pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama

Showing posts with label cinta. Show all posts

gravatar

inilah kekasih yang paling disayangi

Assalamualaikum.


Mengingatkan baginda nabi, hati saya menjadi sayu. Adakah saya dapat bersama baginda nanti?


Adakah baginda akan menerima saya yang pada ketika itu semua manusia lain selain baginda terlalu sibuk dari memikirkan selain hal dirinya sendiri?


Adakah baginda mahu memberi syafaatnya tatkala saya memohon kepada baginda yang pada ketika itu tiada lagi manusia yang dapat membantu manusia lain selain baginda?


Adakah baginda sanggup memandang wajah saya yang penuh kegelapan maksiat ini?

Sedangkan baginda adalah kekasih Allah.

Twitter
Facebook
gravatar

apabila dia bukan jodoh anda

Assalamualaikum.


Boleh dikatakan tajuk artikel adalah termasuk di dalam perkara penjenamaan semula (rebranding) sehingga dengan mengambil berat terhadap tajuk ini akan membuatkan bahan anda akan mendapat lebih perhatian, walaupun sekejap.


Kebahagiaan anda ada bersama tuhan anda. Tiada suatu entiti lain yang mampu berkuasa untuk memberi anda rasa bahagia atau menghalangnya daripada sampai kepada anda.


Hanya Allah yang ada kuasa itu. Memberi dan menarik bahagia daripada sesiapa yang Dia kehendaki.

Twitter
Facebook
gravatar

kehendak yang membahagiakan

Assalamualaikum.

Saya akan menghadapi peperiksaan pada hari Isnin depan. Satu-satunya subjek untuk semester pertama ini. Diharapkan Allah memberi saya kesempatan untuk menjadi hambaNya yang paling cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai hamba.

Tugas sebagai seorang hamba sememangnya satu tugas yang berat.

Bekerja tanpa ganjaran. Sebaliknya seorang hamba bekerja sema-mata kerana kehendak tuannya.

Malah, yang lebih dalam daripada itu, saya adalah hamba kepada tuhan, tuhan yang tiada tuhan selain Dia, iaitu Allah.

Tuhan tidak sama dengan tuan. Seberapa hebatpun seorang tuan, dia tidak ada apa-apa kelebihan jika semua orang bawahannya tidak ada. Misalannya seorang lelaki yang memiliki hamba, apabila hamba yang dimilikinya meninggal dunia, masih wujudkan kemuliaan dan kelebihannya?

Twitter
Facebook
gravatar

tanda Dia sayang

“Abang, betul ke kalau Allah sayang kita, Dia akan uji kita dengan banyak ujian?” satu soalan singgah ke peti masuk mesej telefon saya.

“Macam mana kalau tak betul?”

 Kepada adikku, inilah jawapan abangmu.

gambar hiasan ini dipetik dari sini

Twitter
Facebook
gravatar

betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?

Assalamualaikum.


Sebelum ada yang emosional baca tajuk ni, saya nak perjelaskan dulu beberapa pendirian yang kita sepatutnya tahu. (Ini cuma pendirian berdasarkan pandangan dan pengetahuan saya)


Yang pertama, urusan agama kita sentiasa ada sumber dan sandarannya bila kita nak buat keputusan apa sekalipun. Makanya bila dikatakan sumber, jelas sekali hawa nafsu dan pandangan akal kita sendiri mestilah tidak kita utamakan.


Akal yang kita ada gunanya untuk mempertimbangkan segala natijah dan kemungkinan yang bakal lahir daripada tindakan-tindakan kita sendiri. Baik atau buruk kesan sesuatu amalan, akal kita sebagai sempadannya. Namun sehebat-hebat akal manusia ia masih terbatas, justeru agama datang sebagai penyelesaian segala masalah.



Twitter
Facebook
gravatar

Peringatan kepada orang Islam

Assalamualaikum.





Berilah berita gembira kepada hamba-hamba Allah yang bermaksiat bahawa Allah sentiasa ada masa untuk memaafkan mereka sekiranya mereka mencari keampunanNya.


Jangan lengah daripada mendapatkan keampunan Allah dari maksiat yang anda lakukan. Bahkan berlengah-lengah dengannya menyebabkan anda terus terperosok di dalam kekejian.


Berilah peringatan kepada hamba-hamba Allah yang taat bahawa segala amalan baik mereka hanya dipandang jika hanya Allah yang menjadi tujuan.


Jangan bangga dengan kebaikan yang anda lakukan. Bahkan berasa bangga dan puas dengan amalan walaupun apa alasannya adalah bukan dari sifat yang terpuji.

Twitter
Facebook
gravatar

inilah makna bahagia

Assalamualaikum.


Sudah ramai yang mengulas bahagia, tetapi kali ini biarlah hamba pula yang berkata-kata.


Menghadkan bahagia terhadap kekayaan lahiriah semata-mata memang telah lama ditolak oleh manusia kebanyakan. Tetapi menghadkan bahagia kepada apa yang kelihatan di dunia, inilah yang selalu manusia banyak amalkan.


Mungkin kelihatan kejam untuk menyatakan bahawa bahagia ini tiada di dunia.


Tetapi itulah hakikatnya. Bahagia tempatnya di dalam syurga, bersama keredhaan tuhan manusia, Allah Si Pencipta bahagia.

Twitter
Facebook
gravatar

perkara yang perlu dilakukan jika terlanjur

Assalamualaikum.


Janganlah sama sekali anda berasa sanggup untuk ditempatkan walau sekejap di neraka Allah. Mintalah sesungguh-sungguhnya supaya dijauhkan daripada tempat yang sangat dahsyat ini.


Saya cakap begini kerana ada waktunya yang anda melakukan maksiat secara sedar, sedangkan anda amat mengetahui setiap kemungkaran kepada Allah, balasannya sangatlah berat.


Anda bayangkan, semua unsur yang ada di dalam neraka dicipta daripada api. Bahkan bukan api seperti api yang kita temui di dunia, tetapi api yang dikatakan 70 kali ganda lebih dahsyat.


Pernahkah anda tersentuh besi panas seperti kuali atau periuk nasi yang panas? Atau pernahkah anda melhat bekas plastik atau botol plastik yang dimasukkan kuah atau air yang panas?


Anda akan melihat ketika itu bekas-bekas plastik tadi akan mengecut atau melebur disebabkan kepanasan cecair yang dikenakan kepadanya.


Maka itulah perbandingannya.


Bayangkan jika yang menjadi bekas plastik tadi adalah jasad anda yang segar bugar itu. Bayangkan yang akan dituangkan cecair panas ke atasnya adalah wajah anda yang cantik dan manis itu. Diceritakan, ahli neraka akan dituangkan cecair panas melalui kepalanya yang panasnya bahan tersebut hingga menyebabkan muka mereka melebur, isi perut mereka hancur, dan kulit-kulit tubuh mereka mencair sehngga tersangkut di buku lali dan tumit mereka.

Twitter
Facebook
gravatar

satu alasan untuk ke syurga

Assalamualaikum.


Ada satu alasan yang kukuh bagi melayakkan seorang hamba Allah untuk masuk ke syurga dengan rahmatNya. Alasan tersebut adalah hamba Allah ini mestilah seorang yang hebat.


Syurga menantikan orang-orang hebat untuk memasukinya. Tidak menjadi hebat adalah alasan yang kukuh untuk tidak melayakkan manusia untuk mendapat nikmat di daerah yang dijanjikan kebahagiaan ini.

Twitter
Facebook
gravatar

sifat seorang isteri yang penyayang

Assalamualaikum.


Saya perasan juga ada kawan-kawan yang kemaskini artikel tentang hari ibu. Kemudian timbul pula pandangan beberapa orang yang lain bahawa meraikan ibu masing-masing tidak perlukan kepada hari-hari khusus, sebaliknya setiap masa.


Masalah ini saya tinggalkan untuk anda jawab sendiri kerana hakikatnya semua orang mahu sayang dan menghargai ibu masing-masing.


Cuma bila saya mengenang adanya hari ibu ini, secara tidak langsung ia akan mengheret kisah bagaimana seorang wanita menjadi isteri sebelum kemudiannya menjadi ibu.


by ~TheCalling


Twitter
Facebook
gravatar

motivasi petua mengatasi masalah cinta 1

Assalamualaikum.


Ada dua perkara utama yang anda perlu faham untuk mengatasi masalah cinta.


Yang pertama adalah mengetahui hakikat cinta.


Memang banyak pihak yang mentakrifkan cinta dengan makna dan terjemahan mereka tersendiri sehingga ada yang menyatakan cinta itu sebagai sesuatu yang subjektif. Namun Imam Ghazali sebenarnya telahpun memberikan kepada kita sebuah takrifan cinta yang cukup padat dan tepat dengan kata beliau bahawa, "cinta adalah suatu kecenderungan terhadap sesuatu yang memberikan manfaat".

undefined



Twitter
Facebook
gravatar

ciri-ciri gadis murahan dan lelaki pengecut

Assalamualaikum.


Jom sentap sikit malam ni. Er, buat-buat faham sudah. Tentang lelaki pengecut dan gadis murahan.


Sebenarnya, bagi saya lelaki yang gemar bermain dengan perasaan wanita adalah seorang lelaki yang pengecut.


Mengapa?


Kerana dia hanya bermain dengan sehelai kapas yang lembut. Nipis, ringan dan mudah diterbangkan. Ke mana angin ingin menerbangkan, kapas mengikutinya dengan rela.

Twitter
Facebook
gravatar

kisah hamba Allah berdoa di bulan ramadhan

Assalamualaikum  


Apa khabar anda pada hari ini? Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan Mubarak.

Ramadhan hampir tiba. Selain menjadi bulan puasa, ia adalah bulan Quran dan doa.

Doa dikaitkan dengan ciri kehambaan.


Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (40:60)

Twitter
Facebook
gravatar

kesilapan orang ramai dalam bercinta

Assalamualaikum.


Nak bercakap pasal cinta, saya memang bukan ahlinya. Tapi kalau nak bohong sikit-sikit bolehla. Teruskan baca jika anda rasakan saya punya pembohongan ni boleh pakai.


Tapi dah terlanjur sampai sini, takkanlah anda nak tinggalkan saya macam tu saja kan? Alang-alang belajar biar faham. Alang-alang faham biar amal.


Er, baca saja lah. Jangan dilayan sangat kepelikan yang kadang-kadang berlaku.

Twitter
Facebook
gravatar

manusia bukan semata-mata dicipta daripada tanah

Assalamualaikum.


Memang benar manusia dicipta daripada tanah. Tetapi itu hanyalah ketika dalam pelangkapan unsur jasadiah manusia sahaja.


Adapun ruh manusia, ia adalah bersumber daripada roh yang ditiupkan oleh Allah. Firman Allah, "Dan telah Aku tiupkan kepadanya roh-Ku"(Al-Hijr:29).


Maknanya, manusia memiliki suatu nilai tambah bahkan asas (iaitu rohnya sendiri) yang bukan sahaja berharga, tetapi sangat suci dan tinggi.


Maka masihkah kita mahu bermain-main?


Berilah roh anda haknya

Twitter
Facebook
gravatar

termenung sekejap bila baca entri ni

Assalamualaikum.




Lepas post satu artikel petang tadi dengan tajuk lelaki ini masih bersabar walaupun badannya dibakar saya mendapat satu komen daripada seorang pembaca.




Komen beliau berbunyi seperti yang saya jadikan tajuk artikel yang anda baca sekarang ini. Katanya, "termenung sekejap bila baca entri ni.."




Anda nak tahu tak kenapa dia termenung sekejap?




Kalau nak tahu kena baca sini, lelaki ini masih sabar walau badan dibakar.




Baca tau jangan tak baca. Mana tahu anda pun bakal termenung jugak.. Artikel pendek saja tak sampai 200 perkataan.

Twitter
Facebook
gravatar

lelaki ini masih sabar walau badan dibakar

p/s: tahniah jika anda membaca artikel ini hingga ke huruf yang terakhir

Assalamualaikum.


Pernah suatu hari seorang sahabat nabi yang bernama Khabab ibnu 'Arat R.A datang kepada Rasulullah S.A.W dan bertanya kepada baginda dengan katanya, "bilakah kita akan menang wahai rasulallah?"


Sahabat nabi yang bertanya ini sebenarnya telah mendapat seksaan dan ujian yang teruk. Badannya dipanggang sehingga diriwayatkan lemak di badannya mencair dan menitik ke lantai.


Akibat tidak tertahan dengan seksaan yang diterima maka beliau bertanya kepada baginda bilakah masanya Islam akan menang mungkin dengan harapan agar Islam segera dinaikkan dan umat Islam terus menjadi dihormati.

Twitter
Facebook
gravatar

wordless wednesday 1: terima kasih japanese cherry,






Twitter
Facebook
gravatar

saya suka sunah muhammad

Assalamualaikum.

Tajuk entri ni ditujukan khas kepada sunah muhammad, blogger wanita yang saya selalu panggil kakak. Padahal saya memang tak tahu umur sebenar dia berapa.

Saya suka dia sebab dia peramah. Siap boleh sembang-sembang di komen blog orang lain lagi.

Er, kenapa artikel ini wujud?


Sekadar penghargaan terhadap beliau kerana memilih nama sunah Muhammad. Semoga nama ini memberikan kebaikan kepada pemiliknya dan sesiapa yang berhubungan dengannya.

Sesunggahnya nama ini selalu mengingatkan saya kepada orang yang paling merindui kita. Baca sini, cair kerana ayat pengasih?




Oh, ya. Ada seorang guru saya yang begitu mengambil berat tentang sunnah baginda Nabi sehingga beliau mengajar kami cara memakai selipar di dalam tandas.

Caranya adalah dengan masuk ke dalam tandas menggunakan kaki kiri tetapi dengan memijak bahagian atas selipar tandas, kemudian baru masuk kaki kanan dan terus sarungkan selipar sebelah kanan.

Selepas itu barulah disarungkan selipar sebelah kiri. Dengan ini kedua-dua sunnah nabi berkenaan kaki dapat diamalkan iaitu masuk tandas dengan kaki kiri dan mendahulukan kaki kanan untuk menyarungkan selipar.




p/s: guru saya ini juga nasihatkan supaya usahakan dapat berselawat sebanyak 300 kali sehari. Atau lebih baik lagi seribu.


Allahumma Solli 'Ala Muhammad!

Twitter
Facebook
gravatar

jangan sedih, sayang

Saya sangat selesa untuk mengibaratkan hidup kita ibarat putaran alam yang diwakili empat musim.


Ada musim panas, musim sejuk, musim bunga dan musim luruh. Kehidupan kita ibarat musim-musim ini.


Kadang-kadang kita berasa sangat suka dengan sesuatu. Ketika itu, semua yang di sekeliling kita seperti sedang tersenyum. Seperti bunga yang memekar.  


Pada masa yang lain pula kita terasa sangat membenci sesuatu. Alam terasa panas. Semua yang berlaku tidak dapat kita hadapi dengan ketenangan.


Ada juga masa kita berduka, sedih dan merana. Kala itu, hati serasa luruh. Bagaikan tiada kemanisan untuk terus hidup. Masa depan jadi gelap gelita.


Sangat menakutkan. Kepedihan akan bergema. Kepayahan terpercik ke segenap ruang.


Ketika itu, hanya mereka yang gagah hatinya akan bangun daripada kejatuhan. 

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk