Ada apa dengan 16 Januari
Mengikut kalendar 2011 yang ada sekarang, 16 Januari adalah hari Ahad. Hari Isnin esoknya pula saya periksa madah tafsir ayat-ayat hukum.
Jadi tarikh 16 Januari itu mungkin saya tidak menulis di blog ini sebab mahu tumpu persediaan dan ulangkaji pelajaran. Tetapi, walau apapun saya tetap tak lupakan 16 Januari.
Ada apa dengan 16 Januari?
Mungkin ada yang tertanya-tanya. Apa yang berlaku pada hari tersebut? Tak pernah dengar sejarah apa pun berkenaan 16 Januari.
Sebenarnya 16 Januari adalah sejarah hari saya dilahirkan ke muka bumi ini. Iaitu pada 21 tahun yang lepas. Maknanya, masuk 16 Januari kali ini, umur saya genap 21 tahun.
Kalau tarikh ikut kalendar Hijrah pula pada 18 Jamadil Akhir 1410 Hijrah. Ini lagi tua. Hampir berumur 22 tahun pun.
Tapi, bila renung-renungkan semula, apalah sangat yang telah saya capai pada umur 21 tahun ini.
Kalau sahabat nabi, Usamah bin Zaid R.A, ketika umurnya baya inilah beliau memimpin pasukan perang. Malah berjaya mendapatkan syahid pula. Berbanding saya, apa pun masih belum boleh diharap.
Itu baru dilihat dari sudut pencapaian. Kalau dari segi dosa pula lagi dahsyat. Sehingga umur saya 21 tahun ini, berapa banyakkah pula maksiat kepada Allah yang telah saya lakukan.
Dosa mata, dosa tangan, dosa anggota-anggota lain termasuk hati, tentu banyak sekali.
Maka, pada genap umur saya yang ke 21, tiadalah yang paling saya mahukan melainkan ianya adalah keampunan dosa-dosa daripada Allah. Semoga Dia meredhai saya.