semak keputusan IPTA permohonan UPU lepasan STPM 2011/2012
Assalamualaikum.
Bermula hari ini 15 Julai 2011, lepasan STPM dan yang setaraf dengannya sudah boleh melakukan semakan untuk mengetahui keputusan permohonan IPTA melalui permohonan UPU yang dibuat tempoh hari.
Untuk melakukan semakan ini anda boleh terus ke laman web UPU di alamat ini, http://upu.mohe.gov.my/ (Laman UPU).
Semakan boleh dibuat bermula jam 12 tengah hari tadi.
Kepada yang berjaya diucapkan tahniah. Rancanglah perjalanan pendidikan anda sebaik-baiknya. Jadilah mahasiswa yang tahu akan tanggungjawab dan kepentingan sendiri terhadap agama, masyarakat dan negara.