurga sana. Tetapi saat-saat akhir hayatnya, baginda bertanyakan keadaan kita.

“Ummati, ummati, ummati…” Itulah yang baginda sebutkan saat-saat hendak berpisah dengan dunia fana ini. Kita mengetahui bahawa, kematian itu sakitnya ibarat ditusuk 3000 pedang. Rasulullah SAW sendiri menyatakan dalam satu sabdanya: “Wahai Aisyah, sesungguhnya sakarat itu sangat menyakitkan”

Tetapi pada saat itu, kita yang disebutkan baginda.

Apakah yang telah kita lakukan dengan kecintaan baginda ini?


Di akhirat nanti


Saat kesukaran yang teramat sangat. Saat matahari hanya berjarak sejengkal. Saat manusia semua tunggang langgang, kucar kacir dan kelam kabut. Saat terbukanya hijab alam ghaib di mata manusia. Saat yang amat menakutkan.

Ketika ini ummat manusia bergerak dari nabi ke nabi, rasul ke rasul memohon perlindungan. Nabi Adam tidak menerima. Nabi Ibrahim juga tidak menerima. Nabi Musa juga tidak menerima. Nabi Isa juga tidak menerima. Semua berkata: “Aku tidak pernah melihat Allah murka seperti hari ini, sesungguhnya Dia tidak pernah murka sebegini, dan mustahil untuk Dia murka seperti ini selepas hari ini. Hari ini aku aku, dan kalian dengan urusan kalian sendiri”

Tetapi, akan ada satu suara yang memanggil.

“Ummati, ummati, ummati”

Di tengah kedasyatan hari perhitungan itu, baginda muncul dinaungi awan. Menyelamatkan ummat baginda. Kisah akan perihal ummat baginda. Sedia memberikan syafaat pada ummat baginda.

Hingga sampai tahap, menangis bila melihat ummat baginda memasuki neraka.

Rasulullah SAW akan melihat nanti ada ummat baginda yang tidak menyahut seruan baginda, tetapi dibawa oleh malaikat-malaikat penjaga neraka. Maka baginda akan resah dan bertanya kepada Jibril:

“Wahai Jibril, itu ummatku. Kenapa mereka tidak bersamaku hari ini?”

Jibril akan menjawab: “Sesungguhnya, kau tidak mengetahui apakah yang mereka lakukan sepeninggalan kau”

Menangis baginda dengan tangisan kesedihan ketika itu.

Apakah kita yang akan menjadi penyebab tangisan baginda nanti?


Penutup: Sejauh mana cinta kita kepada baginda?


Sejauh mana?

Tidakkah kita malu dengan susuk tubuh yang mulia ini?

Sejauh mana cinta kita kepada baginda?

Lihatlah hari-hari kita? Bagaimana kita laluinya? Bagaimana kita isi kehidupan kita? Apakah dengan ajaran baginda, atau dengan ajaran manusia-manusia yang memushi baginda?

Kita berarak, membawa sepanduk, menonton televisyen rancangan maulid, tetapi bagaimana kehidupan kita sehari-hari?

Kita pergi usrah, pergi kuliah agama, hafal sirah Rasul, belajar kuliah syariah, tetapi bagaimana pembumian amalan kita?

Kita rasa berat untuk dicucuk jarum atas perjuangan menjaga agama Allah SWT. Baginda telah berikat perut, memerah keringat, tertumpah darah dalam perjuangan ini.

Apakah yang telah kita balas terhadap pengorbanan baginda?

Tidakkah kita ada rasa hendak berterima kasih kepada susuk mulia ini? Tubuh suci yang telah sakit disebabkan hendak menyampaikan iman kepada kita? Tubuh suci yang telah dilukakan musuh kerana hendak menyampaikan Islam kepada kita? Tubuh suci yang telah diburu kerana hendak menyampaikan amanah Allah kepada kita? Tubuh suci yang telah berlapar kerana hendakkan kita merasai nikmat kehidupan yang sebenar.

Kita, baru diajak meninggalkan couple, sudah bising satu dunia. Baru diajak menutup aurat, sudah rasa macam hendak kiamat. Baru diajak meninggalkan kata mencarut, sudah rasa macam hendak mati.

Ummat jenis apakah kita ini?

Berbanding terluka dengan orang kafir yang melukis karikatur Rasulullah, yang menghina Rasulullah, saya lebih terluka dengan ummat Islam yang meninggalkan ajaran Rasulullah SAW.


Bukan tulisan saya,saya copy paste di ini

Twitter
Facebook
gravatar

Mari Mencintai Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam




Mari Mencintai Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.

ITULAH DIA RASULLULLAH

‘Tiada peribadi yang lebih indah daripada baginda Rasulullah SAW. Saya merasa amat rendah hati apabila hendak menceritakan susuk tubuh yang mulia ini. Namun saya kira, apa salahnya saya kongsikan perasaan saya terhadap baginda dengan anda semua.

Rasulullah SAW inspirasi saya. Baginda adalah manusia yang saya segan dengannya. Baginda adalah insan yang bila sirahnya dibentangkan di hadapan saya, saya bergetar. Baginda adalah yang saya amat sayang.

Walaupun saya tidak tahu, sama ada di akhirat kelak baginda mengenali saya sebagai ummatnya atau tidak.

Kelebihan baginda yang tertinggi – akhlak



Bagi manusia, aset terbesarnya adalah syakhsiah dirinya. Rasulullah SAW, asetnya ini berjaya dikuasai. Hasil daripada tarbiyah langsung oleh Allah SWT, baginda mempunyai akhlak yang sangat bersih.

Saidatina Aisyah pernah ditanya berkenaan akhlak Rasulullah SAW, Saidatina Aisyah menjawab: “Akhlaknya seperti Al-Quran

Baginda adalah pembumian Islam. Baginda adalah bukti daripada Allah SWT bahawa Islam itu mampu dilaksanakan. Dan kalau ada orang berkata: “Boleh lah, dia Nabi”, saya akan berkata: “Maka lihatlah Abu Bakr, lihatlah Umar. Mereka ditarbiyah oleh Rasulullah SAW. Bukankah mereka manusia biasa?”

Baginda Rasulullah SAW sangat merendah diri. Walaupun dia Rasul, dia langsung tidak membesarkan dirinya. Hatta apabila dia diseksa di Taif dan Allah menghantar malaikat untuk menghukum penyeksanya, dia meminta Allah melepaskan mereka.

Moga nanti, dari tulang sulbi mereka, muncul manusia yang beriman” Itu bicara baginda.

Saat baginda diizinkan Allah SWT untuk mengucup kemenangan besar pada Fathu Makkah, baginda tidak memasuki Tanah Haram itu dengan mendabik dada megah. Tetapi baginda menunduk, bertasbih memuji-muji Allah SWT dengan penuh rasa kerdil. Hingga diriwayatkan bahawa, dagunya hampir menyentuh tubub Qaswa, unta tunggangannya.
Baginda sangat rapat dengan anak-anak. Baginda juga mencintai orang miskin dan anak yatim.

Baginda pernah merapatkan jari telunjuknya dan jari hantunya, kemudian baginda bersabda: “Aku dengan anak yatim, adalah seperti ini

Bukan pendendam

Rasulullah SAW tidak menyimpan hasad di dalam jiwanya. Ketika menawan Makkah, semua kaum quraisy yang pernah menyiksanya dahulu merasa risau. Pada saat itu, Rasulullah SAW bertanya:

Pada pemikiran kamu, apakah yang akan aku lakukan?”

Kaum Quraisy menjawab: “Kamu wahai Muhammad, hanya melakukan yang baik-baik sahaja

Rasulullah SAW tersenyum. “Kamu semua bebas

Mudah. Tidak dia membalas perbuatan orang-orang kafir Makkah. Tidak pula dia mencari personal-personal yang telah menyusahkan jalan dakwanya. Tidak. Tetapi dia memaafkan.

Sangat amanah



Rasulullah SAW digelar Al-Amin oleh kaum Quraisy. Digelar Al-Amin kerana baginda amat amanah, jujur dan tidak pernah berbohong. Langsung tidak khianat. Walaupun selepas itu kaum quraisy menentang baginda, Rasulullah SAW tetap menjaga dengan penuh amanah barang-barang yang disuruh kaum quraisy untuk dijaga.

Rasulullah SAW tidak mencuri barangan mereka. Rasulullah SAW tidak menghilangkan barangan mereka. Walaupun mereka menyusahkan kehidupan baginda. Malah, antara sebab Rasulullah SAW meninggalkan Ali RA semasa peristiwa Hijrah adalah untuk memulangkan semua barangan yang disuruh oleh Kaum Quraisy, untuk Rasulullah SAW menjaganya.

Dia Suami Romantik, Bapa Penyayang, Sahabat terbaik

Rasulullah SAW tanpa segan, senang bermain lumba lari dengan Aisyah RH. Pernah juga sekali, semasa ada pertunjukan, dan Aisyah ingin melihatnya, Rasulullah SAW meletakkan dagu Aisyah pada bahunya.

Rasulullah SAW juga adalah bapa yang sangat penyayang. Dia amat menyayangi Fatimah. Diriwayatkan bahawa, setiap kali dia bertemu Fatimah, dia akan mencium dahi anak perempuan kesayangannya itu.

Rasulullah SAW juga sahabat yang terbaik. Ketika Abu Bakr RA menawarkan untanya semasa peristiwa hijrah, Rasulullah SAW tidak mahu menerianya kecuali dengan bayaran. Rasulullah SAW juga tidak segan memberitahu kasih baginda kepada sesiapa yang baginda cintai.

Pernah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling kau cintai?”

Tanpa ragu, Rasulullah SAW menjawab: “Aisyah

Dari kalangan lelaki?

Ayahnya(Yakni Abu Bakr)”

Baginda juga pernah besabda: “Andai aku boleh memilih kekasih lain selain Allah, maka aku akan memilih Abu Bakr menjadi kekasihku.”

Sangat tabah






Yang menggerakkan hati saya, adalah kehidupannya yang padat. Rasulullah SAW berdakwah, menjadi hakim, menjadi sahabat, menjadi suami, menjadi bapa, menjadi jiran, menjadi ketua negara, menjadi ketua perang. Waktu siangnya teramat sibuk.

Tetapi, kesibukan waktu siangnya tidak menganggu qiamnya yang panjang pada waktu malam. Sehingga satu tahap, kaki baginda bengkak-bengkak kerana terlalu lama bersolat.

Aisyah pada satu hari bertanya: “Kenapa kau sampai begini? Sedangkan Allah telah mengampunkan dosa kau yang telah lepas dan yang akan datang”

Rasulullah dengan penuh rendah hati menjawab: “Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”

Macam mana agaknya, seorang manusia yang teramat sibuk pada waktu siangnya, mampu bangun dan menunaikan solat malam terlalu lama hingga kakinya bengkak?

MasyaAllah.’

Catatan di atas adalah secebis lakaran Hilal Asyraf dalam lamannya berkenaan Baginda Nabi yang saya kutip dan lampirkannya di sini untuk tatapan kita bersama.

MARI MENGENANG BAGINDA BANYAK-BANYAK



Mengingatkan baginda nabi,hati saya menjadi sayu.Adakah saya dapat bersama baginda nanti?

Adakah baginda akan menerima saya yang pada masa yang ketika itu semua manusia lain terlalu sibuk dari memikirkan selain hal dirinya sendiri?

Adakah baginda mahu memberi syafaatnya tatkala kita memohon kepada baginda yang pada ketika itu tiada lagi manusia yang dapat membantu manusia lain selain baginda?

Adakah baginda sanggup memandang wajah-wajah kita yang penuh kegelapan maksiat ini?

Sedangkan baginda adalah kekasih Allah.

Hidup baginda penuh dengan suri teladan yang baik.Sirah baginda adalah sejarah terulung yang tiada bandingannya.

Baginda berjuang menyemai cahaya Islam ke dalam hati para sahabat yang pada masa itu seluruh kehidupan mereka disurami kegelapan jahiliyyah.Dan mengubah mereka menjadi generasi terbaik yang pernah diketahui.

Kalau bercerita berkenaan baginda Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam 10 hari pun mungkin tidak habis. Hal ini kerana, baginda ibarat lautan ilmu yang berjaya. Baginda adalah qudwah hasanah kepada manusia yang inginkan syurga Allah SWT.

Sesungguhnya pada Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, bagi siapa yang inginkan Allah dan hari akhirat…” Al-Ahzab ayat 21.

Baginda sangat mulia dan tidak mampu diceritakan semuanya dalam dua tiga muka surat. Peribadi baginda terlalu bersih dan amat menawan. Hatta diam baginda juga menjadi tauladan.

MasyaAllah.

Adakah kita sudah benar-benar mengenali baginda?

Jika belum, maka selaklah sirah baginda.

Sesungguhnya kita akan jatuh cinta dengannya.




Saya memohon ampun daripada Allah Subhanahu Wa Taala kerana dalam catatan ini saya tidak mampu membawa makna yang sebenar tentang ketinggian dan kemuliaan peribadi baginda.

Diri saya yang serba hina ini sangat tidak layak untuk berbicara berkenaan baginda,namun saya tidak mahu melepaskan peluang daripada menyebutkan kepada diri dan kepada anda supaya kita sama-sama memperbanyakkan diri mengenang baginda yang ketika berhadapan sakaratul maut masih mengingati kita,ummatnya ini.

Justeru,untuk kesekian kalinya saya mengajak,

Marilah kita mengenang dan mencintai baginda.

Supaya dengan kecintaan itu mendekatkan kita kepada baginda yang mulia.

Dari Abu Musa al-Asy’ari berkata: Rasulullah bersabda: Seseorang itu bersama orang yang ia cintai. (Muttafaqun 'alaihi)

wallahu'alam

Twitter
Facebook
gravatar

Ke Mana Kita Tumpahkan Cinta

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.

Saya menulis artikel ini ketika sedang berbual dengan ustaz Zulhazwan yang baru saya kenali semalam.Saya beruntung kerana dapat mengenali beliau yang isterinya sekarang sedang sarat mengandungkan anak sulung mereka.Kita doakan kesejahteraan beliau sekeluarga.Amiin..


LangitIlahi.Com



Pagi ini saya melawat ke laman web LangitIlahi.com.Sebuah laman yang temanya berbunyi Mari Menjadi Hamba dan -pada saya- pengendali laman berkenaan benar-benar berusaha ke arah temanya itu.

Nama pengendali laman itu ialah Asyraf Hilal,sebuah nama yang saya tertarik walaupun sebelum saya mengetahui apa-apa tentang dia.Dan apabila saya mengenali tulisan-tulisannya,saya benar-benar tertarik.

Terlebih pula saya memuji beliau(baca:tulisan-tulisan beliau).Namun bukan niat asal saya hendak memujinya.Tapi memandangkan sudah terlanjur menceritakan ini,maka di sini saya mengajak anda supaya berziarah ke laman beliau,langitIlahi.com.

Berkunjunglah,anda akan mendapat manfaat darinya.InsyaAllah.

Saya bercerita tentang beliau adalah kerana sebagai mukaddimah catatan saya pada kali ini.Hal ini demikian kerana tulisan saya pada kali ini adalah cebisan ilham daripada sebuah artikel beliau,Ekspedisi Cintaku.

PENGARUH CINTA


Tuan-tuan yang saya muliakan,

Terus-terang saya katakan,cinta sebenarnya sangat berpengaruh dalam kehidupan insan.Cinta telah membuat ramai manusia begitu komitmen untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan penuh kesungguhan.

Sanggup bersusah-payah demi mencapai kehendak pihak yang dicintainya.

Kepuasan cintanya.

Cinta seorang lelaki kepada teman wanitanya mampu membawa lelaki tersebut hingga mencapai sesuatu yang selama ini tidak pernah dibayangkannya.Begitu juga sebaliknya.

Berita gadis yang membunuh diri akibat tewas dalam bercinta sudah terlalu sering kita terdengar.Yang lari dari rumah lantas mengikut pasangannya pula tidak perlu kita fikir,terlalu ramai!

Hanya kerana cinta manusia.

Namun ada pula cinta yang lain dari itu.

Iaitu cinta kedudukan dan kemahsyuran.

Contohnya?

Contohnya adalah yang selalu kita dengar dan yang sering kita bincangkan.Saya yakin,ramai dalam kalangan kita yang tanpa sedar ataupun dengan sedar selalu menjadi perbicangan dalam hidupnya adalah tentang ini.Iaitu tentang kedudukan dan kemahsyuran.

Sama ada kedudukan diri sendiri atau kemahsyuran orang lain.Hampir sama sahaja.

Golongan dewasa asyik dengan mencari kedudukannya,sedang kumpulan remaja pula sibuk
pada mencari kemasyhuran.Kedudukan dan pangkat supaya mereka dikenali dan dihormati.Kemasyhuran dan kemegahan supaya mereka dipuja dan digilai.

Bukankah ini yang membarah dalam masyarakat insan?

Tapi masih adakah juga cinta yang lain dari itu?

Jawapannya ada.

Iaitu cinta harta dan kemewahan.

Cinta harta juga tidak kurang hebatnya.Pernah anda mendengar dua orang yang berbunuhan kerana harta?

Tanpa berfikir panjang anda pasti akan menjawab ‘ya’ atau ‘pernah’.Kerana jawapannya memang harus itu!

Sudah terlalu ramai yang yang hilang nyawa atau mati hanya kerana harta.Yang memenuhi dada-dada akhbar kita sekarang,bukankah kebanyakannya tentang cinta harta?

Maaf.

Kita ini,manusia.

Saya menyebutkan contoh-contoh yang tidak enak ini kerana mahu mengatakan bahawa peranan cinta dalam kehidupan kita.Supaya dengan contoh-contoh yang dahsyat ini ia benar-benar membawa kepada makna bahawa cinta itu benar-benar memberi pengaruh yang besar kepada kehidupan manusia.

CINTA APA SEBENARNYA



Sebenarnya ada lagi perkara-perkara lain yang menjadi kecintaan para manusia ini.Namun di sini saya tidak mahu memfokus kepadanya kerana pada saya tiga jenis cinta inilah yang banyak terjadi.

Dan sebenarnya juga,cinta itu hanya menjadi benar apabila ia duduk di tempatnya yang benar.

Adakah saya bermaksud cinta-cinta di atas tidak benar?

Jawapannya ada pada anda.

Saya tidak mahu semberono mengatakan cinta-cinta itu tidak benar.

Boleh jadi cinta-cinta ini benar.Boleh jadi juga ia tidak pada tempat yang benar.Seperti yang saya katakan tadi,cinta itu hanya benar apabila duduknya di tempat yang benar.

Jadi apa cinta yang benar bila duduk di tempatnya?

Jawapan saya adalah kebanyakan cinta itu benar apabila ia sudah duduk di tempatnya.

Ini jawapan saya.Anda berhak untuk khilaf.

Namun izinkan saya menghuraikannya,walaupun seringkas ini.

Cinta pasangan itu boleh,tapi ia bersyarat.

Apa syaratnya?

Syaratnya pada saya,cinta pada pasangan itu adalah cinta yang dengannya kita peroleh rahmat.Cinta yang padanya kita mendapat berkat.Cinta yang melaluinya Tuhan berkenan melimpahkan maghfirah-Nya.

Pada saya inilah satu-satunya syarat yang paling utama.

Qiaskanlah syarat ini pada cinta pasangan,anak-anak,harta,pangkat,wang ringgit dan semuanya.

Maksudnya mudah,apa sahaja yang menjurus kepada syarat ini,maka bagi saya ia adalah benar.Jika tidak benar,masakan Allah berkenan melimpahkan rahmat-Nya.

Itu sahaja.

CINTA ALLAH





Namun anda rasa bagaimanakah untuk sampai ke situ?

Maksud saya bagaimanakah untuk mencapai cinta semua tadi yang padanya menarik pandangan Sang Pencipta?

Lalu mengubah cinta dunia yang kita pandang jelek menjadi cinta yang mulia.

Cinta yang murni.

Maka di sini saya memaklumkan.

Dengan kita mula mencintai-Nya,maka kemudiannya kita akan tahu bagaimana untuk meletakkan semua cinta tadi di duduknya yang benar.

Cinta Allah yang dengannya kita akan tahu bagaimana untuk meletak cinta pasangan kita.

Kerana dalam syariat-Nya yang syumul,telah diterangkan caranya.

Iaitu dengan jalan yang halal.Selagi belum halal,cinta itu itu tidak benar.

Jangan percayakan cinta itu.Jangan beramal dengannya.Kerana ia cinta yang tidak benar.

Ia boleh menarik murka-Nya.

Begitu juga cinta kedudukan.Ia boleh menjadi modal besar dalam meraih redha-Nya.Katakan saja,dengan kedudukan yang seseorang miliki,dia mempengaruhi manusia lainnya supaya turut sama mencintai Allah.

Bukankah dengan kedudukannya itu manusia lebih dekat untuk menerima berbanding dia hanya manusia yang tidak langsung dipandang?

Tuan-tuan,

Begitu jugalah kemasyhuran,pangkat,harta,keturunan dan apa sahaja yang kita cinta.Asal sahaja cinta kita itu kerana-Nya,maka itulah duduknya yang benar.

JUJURLAH,KE MANA KITA TUMPAHKAN CINTA



Jadi seperti yang saya katakan tadi,cinta itu pengaruhnya besar.

Jika pengaruhnya tidak sebesar mana,maka ia bukan cinta seperti yang saya katakan tadi.

Makanya saya mengajak diri berfikir dan merenung,saya ini pada apakah yang saya sedang tumpahkan cinta saya sekarang?

Pada wanitakah?

Pada hartakah?

Pada kemasyhurankah?

Jawabnya.

Wahai diri,

Jujurlah.

Apakah yang memberi pengaruh dalam kehidupan kamu.

Maka di situ lah yang sedang kamu tumpahkan cinta kamu sekarang.

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).(Surah A-li 'Imraan,Ayat:14)

Wallahu’alam


ADAKAH ANDA SETUJU DENGAN SAYA??

Twitter
Facebook
gravatar

Seruan Saya


Seruan Saya

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.

SERUAN KITA SEMUA

Dalam catatan yang sebelumnya,saya telah mengajak kita semua supaya bermuhasabah diri dan meninggalkan cinta palsu yang menghanyutkan lalu bersama-sama kita bergerak menuju cinta Ilahi yang penuh kepastian.

Namun seruan ini bukanlah seruan saya seorang.

Ini seruan kita semua.

Seruan orang-orang yang sebelum saya dan seruan orang-orang yang selepas saya.

Yang mana mereka ini penuh yakin dengan kebenaran janji-janji Allah melalui firman-Nya apabila Dia berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
( Surah As-Saff ayat 10 dan 11)

Maka mereka ini apabila mendengar tawaran daripada Sang Pencipta,tidaklah mereka melengahkan masa dari menyahutnya kerana mereka faham akan nikmat dan kebahagiaan yang sedia menanti di negeri akhirat yang abadi.

Kejayaan yang sebenar-benarnya.

“Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.” ( Surah As-Saff ayat 11)

Iaitu mereka mengetahui dengannya(dengan melakukan perkara-perkara tadi) Allah memberikan kepada mereka keampunan,malah memberi mereka jaminan syurga yang penuh kenikmatan yang tak mampu digambar pada kotak fikir manusia.

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.”(Surah As-Saff ayat 12-13.)

MENUJU CINTA ILAHI



Kerana mereka telah dipilih Allah,untuk menjadi umat pilihan.

Umat yang para manusia sebelum Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wasallam begitu cemburu pada mereka.

Umat yang telah Allah janjikan sebagai umat terbaik apabila Dia menyebutkan sebagai ‘Khaira Ummah’ pada firman-Nya,

“Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk (kemaslahatan) manusia, kamu
menyuruh (mengajak) harus kepada yang ma’ruf (kebaikan) dan kamu
mencegah dari kemungkaran serta kamu beriman dengan Allah”
.
(Surah Ali-’Imran: Ayat 110)

Bahkan tuntutan dan suruhan ini sering kita temui di dalam kalam-Nya di
mana Allah Subhanahu Wa Ta’ala memperingatkan RasulNya dan orang-orang
Mu’min supaya melazimkan diri sebagai orang yang sentiasa menyeru dan
mengajak manusia kepada memahami dan menghayati Islam.

Antaranya Allah berfirman:

Wahai Rasul, sampaikanlah apa-apa yang telah diturunkan kepadamu oleh Tuhanmu
kerana kalau engkau tidak lakukan (demikian) tidaklah (dikatakan bahawa) engkau telah
menyampaikan risalahNya dan Allah akan melindungi mu dari (kejahatan) manusia.

(Surah Al-Ma’idah : Ayat 67)

Maka demikian menjadi tugas kita untuk meneruskan risalah ini.

Risalah murni yang telah Baginda tinggalkan kepada kita.

Mengajak manusia kepada perkara-perkara kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran.

Pada masa yang sama kita berusaha untuk sentiasa menjaga dan memelihara
diri mereka dengan mentaati segala perintah perintah Allah dan
menjauhi segala larangan-Nya.

Maka inilah seruan saya.

Seruan orang-orang sebelum saya.

Dan ini juga seruan kita semua.

Mengajak manusia menuju cinta Ilahi.

“Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nya lah kamu akan dikumpulkan." (Surah Al-Anfal Ayat 24)

Wallahu’alam

Twitter
Facebook
gravatar

Istimewa Valentine - Cinta Qani'ah

Istimewa Valentine - Cinta Qani'ah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.

Hari ini saya ingin menyebutkan tentang cinta yang saya berasa terlalu lemah untuk membicarakannya.

CINTA ABADI


Makin membara api cintaku
Kaulah yang satu kaulah cintaku
Tak mungkin lagi berubah hati
Cinta yang suci cinta abadi
(BLACK ROSE-CINTA ABADI)



Ada orang yang menyebut bahawa tiada yang lebih indah dalam hidup ini melainkan apabila mengetahui dirinya dicintai oleh insan yang selama ini didambakannya.

Baginya itulah puncak kebahagiaan.

Baginya juga,di situlah aspirasi kecemerlangan.

Hingga dia menganggap hidup tanpa cinta manusia adalah hidup yang tidak sempurna.

Hidup yang cacat.

Hidup yang tercela.

Padanya,cinta abadi itu adalah cinta yang sedang dia nikmati sekarang.

Namun, saya mengajak diri berfikir,di manakah benarnya tanggapan yang seperti itu?

PEMILIK CINTAKU


Untuk memahami perkara ini,saya mengajak anda menelaah novel karangan Fatimah Syarha Mohd Nordin,PEMILIK CINTAKU setelah Allah dan Rasul.

Ini bukanlah novel cinta murahan seperti karya picisan lain yang bersepah di pasaran kita sekarang,sebaliknya novel ini mengkisahkan betapa kedudukan cinta itu sebenarnya amat mulia dan indah sekiranya kita meletakkannya di tempat yang betul iaitu dengan mensyaratkan redha Ilahi sebagai tunjang mencari kebahagiaan.

Berikut saya sediakan sedikit ulasan untuk renungan kita bersama.

Novel ini mengisahkan watak utamanya,Qani’ah yang menceritakan kehidupan remajanya sebagai seorang gadis muslimah yang diminati oleh ramai jejaka sehinggalah dia bergelar isteri kepada seorang doktor.

Juga diceritakan rencah kehidupannya sebagai seorang isteri yang berusaha menjadi muslimah yang solehah demi membahagiakan si suami tercinta.

Cerita dimulakan dengan watak utama,Qani’ah yang menyelongkar kisah hidupnya apabila dia terkenangkan zaman remajanya yang mirip kisah Khazinatul Asrar,iaitu watak utama novel SEINDAH MAWAR BERDURI karangan penulis yang sama melalui kata-kata Khazinatul Asrar;

‘Saya mula bertanya diri, apakah yang telah angan-angan berikan dalam hidup saya? Hanya kegagalan…dan cinta lah punca angan-angan. Saya mula rasa keliru dengan dunia cinta walaupun ianya cuma berlegar di sudut hati. Bukan secara zohir. Saya tak pernah terjemahkannya. Tapi hatilah yang menjadi raja, pemberi arahan kepada seluruh anggota badan. Saya bertanya lagi, bersihkah hatiku ini? Layakkah hatiku ini untuk menadah nur ilmu kerana ilmu itu adalah cahaya dan cahaya takkan menembusi hati yang berbuat maksiat.’

Kemudian barulah penulis secara langsung menceritakan kisah Qani’ah yang menarik ini.Ia bermula dengan penulis menceritakan cabaran yang dihadapi Qani’ah semenjak usia menginjak remaja pada muka surat 7:

‘Melangkah ke alam universiti,beberapa orang bekas pelajar sekolahku mulai berani mencuba demi menawan takhta hati ini.Namun di mataku,mereka hanya menjatuhkan maruah sendiri.’

Penulis secara sinis menyatakan pendapatnya tentang rendahnya kepercayaan gadis muslimah terhadap muslim yang mencuba cinta kaum hawa dengan katanya lagi;

‘Tak kunafikan, mereka sememangnya bukan calang-calang orang.Dulu ketika di sekolah,mereka agak kukagumi.Sayangnya,mereka berusaha merebut cintaku dengan cara yang salah.Aku tak salahkan mereka kerana menyukaiku,kerana itu fitrah.Cuma,tindakan mereka kurang bijak.’

Apa yang menariknya,saya sendiri terkesan dengan idea penulis tentang konsep cinta remaja yang cuba diketengahkan ini.

Ini saya dapati pada muka surat yang sama,penulis secara tidak langsung menyatakan harapannya kepada para pemuda dengan katanya;

‘Tindakan itu memusnahkan harapanku untuk melihat pemuda-pemuda Islam yang penuh wibawa,berkeperibadian mulia dan bijak bertindak dengan jalan yang dianjurkan syariat.Lebih telus dan suci.Lebih menjauhi lembah zina.Pemuda yang membuka lembaran kelalaian padaku,mampukah memimpinku ke syurga?’

Saya seorang pemuda muslim.Maka patut benar untuk saya berasa pesanan ini untuk saya.



Sungguhpun demikian,penulis dapat membawakan Qani’ah sebagai watak seorang gadis muslimah yang cekal hati dan teguh pendiriannya apabila menyebutkan pada muka surat 8;

‘Hatiku cukup teruji dan berbolak-balik.Sememangnya jalan mujahadah jalan yang payah.Aku teguhkan pendirian.Hanya cinta-Nya yang bertakhta di hati,tak boleh dikongsi.Prinsip itu penting untuk aku terus mekar berduri.Diriku masih terlalu awal untuk bercinta,kerana jika mahu memulakannya,perlu pula diambil kira penghujungnya.’

Meskipun penulis secara langsung menafikan perlunya kewujudan cinta remaja yang tidak berlandaskan syarak ini,namun beliau bukanlah seorang yang prejudis terhadap cinta.Sebaliknya beliau mengajak kita sebagai khalayak pembaca merenung diri,benarkah cinta agung yang kita laungkan selama ini benar-benar cinta agung seperti yang sepatutnya?

Bahkan penulis juga tidaklah memandang remeh pada konsep percintaan itu sendiri sepertimana sesetengah pandangan yang wujud hari ini.

‘Hari ini cinta dipandang mengarut dan tidak bermakna. Hari ini, kalau dikatakan cinta, orang akan melihat itu adalah sesuatu yang murah. Jika diletakkan di dalam novel, dikatakan pop. Jika ditulis, dikatakan benda murahan.’

‘Kenapa?’Kerana cinta itu telah dimurah-murahkan dalam kehidupan insan.’

Itulah sebahagian kecil ulasan novel PEMILIK CINTAKU yang dapat saya ulaskan untuk kali ini.

Sebenarnya membaca ulasan ini mungkin tidak membawa anda menghampiri pemahaman yang sebenar tentang idea yang diketengahkan penulis,namun saya sendiri merasakan cukup dengan ulasan ini untuk saya membicarakan tentang isu yang saya ingin bincangkan kali ini.

Saya mencadangkan sesiapa dalam kalangan anda yang mengalami masalah percintaan supaya mendapatkan novel ini.

Sama ada sedang dicintai atau mencintai,dapatkan buku ini.

Anda akan mendapat sedikit sebanyak pencerahan bagaimana untuk menghadapinya.

InsyaAllah.


JANGAN MUSNAHKAN DUNIA INI



Seterusnya, saya ingin mengajak kita semua berfikir,pada hari ini,dunia kita telah benar-benar tercemar dengan cinta yang melalaikan.

Sehinggakan seorang pelajar sekolah rendah yang baru berumur 7 tahun sahaja sudah pernah mendapat sepucuk surat daripada kekasih hatinya,inikan pula remaja lain yang berusia belasan tahun ataupun yang sudah menginjak 20-an.

Tidak sanggup saya membayangkan betapa dahsyatnya kemusnahan-kemusnahan besar yang dibawa oleh mereka-mereka yang mengkhianati kesucian cinta ini.

Siapakah mereka?

Adakah termasuk kita?

Adakah anda?

Adakah saya?

Untuk menjawabnya,bertanyalah pada diri masing-masing.Saya juga adalah insan hina yang terlalu sukar melepaskan diri dari godaan duniawi ini.

Namun di sini saya tetap mahu mengajak.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri.

Meninggalkan cinta palsu yang menghanyutkan.

Dan menuju kepada cinta Ilahi yang penuh kepastian.

“ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)”. (Surah al-Baqarah ayat:165)

p/s:untuk pencerahan tentang valentine klik sini.

Wallahua’lam

SILA NYATAKAN KOMEN ANDA

Twitter
Facebook
gravatar

Mesej Kebakaran



MESEJ KEBAKARAN

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad penghulu anbiya’ dan para rasul.



3 hari lepas,rumah yang saya diami ini menerima satu kecelakaan.Rumah saya yang terdiri daripada 11 tingkat (rumah-rumah di mesir hampir semuanya bertingkat-tingkat) riuh apabila sebuah bilik di tingkat 3 terbakar!

Mujur kejadian berlaku pada jam 9.30 malam,iaitu pada waktu para penghuni masih belum melelapkan mata.Jika tidak,mngkin keadaan akan lebih parah.

Segala puji bagi Allah yang telah memanjangkan umur kami sehingga waktu yang ditetapkan-Nya.

Pada saya,ini adalah satu contoh daripada sekian banyak contoh yang telah Allah berikan kepada kita supaya kita sentiasa mengingati-Nya.

Bahawa Dia berkuasa untuk melakukan apa sahaja,mengikut ketentuan yang telah ditetapkan-Nya.

Dan supaya kita sentiasa beringat akan kekuasaan-Nya itu.

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan kerajaan langit dan bumi dan segala sesuatu yang diciptakan Allah, dan kemungkinan telah dekatnya kebinasaan mereka?" (surah al-A’raf ayat:185)

Perlu untuk kita memahami bahawa segala sesuatu yang Allah jadikan pasti tersirat hikmah besar yang terselindung di sebaliknya.

Cukuplah dengan amaran Allah apabila Dia berfirman:

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (surah al-A’raf ayat:179)

Jadi mari kita meletakkan iman sebagai batu asas pemikiran kita.

Agar setiap perkara yang Dia kirimkan dapat kita terima sebagai pandangan hikmah.

"Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Qur’an dan As Sunah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi al hikmah itu, dia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran" (dari firman Allah). (surah al-Baqarah ayat:269)

Twitter
Facebook
gravatar

Dia Tujuan Saya




Dia Tujuan Saya




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.




MANA-MANA HARI


Hari ini, hati saya kurang enak. Sejak petang tadi semua yang saya lakukan seperti ada yang tidak kena. Duduk salah.Berdiri pun tidak betul. Apatah lagi melompat mahupun terbang!


Hairan.


Semuanya saya sudah lakukan. Saya sudah berwuduk dan membaca al-Qur’an,beberapa helai. Sambil dalam hati berharap jiwa dapat ditenangkan dengannya.


Mudah-mudahan.


Twitter
Facebook
gravatar

Sahut Seruan! Perang Terhadap Cinta Kerana Cinta Bukan Tuhan

Sahut Seruan! Perang Terhadap Cinta Kerana Cinta Bukan Tuhan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad penghulu anbiya’ dan para rasul.

Kali ini dengan seruan yang bersungguh,saya mengajak.

Marilah bersama saya.

Penuhi jiwa kita dengan cinta kepada-Nya.

(klik)PERANG TERHADAP CINTA

kerana

(klik)CINTA BUKAN TUHAN

Twitter
Facebook
gravatar

Walau Iman Dicuba - Marilah Tetap Menuju Selamat



WALAU IMAN DICUBA - MARILAH TETAP MENUJU SELAMAT



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad penghulu anbiya’ dan para rasul.

Mari kita berbincang tentang iman,yang para sahabat baginda terlalu sering berbicara tentangnya.



MANUSIA DI IMAN PERTENGAHAN


Hidup ini sebagai seorang insan biasa sering kali kita terkandas ketika berhadapan arus keduniaan yang sangat-sangat menguji.Kerana kita manusia biasa,lantas jalan menempuhnya juga kita lalui dengan biasa.

Sedangkan perlu benar untuk kita menempuhnya bukan dengan cara yang biasa.Bukankah syurga itu hanya untuk yang terbaik?

Namun.

Kita tetap manusia biasa.Yang imannya berada di pertengahan.

Pertengahan di antara iman yang dimilik malaikat dengan iman yang dipunyai syaitan.

Adapun malaikat sepertimana yang dinukilkan oleh syeikh Saiyyid Tantawi menerusi kitabnya,Maqasid syar’iyah Lil Uqubat Fi al-Islam,termasuk di antara kebijaksanaan Ilahi yang mencipta mereka dalam keadaan semata-mata beribadah dan taat kepadaNya.

“Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi. Dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa letih.Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya.”
(Surah al-Anbiyaa’:Ayat 19 dan 20)

Sedangkan syaitan,Maha Bijaksana Allah yang mencipta mereka dalam keadaan dipalingkan kepada kejahatan,maksiat dan keburukan dalam setiap perbuatan dan pertuturan mereka.

Dan sebagai penolong bagi orang-orang yang kufur.

“Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman”
.(Surah al-A’raaf:Ayat 27)

Lalu,masih dengan kebijaksanaan-Nya juga yang menjadikan manusia di tengah antara keduanya.

Sekiranya manusia itu menuju kepada Allah dengan ikhlas,maka jadilah mereka pada satu capaian yang menjangkaui para malaikat.

Namun jika mereka berpaling kepada maksiat dan menjauh daripada kebaikan serta kebenaran,maka amat menyedihkan dan rugilah mereka hasil mengikut acuan yang dibentuk syaitan.

Kerana itu manusia dicipta dengan batasan-batasannya,dan diuji dengan tanggungjawab-tanggungjawab setelah dibekalkan dengan akal yang mampu berfikir.

Juga selepas diberi pendengaran untuk mendengar yang hak dan penglihatan untuk memandang juga kepada yang hak.

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat”
.(Surah al-Insan:Ayat 2)

Jadi,mari kita menyembah-Nya.Dan hanya Dia.

Dia ILAHI.


JIKA IMAN DICUBA


Sekarang mari kita bincang.

Jika iman diuji.

Lalu kita tewas dan hanyut bersama maksiat yang menggila.

Hingga terkadang kita lupa kepada-Nya.

Yang Maha Perkasa.

Justeru,

Apa yang harus kita lakukan?Adakah berdiam diri?Melarikan diri?

Atau.

Menyendiri?

Ada orang menyebut bahawa kita perlu bertaubat.Dan bertaubat.

Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian Mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan”
(Surah an-Nur: ayat 31).

Namun,taubat yang bagaimana?

Bertaubatlah sesuai dengan firman-Nya.

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui”
.(Surah Ali Imran:Ayat 135)

Iaitu bertaubat dengan jalan tidak berputus asa untuk mendapatkan keampunan Ilahi.Kerana Dia adalah Maha Penerima Taubat.Dan kerana taubat itu adalah permulaan bagi orang-orang yang ingin mensucikan diri serta modal buat orang-orang yang berjaya.

Juga kerana taubat itu merupakan pergantungan kita kepada Allah.

“Antara tanda kita bergantung pada amal bukan pada Allah ialah apabila kita melakukan kesalahan maka pengharapan kita kepada Allah berkurang,”kata sahabat saya.
Maknanya jika kita terlalu bergantung kepada amal soleh kita maka kita akan berasa sedih dan kurang pengharapan kepada Allah.Tapi jika kita bergantung kepada Allah kemudian kita melakukan kesalahan,

Maka rasa berharap kepada Allah itu tak akan berkurang
“Semuanya adalah Taqdir”

“Tugas kita taubat kembali”

“Ganti kesalahan kita itu dengan amal soleh”

“Agar dapat seimbang balik.”Sahabat saya seorang doktor.Doktor jasad dan doktor roh.

Maka mari kita bertaubat kepada Allah dan kita kembali kepada-Nya dalam keadaan penuh keinsafan dan pengharapan kepada-Nya.Dan hanya kepada Dia.Tempat kita berharap.

“Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.”(Surah al-Fatihah:Ayat 5)

MARI MENUJU SELAMAT DENGAN ISLAM

Islam adalah cara hidup.Islam mengajar kita mengisi lahiriah juga mendidik kita memenuhi rohaniah.Malah Islam menuntut kita berjaya secara menyeluruh,meliputi setiap juzuk kehidupan.

Sungguhpun tatkala itu kita sedang berpaling dari jalannya,Islam tetap tidak pernah meninggalkan kita.Tidak walaupun seinci.

Pasti kita pernah mendengar kisah seorang pembunuh,yang telah membunuh seramai 100 jiwa manusia tanpa sebab yang dibenarkan.Kisah yang disebutkankan oleh junjungan nabi dihadapan para sahabat baginda yang mulia itu dimuatkan oleh imam Muslim dalam kitab Sohih beliau pada kitab yang ke 49 (kitab taubat).

Malah pasti juga kita telah mendengar tentang rahmat Allah yang diberikan kepada lelaki pembunuh itu,kendatipun dia tidak pernah melakukan amalan kebaikan,walaupun satu!

Jadi mari kita berfikir.Alangkah seorang lelaki pembunuh sekalipun apabila dia sanggup untuk merendahkan diri mencari keredhaan Rabbul Izzati,maka di sana dia berjaya mendapatkannya,inikan pula kita.Adakah kita telah membunuh sehingga melebihi seratus jiwa manusia?Adakah 200?Atau 300?

Lihat betapa besarnya rahmat dan keluasan maghfirullah Allah kepada hamba-Nya.Malah kasih sayang Allah kepada hamba-Nya itu jauh mengatasi kasih dan sayangnya seorang ibu kepada anaknya.

Lalu kepada siapa lagi harus kita meminta pertolongan dan menyembah diri jika bukan kepada Dia Yang Maha Agung?

Kerana itu marilah kita menuju selamat dengan Islam.

Kerana Islam memandu kita menuju kesempurnaan hidup.

Keamanan dunia dan kesejahteraanya.

Kejayaan dunia

Kebahagiaan akhirat.

Dengan kembali kepada-Nya.

Mari menuju selamat dengan Islam.Wallahua'lam

sila tinggalkan komen anda

Twitter
Facebook
gravatar

Mari Bersyukur Kepada Ilahi



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)

TIDAK MAHUKAH MENJADI YANG TERBAIK?

Baru-baru ini seorang sahabat bertanya kepada saya,tidak mahukah menjadi yang terbaik?

Saya menjawab semestinya saya mahu.Bahkan semua manusia yang waras akalnya pasti juga akan menjawab mahu.Tentu.

Bagaimanakah kita sanggup untuk menjawab tidak mahu menjadi yang terbaik sedangkan kita mengetahui bahawa syurga itu hanya tersedia untuk orang-orang yang terbaik.Malah tidak pantas untuk kita katakan bahawa redha Allah itu selalu bersama orang yang tidak terbaik.

Namun fikiran saya tidak lepas dari memikirkan dengan cara apakah untuk menjadi yang terbaik?Adakah mesti mendapat tempat pertama dalam semua peperiksaan semester atau berjaya dinobatkan sebagai johan dalam setiap pertandingan syarahan?

Atau mungkinkah menjadi yang terbaik itu adalah dengan sentiasa membilang butir tasbih sambil pandangan mata tunduk rapat memandang tanah tatkala berada di jalanan?

SYUKUR ITU TERBAIK

Tak lama selepas itu saya singgah ke Masjid Hussien untuk menunaikan solat fardu zohor.Semuanya seperti biasa,melainkan sesuatu yang saya terpandang di dinding sewaktu hendak berwuduk.Sehelai kertas iklan kecil berwarna cerah yang di atasnya tertera aksara yang berbunyi,”adakah kamu bersyukur kepada Allah?”

Dalam hati saya berdetak,adakah saya ini bersyukur?Bagaimana pula yang dimaksudkan dengan bersyukur itu?

Persoalan itu saya tinggalkan di situ juga kerana kekangan masa yang menuntut memandangkan banyak tugasan lain yang juga perlu untuk diselesaikan.

“Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat, tetapi kita boleh ubah diri kita melihatnya.Jika tidak dapat apa yang kita suka, maka langkah terbaik ialah suka apa yang kita dapat, itulah syukur namanya,”kata seorang sahabat saya.

Saya tidak terus menerimanya,tetapi saya terus berfikir,merenung dan mencari makna di sebalik kata-katanya itu.

Mencari.

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak
mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan
penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur."

(Surah Al-Nahl 16:Ayat 78)

“Bersyukur itu adalah satu dari tanda kemuliaan adab seseorang penerima
terhadap pemberi dan pengurnia”,begitu catatan almarhum al-Fadhil al-Ustaz Fathi Yakan dalam kitabnya ‘Mengapa Saya Menganut Islam’ pada bab pertama di bahagian 1,Saya Mestilah Muslim di Sudut Akidah.

Kemudian beliau menambah seperti berikut, “Sebenarnya Allah s.w.t telahpun menambahkan kurnianya kepada orang-orang yang bersyukur dan mengugut akan menambah kerugian terhadap golongan yang ingkar. Firman Allah:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu
bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi
sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."
(Surah Ibrahim 14: Ayat 7)



Seterusnya Allah berfirman:
"Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan
kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan ia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan. 34- Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya beberapa
mata air, 35- Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang
dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?."
(Surah
Yasin 36: Ayat 33-35)”

Ayat-ayat yang didatangkan ini secara jelas menuntut kita bersyukur kerana syukur itu adalah tanda kemuliaan adab seseorang penerima terhadap pemberi dan pengurnia.

Iaitu menuntut kita bersyukur kepada Allah taala,tuhan pemilik alam ini atas segala nikmat yang dicurahkan-Nya sama ada yang kita kesani mahupun yang terselindung dari pandangan kita yang serba kekurangan ini.

Sudah terjawabkah persoalan saya?

Untuk itu mari saya sebutkan apa kata Imam Ghazali dalam karya beliau yang masyhur,Ihya Ulumuddin.Beliau menyebut terdapat tiga elemen utama dalam konsep kesyukuran iaitu ilmu,perasaan dan amal.

Dalam memahami erti syukur,kita tidak dapat tidak mestilah mengetahui akan sesuatu nikmat yang diterima,seterusnya memahami bahawa kita benar-benar mendapat nikmat tersebut dan meyakini bahawa yang memberi nikmat itu adalah Allah S.W.T

Hasil dari ilmu-ilmu ini,maka akan hadir perasaan dalam diri kita untuk melambungkan kesyukuran kepada Sang Pemberi.Dengan itu maka terbitlah amalan-amalan kita berupa pengabdian diri kepada Allah yang telah memberi kepada kita segala nikmat-nikmat yang sememangnya tidak pernah mampu untuk kita hitung.Terlalu banyak!

Itulah syukur.

Mengetahui perkara yang patut disyukuri,diri sebagai penerima dan Allah sebagai Tuhan Pemberi lalu melahirkan perasaan bersyukur hingga dapat menterjemahkannya dalam kehidupan seharian.Sebagai hamba Ilahi.

MARI BERSYUKUR KEPADA ILAHI

Kerana itu mari kita bersyukur walau di tempat mana pun kita berada.Hal ini demikian kerana syukur itu jika letaknya pada diri seorang pekerja,majikan,pelajar atau siapa-siapa pun juga akan menjadikan pemiliknya itu sentiasa cemerlang dalam setiap keadaan.Iman Muslim meriwayatkan sebuah hadis yang maksudnya:

“Begitu beruntung nasib orang beriman kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tiada habuan yang baik kecuali bagi orang yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka dia bersyukur maka syukur itu baik baginya. Dan apabila ditimpa sesuatu kesusahan maka dia bersabar maka sabar itu baik baginya”


Kembali saya teringat kepada kata-kata sahabat saya tadi, “kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat, tetapi kita boleh ubah diri kita melihatnya.Jika tidak dapat apa yang kita suka, maka langkah terbaik ialah suka apa yang kita dapat, itulah syukur namanya.”

Saya setuju akhirnya.Bukankah bersyukur itu dituntut dalam seluruh kehidupan kita?Dan bukankah setiap perkara yang hadapi merupakan nikmat daripada-Nya?

Semestinya.Iaitu jika setiap perkara yang ditempuh dilihat dengan pandangan hamba.Bahkan dengan perasaan hamba kepada Allah!

Kerana Dia adalah Sang Pencipta.

Mari bersyukur kepada Ilahi.
Wallahua’lam..

Sila tinggalkan komen anda.

Twitter
Facebook
gravatar

Saya Hanya Menulis


Saya Hanya Menulis


Al-Fatihah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)



Alhamdulillah,saya bersyukur kerana diberi peluang menulis di sini.Sudah sekian lama saya berharap untuk menulis di sini.Sejak lama dahulu,iaitu sejak saya mengetahui bahawa saya boleh menulis di sini.Dan sekarang hasrat saya tertunai.
Syukran lillah..

SAYA HANYA MENULIS


Sebagai permulaan pertemuan,saya ingin gariskan beberapa perkara,supaya saya dan anda berasa senang.Supaya tenang,selalu.

Di sini,saya hanya menulis.Tanpa suara untuk memaksa,tanpa tangan buat mencuit sengketa,juga tanpa kaki guna bergerak merata.Apa yang ada hanyalah minda yang siap untuk dicerna,juga hati yang lapang untuk diisi,dan mungkin mengisi (harapnya dapat).Firman Allah (mafhumnya):

“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu”

(Surah al-Insyirah: Ayat 1dan 2)

Suka untuk disebutkan di sini bahawa tujuan saya menulis ini adalah untuk meraih redha Allah taala.Kerana jalan untuk merebut redha-Nya itu terlalu luas malah tidak terbatas,maka saya memilih untuk melibatkan diri dalam bidang ini.Bidang yang telah menjadi sebuah wasilah dakwah yang cukup berkesan selama ini.Ditambah pula penulisan yang berorientasikan alam maya menyebabkan jalan ini benar-benar menjadi tumpuan dewasa ini.Lantaran itu saya memilih untuk terlibat,atas niat mengajak manusia ke arah kebaikan.InsyaAllah..

ANDA PEMBACA,SAYA JUGA PEMBACA

Secara umumnya dapat saya sebutkan di sini bahawa menyibukkan diri dengan ilmu terlalu penting dalam hidup kita.Malah terdapat terlalu banyak kalam yang menuntut kita untuk mencari ilmu sebagai bekal untuk hidup kita di dunia yang fana ini.Firman Allah yang mafhumnya:

“Dan tidaklah patut bagi orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); maka, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari setiap puak di antara mereka, untuk mendalami ilmu agama, dan untuk mengajar kaumnya apabila mereka kembali kepadanya; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga.”

(Surah al-Taubah: Ayat 122)
Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud:

Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”

(Surah az-Zumar: Ayat 9)

Dan di dalam kitab Ta'limul Muta'allim karya Syekh Az-Zarnuji, halaman 4, termaktub hadis Nabi sebagai berikut:

"Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. bersabda: Menuntut ilmu itu merupakan kewajipan atas setiap muslim dan muslimah."


Kadangkala apabila membaca kisah ulama-ulama terdahulu menyebabkan kita berasa cukup terkesan untuk mendalami dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.

Seorang penulis Indonesia, Abu Anas Majid Al-Bankani menulis dalam bukunya ‘perjalanan ulama menuntut ilmu’ mencatatkan kisah-kisah ulama yang cukup memberi kesan kepada kita.

Antaranya kisah Yahya bin Ma'in iaitu seorang imam dalam al-jarhu wa ta'dil (ilmu mengenai kecacatan dan kebenaran riwayat suatu hadits). Beliau adalah seorang yang telah sampai pada puncak ilmu hadits pada zamannya. Diriwayatkan beliau menghabiskan 1.050.000 dirham dalam mencari hadis hingga tidak ada yang beliau miliki selain sandal yang dipakai.

Juga kisah Al-Bukhari Rahimahullah yang pergi menemui para ahli hadis yang ada di seluruh dunia. Al-Imam belajar ke Khurasan, pergunungan, kota kota di sekitar Irak seluruhnya, Hijaz, Syam, Mesir, dan dia datang ke Irak beberapa kali. Al-Bukhari berkata, "Aku belajar kepada 1.000 guru dari kalangan ulama, bahkan lebih. Aku tidak mempunyai satu hadis pun, kecuali kusebutkan sanadnya."

Malah cuba kita hayati apa yang pernah disebut oleh al-Imam as-Syafie(Rahimahullahu Ta'ala),

"Barang siapa yang tidak cinta terhadap ilmu, maka tidak ada kebaikan padanya; dan janganlah di antara kamu dengannya terjalin hubungan intim dan tidak perlu kenal dengannya, sebab orang yang tidak mahu belajar ilmu, tentu ia tidak akan mengetahui cara-cara beribadah dan tidak akan melaksanakan ibadah sesuai dengan ketentuan-ketentuannya. Seandainya ada seseorang yang beribadah kepada Allah Swt. seperti ibadahnya para malaikat di langit, tetapi tanpa dilandasi dengan ilmu, maka ia termasuk orang-orang yang rugi."

Sebenarnya masih terdapat ratusan kisah boleh kita dapati dengan menyelak kitab-kitab karangan ulama-ulama silam antaranya kitab Ta'limul Muta'allim karangan Syekh Az-Zarnuji,Qimatuz Zaman Inda al-Ulama dan banyak lagi kitab-kitab lain yang tak mampu saya sebutkan di sini.

Sesungguhnya Allah mengangkat darjat manusia dengan ilmu,lalu menjadikan bagi mereka kebaikan dengan mengangkat mereka sebagai pemimpin dan pemberi petunjuk yang diikuti,petunjuk dalam kebaikan,jejak mereka diikuti dan perbuatan mereka diamalkan.

Lalu tiadalah jalan yang harus kita tempoh untuk menjadi berilmu melainkan melalui pengajian yang berterusan bersama para ulama juga melalui pembacaan yang baik,bermutu dan berkesan.

Anda membaca,saya juga membaca.Dan kita membaca hampir dalam semua bidang ilmu.Namun pernahkah kita berfikir pembacaan jenis manakah yang sebenarnya patut untuk kita hayati?Adakah jenis pembacaan yang menekankan soal hukum hakam ibadat semata-mata?Ataupun berupa motivasi supaya kita sentiasa bersemangat dalam menempuh onak dan duri sepanjang kehidupan?Atau pembacaan yang berbentuk humor sehingga membawa jiwa kita lalai dalam arus dunia yang menghanyutkan?

PEMBACAAN YANG MENDIDIK JIWA

Pembacaan yang mendidik jiwa.

Ini jawapan saya.Jawapan saya adalah jenis pembacaan yang sebenarnya patut untuk kita hayati adalah jenis pembacaan yang mampu mendidik jiwa kita ke arah menjadi hamba dan berasa hamba kepada Allah,tuhan yang memiliki alam ini.

Tidak kisah sama ada pendidikan jiwa itu datangnya dari penulisan dalam bidang apa sekalipun.Boleh jadi terdapat dalam ilmu tauhid,atau letaknya dalam lapangan feqah,malah jika datang dari penulisan berbentuk jenaka sekali pun yang dapat mendidik jiwa kehambaan maka tiada masalah untuk kita menerimanya. Hal ini demikian kerana di situlah letaknya sumber kekuatan dan kecemerlangan kita, iaitu umat pilihan.

Manusia hamba akan hidup sebagai manusia yang terbaik di mana sahaja dia berada.Seorang anak yang memiliki jiwa kehambaan tentu sahaja akan lebih taat kepada orang tuanya berbanding anak yang langsung tidak memilikinya.Bukankah Allah sendiri mewajibkan kepada tiap-tiap anak supaya mentaati orang tuanya?


Begitu juga halnya jika jiwa hamba itu letaknya pada diri seorang pekerja,majikan,pelajar atau siapa-siapa pun juga akan menjadikan pemiliknya itu sentiasa cemerlang dalam setiap keadaan sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang maksudnya:

“Begitu beruntung nasib orang beriman kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tiada habuan yang baik kecuali bagi orang yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka dia bersyukur maka syukur itu baik baginya. Dan apabila ditimpa sesuatu kesusahan maka dia bersabar maka sabar itu baik baginya”


Berjiwa hamba menjadikan yang takwa bertambah takwa,yang yakin meningkat yakinnya,malah yang khusyuk makin khusyuk dirinya dengan tuhan.Bukankah sifat-sifat ini yang kita dambakan siang dan malam?

Jika benar,maka pembacaan yang mengandungi sifat-sifat inilah yang sentiasa saya dahagakan saban waktu.Lantaran itu saya cuba untuk menjadikan ‘jiwa hamba’ sebagai dasar penulisan supaya nantinya saya khususnya dan anda juga sedikit sebanyak lebih terdorong untuk mendalami erti ‘berasa hamba’ ini.Firman Allah yang bermaksud:

“Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.”

(Surah as-Syams: Ayat 7-10)


PENUTUP

Pasti saja saya bukanlah insan terbaik untuk membincangkan perkara begini lantaran dosa dan maksiat yang sentiasa menyelubungi diri,namun apa yang sentiasa saya yakini bahawa ilmu itu tidak mengenal siapa kamu.

Selayaknya ilmu itu kita dapatkan ilmu dari seorang ulama yang alim,namun itu tidak bermakna bahawa orang yang hidupnya disurami gelapnya maksiat tidak layak untuk menyampaikan ilmunya kepada kita.

Sesungguhnya hikmah itu adalah sesuatu yang hilang dari kalangan orang mukmin,maka di
mana sahaja kamu menjumpainya,maka ambillah...

Saya hanya menulis,
Wallahua’lam..

sila tinggalkan komen anda

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk