pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

kesilapan orang ramai dalam bercinta

Assalamualaikum.


Nak bercakap pasal cinta, saya memang bukan ahlinya. Tapi kalau nak bohong sikit-sikit bolehla. Teruskan baca jika anda rasakan saya punya pembohongan ni boleh pakai.


Tapi dah terlanjur sampai sini, takkanlah anda nak tinggalkan saya macam tu saja kan? Alang-alang belajar biar faham. Alang-alang faham biar amal.


Er, baca saja lah. Jangan dilayan sangat kepelikan yang kadang-kadang berlaku.



Kata orang cinta memang best. ‘U jump I jump’ bak kata romeo kepada julietnya.


Tapi kan, cinta romeo dan Juliet tu jadi apa? Mereka hanya berakhir di situ. Hanya tinggal nama dan sejarah. Nakkah kita jika cinta kita hanya berakhir dengan datangnya ajal kita di duna ni?


Saya sebolehnya memang tak mahulah. Saya nak cinta saya kekal sampai ke syurga. Kalau boleh saya nak cinta saya itulah yang mengiringi saya ke sana.


Tapi nak buat macam mana ya?



Kalau saya Cuma ada sedikit formula saja. Caranya, cubalah anda fikir betul-betul. Tanya kepada isi hati anda yang paling dalam, sebenarnya aku suka dia ni sebab apa?


Aku sayang dia sebab dia cantik? Atau sebab dia penyayang, baik hati, rajin, lemah lembut, bertanggungjawab, atau apa?


Ke sebab dia tu memang mencairkan hati aku. Tak payah bersebab. Ini pun kena hati-hati jugak. Kadang tu kita saja yang rasa tak bersebab, padahal ada pihak ketiga yang sudah susunkan sebabnya untuk kita. Tak ke bahaya tu?


Semua orang dah tahu. Kta sepatutnya cintakan manusia yang paling baik dan paling kukuh ketaatannya kepada Allah. Sebab bila dia taat kepada Allah ni mudah kerja kita. Sebab Allah memang suruh hambaNya berlaku baik terhadap sesama makhluk.


So bila dah dapat yang baik hubungannya dengan Allah, maka pasti dia akan baik hubungan dengan kita jugak. Sepatutnyalah.


Er, pasal rajin sembahyang tapi panas baran atau tudung labuh tapi mulut tak pandai nak jaga (maksudnya lazer sangat) kita cakap lain kali. Sebab Islam bukannya dinilai pada rupa paras dan amalan, tapi pada seluruh perlakuan zahir dan batin.


Dan bab kita sendiri tak berapa baik tapi asyik nak cari pasangan yang baik pun kena cakap lain kali jugak sebab panjang pulak perbahasaannya nanti.


Ok, kira jadi la sikit-sikit bohong ni kan. Banyak-banyak nanti anda jemu dengar. Saya tahu anda banyak kerja. hehe


Jadi sekian saja untuk kali ni. Apa-apa nak dikongsi sila turunkan di dalam kotak komen di bawah. Kalau nak share artikel dengan kawan-kawan kat FB Cuma klik ikon bintang bersegi lima warna biru kat bawah ni.


Ok, wassalam.

p/s: saya? jangan lah tanya.



Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk