pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama

Archive for March 2011

gravatar

kongsilah kalau elok

Assalamualaikum.


Selamat pagi saya ucapkan kepada anda jika anda membaca ini pada waktu pagi, atau selamat tengah hari, selamat petang dan selamat malam, anda pilih sendiri. :)


Ok, kalau sudah pilih, mari kita fahami pula apa yang saya mahu bincangkan.


Begini. Sekiranya anda adalah pembaca tegar di blog saya ini, anda mungkin tahu bahawa sehari dua ini ada sedikit pembaharuan di sini yang sempat saya buatkan.


Adalah sikit-sikit. Antaranya kalau anda masih tak perasan cuba lihat di bawah artikel saya. Anda akan dapati wujudnya beberapa ikon kecil bersegi lima dengan warna-warna dan imej tersendiri.


Kegunaan ikon-ikon ini adalah untuk tujuan perkongsian artikel-artikel di blog saya ini.


Caranya adalah dengan anda klik pada ikon-ikon berikut sekiranya anda mempunyai akaun anda sendiri di laman berkenaan.


Contohnya jika anda mempunyai akaun Facebook, anda boleh klik di ikon ketiga dari kanan yang berimej tulisan huruf 'f' dan mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan selepasnya.


Selepas proses ini selesai, anda akan dapati artikel saya ini akan terkongsi di laman FB anda, insyaAllah.


Ini adalah sangat mudah dan selamat. Juga bermanfaat, insyaAllah.

Twitter
Facebook
gravatar

kenapa kamu belum menyesal

Assalamualaikum.



Bertemu lagi kita di skrin ajaib ini. Skrin yang padanya banyak terhimpun kebaikan, namun sebilangan besar daripada kita lebih mudah untuk mengeksploitasikannya menjadi keburukan.


Ya, boleh saja mengikut kata anda bahawa dunia akhir zaman memang begini.


Tetapi tatkala anda menyedari bahawa inilah zamannya bahawa berakhlak seindah santun Nabi  kita Muhammad akan diganjari seratus pahala syahid, apa yang anda lakukan?

                                                                  Unfaithfulby ~Siilin

"Nak buat macam mana, dunia akhir zaman.."



Twitter
Facebook
gravatar

saya terdesak, bukannya gersang

Alhamdulillah. Kesyukuran yang berterusan kita panjatkan kepada Allah, Tuhan yang dari-Nya datang dan kembali segala pujian.


Dan sekali lagi dihulurkan pujian dan kesyukuran ini kepada-Nya, malah dengan sebanyak-banyaknya sepertimana Dia memuji diri-Nya sendiri.


Alhamdulillah.


Alhamdulillah.


Sebenarnya saya tidak sempat untuk meraikan ulang tahun pertama blog saya ini yang sepatutnya saya sebutkannya lebih sebulan lepas. Memandangkan ketika itu berlaku apa yang telah berlaku, maka blog ini membeku selama lebih kurang dua bulan melainkan beberapa artikel yang sempat saya terbitkan secara curi-curi.


Twitter
Facebook
gravatar

sesekali bergurau

Sedikit kemaafan saya pohonkan daripada anda semua sidang pembaca di atas artikel semalam 'yang tergantung dan tidak faham apa yang hendak disampaikan' seperti kata bro akuBiomed dan 'sangkut' bak komen sis Surihati_ku.


Malah ada dua, tiga orang sahabat di dalam senarai YM saya (hassan_mujahid10@yahoo.com) pun turut memberi respon.


Baiklah, sekiranya anda membaca artikel saya itu dengan tenang dan tenteram sepertimana jurus yang sering dipraktikkan oleh Sang Asura yang merupakan seorang pencinta ekosistem di bumi (untuk pembaca buku Wira Tunggal sahaja), saya fikir anda masih dapat mengambil info dan perkongsian yang telah saya sediakan..


Kalau tak percaya cuba rujuk semula artikel saya semalam.


Ya, saya tidak nafikan di bahagian akhir artikel tersebut kelihatannya masih ada yang ingin dikongsi. Tapi seperti yang saya sebutkan, saya kurang berminat dengan artikel yang berjela.


Anda faham kan maksud saya?


Ok, kalau tak faham mari saya terangkan dengan lebih jelas.


Twitter
Facebook
gravatar

cerita saya di Mesir

Saya mahu bercerita kepada anda.


Tetapi ini bukanlah cerita tentang rakyat Mesir yang masih berdemonstrasi untuk menyuarakan tuntutan-tuntutan mereka di mana-mana yang mereka fikirkan perlu. (Tapi janganlah di depan pintu bangunan kuliah kami pun buat juga, telinga tak mampu nak tapis suara sorakan berbanding mendengar syarahan doktor).


Ini juga bukan cerita bagaimana sesaknya pengangkutan-pengangkutan di sini. Bayangkan, kopiah putih saya sampai terjatuh akibat berasak-asak dengan para penumpang bas 3 jim semasa pulang dari kuliah tadi. (Mujur ada kawan arab yang tolong sambut tadi, kalau tak lunyai lah agaknya kopiah putih tu dipijak kaki-kaki agam mereka).


Tapi cerita ini masih menyabitkan mereka, memandangkan merekalah yang saban hari saya temui di sini.



Ok, dipendekkan cerita hari ini saya pergi kuliah lagi. Itu wajiblah kan, buat apa jadi pelajar kalau tak pergi belajar.


Dan macam biasa, saya pergi kuliah naik bas awam yang banyak di sini.


Bas sini sekali naik bayar 0.50 Pound Mesir(seoalah-olahnya macam RM 0.50, tapi pound Mesir jauh lebih rendah nilai dari ringgit), dari satu perhentian sampai ke perhentian yang satu lagi. Maksud saya kalau macam bas Sungai Petani - Alor Star, naiklah dari Sungai Petani ke, dari Guar Chempedak ke, atau dari Simpang Kuala yang lagi 2 km nak sampai Alor Star pun harganya tetap sama, 0.50 Pound. Balik pun harga macam itu juga. Murah kan?


Ok, ok. Jangan bosan lagi. Dah nak sampai subjek utama pun.


Semasa dalam bas itulah sesuatu terjadi. Sedang saya duduk-duduk, tiba-tiba...


Eh, macam saspen tak?


Anda janganlah cakap saspen. Macam perli pula saya rasa. Tahulah diriku ini tidak pandai bercerita, tapi janganlah diperli-perli sedemikian rupa..


Hehe, kalau anda tak mahu gelak pun, biarlah saya gelak sorang-sorang.


Sebabnya saya tidak bercadang untuk artikel ini ditulis begini. Sungguh, pada awalnya ada sebuah kisah teladan yang ingin saya kongsikan bersama anda.


Tetapi tulis punya tulis, akhirnya sampai ke sini. Saya pula jenis yang kurang minat dengan artikel yang berjela. Jadi kisah teladan yang dirancangkan awal tadi saya simpankan dulu.


Takpa kan macam tu?


Harapnya masih ada kebaikan yang dapat saya kongsikan. Sekian, moga berjumpa lagi.

Twitter
Facebook
gravatar

separuh gelas masih ada

Anda terluka. Lalu anda tanpa segan silu mengalirkan titisan permata jernih. Bertali-tali air itu membasahi pipi dan bibir.


Itu belum dikira pedih di hati yang melecur. Hanya sesak dan pilu yang mencucuk-cucuk segenap sendi rasa. Tanpa iman yang padu, pasti Tuhan sudah disumpah seranah.


"Sedih?" Lembut desis suaranya.


Anda buat tak tahu. Tak nampak pun boleh.


"Mahu dengar cerita?"


Kali ini anda mendongak.


"Ini cerita bahagia". Mata anda makin membulat.


"Cerita bahagia bukan untuk saya." Anda pura-pura.


"Ok, takpalah." Kopi Radix yang tinggal separuh gelas dituang, membanjiri pinggan yang bersisa kari ikan.


"Kenapa tuangkan air? Saya belum habis minum." Anda meninggi soal. Terkejut lebih pasti.


"Bukankah cerita bahagia bukan untuk kamu." Anda tambah bingung. Apa kaitan cerita bahagia dengan separuh gelas air?


"Itu fikir sendiri." Anda diam.


"Cuma yang saya mahu pesankan, perkara yang lepas biarkan lepas. Hatta itu ialah istana kayangan, semalam hanyalah kenangan." Dia diam.


Kemudian anda lihat dia berpusing meninggalkan anda. Anda lihat juga di belakang bajunya ada sebaris ayat.


'Nikmatilah hari ini.'

Twitter
Facebook
gravatar

membebel kepada saudara se-Islam





Manusia bertindak mengikut apa yang dia nilaikan bermakna baginya.



Maka apabila Abu Jahal memilih dunia dan segala perhiasannya sebagai tempat membina semangat bertindak, jelaslah bahawa dunia itulah yang menjadi nilai paling bermakna bagi Abu Jahal.




Lain halnya dengan orang Islam, kita memilih untuk menjadi hamba kepada Allah, lantas segala yang dilakukan adalah usaha untuk memperoleh keredhaan-Nya. Hal ini demikian kerana sistem nilai orang Islam meyakini bahawa apa-apa yang Allah janjikan itulah yang terbaik.



Adapun yang berlaku dalam realiti umat Islam sekarang, ianya adalah tidak semua kesilapan kita bebankan di atas bahu mereka. Ini kerana realiti semasa jugalah yang menyebabkan orang Islam lemah dari memperjuangkan ketinggian Islam.


Di mana-mana sahaja usaha untuk meninggikan syiar Islam dilakukan, di situ jugalah cabaran terbesar dari melakukannya wujud.



Bahkan, cabaran-cabaran ini bukan sahaja dalam bentuk fizikal dan material seperti yang banyak berlaku pada zaman sebelum ini, sebaliknya ia dilakukan dengan cara yang lebih halus dan berkesan, iaitu dengan merosakkan sistem nilai orang Islam sendiri.


Mereka menggerakkan seluruh usaha untuk mengalihkan pandangan orang Islam daripada berdiri tegak di atas landasan syariat yang sebenar sehinggakan kita melihat bukan sahaja orang awam yang menghadapi masalah, bahkan kesatuan-kesatuan umat Islam di peringkat antarabangsa jugat tidak ada yang terselamat.



Inilah saat akhir zaman di mana sesiapa yang dapat melaksanakan sunnah nabi diganjarkan dengan 100 pahala syahid. Inilah zamannya dan inilah masanya yang disebutkan sebagai zaman di mana melaksanakan sunnah ibarat menggenggam bara api.


Bara akan padam jika dilepaskan, dan tangan akan terbakar jika bara terus digenggam...




*er kalau tak faham, sebenarnya ini adalah komen saya di blog seorang sahabat di sini (klik)

Twitter
Facebook
gravatar

kepada pencari bahagia

"Di mana letaknya kebahagiaan?" soal saya kepada Azam.




"Anta tanya ana? Padahal ana yang tanya anta kenapa sukar bahagia."



"Er, anta fikir kebahagiaan tu ada pada hartakah? Atau nama dan pangkat yang boleh buat kita bahagia?" Saya terus menyoal.



"Manalah ana tahu. Anta cerita sajalah, banyak pulak soalannya." Jawab Azam. Wajahnya mengerut keseriusan. Mungkin sudah lama dia pendamkan perkara begini.



Saya senyum. Apabila manusia mencari, dia sebenarnya sudah menggenggam kunci untuk menjemput penyelesaian supaya masuk. Sedangkan jawapan sudah menunggu di balik pintu. Sebaik sahaja anak kunci yang dicuba berpadanan, tiada keraguan lagi bahawa kejayaan akan menyertainya nanti.



Heh, entah apalah yang saya bebelkan ni!



Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk