ciri-ciri muslim yang paling jahat
Untuk menasihati diri saya terutamanya, dan orang lain keduanya, saya rasakan artikel ini sangat perlu ditulis dan dibaca.
Apabila saya katakan ciri-ciri muslim yang paling jahat, ini bermakna kejahatan yang lain pun tak sejahat orang yang melakukan perkara ini, sungguhpun perkara jahat semuanya sama, iaitu jahat.
Ciri-cirinya adalah apabila seorang muslim tidak kisah dia dikenali sebagai bukan orang baik, maka itulah ciri-ciri muslim yang paling jahat.
Tunggu. Saya akan terangkan lagi.