pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

gambar dan video Dr. Lo'lo ahli parlimen titiwangsa meninggal dunia

Assalamualaikum.


Seperti tajuk yang dapat anda baca, YB Dr Lo'lo' Bt Mohd Ghazali ahli parlimen Titiwangsa baharu sahaja meninggal dunia beberapa minit yang lepas. Gambar dan video berkaitan masih belum ada di sumber-sumber media.

Takziah kita ucapkan kepada keluarga dan sahabat handai beliau.


Setiap yang hidup pasti akan mati. Tetapi persediaan sebelum menemui kematian itulah yang perlu kita usahakan setiap masa.



Sesungguhnya dunia dan segala isinya menyaksikan bahawa allahyarham YB Dr Lo'lo' Bt Mohd Ghazali ahli parlimen Titiwangsa telah banyak menyumbang bakti dalam memperjuangkan agama Allah yang hak di atas muka bumiNya ini.





Siapa yang tidak kenal YB Dr Lo'lo' Bt Mohd Ghazali? Kalau tak silap saya beliaulah salah seorang  daripada ahli parlimen Malaysia dari kalangan wakil rakyat Pas yang sangat lantang bersuara dalam menegakkan keadilan..




Semoga roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Beliau telah pergi meninggalkan kita dengan cukup bukti bahawa Allahyarham pernah menabur jasa di atas memperjuangkan kalimah Allah.




Dan Allahyarham telahpun mengotakan janji denganNya. Iaitu janji untuk hidup dan mati di atas jalan Allah. Bagaimana pula dengan kita?




Semoga Allahyarham YB Dr Lo'lo' Bt Mohd Ghazali ahli parlimen Titiwangsa bahaga di sana. Gambar dan video berkaitan masih dalam proses. Jenazah sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato' Keramat.






Al-Fatihah.



Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk