pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

perkara-perkara yang membatalkan puasa JAKIM, JAIS, JABATAN MUFTI MELAKA

Assalamualaikum.

betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?


Perkara-perkara yang membatalkan puasa  yang disenaraikan oleh laman al-azim.com (yang dibangunkan oleh jabatan Mufti Melaka), JAIS dan JAKIM (tiada dapatan) adalah seperti berikut.


Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara-perkara di bawah ini (al-azim.com) :
  • Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
  • Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.
  • Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa).
  • Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.
  • Kedatangan haid atau nifas.
  • Gila sekalipun hanya sekejap masa.
  • Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
  • Bersalin.
  • Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.
baca juga persoalan dan pencerahan mengenai solat tarawih di sini

Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara di bawah ini (jais) : 
 1.Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
 2.Memasukkan sesuatu ke dalam dubur(jalan belakang) atau qubul(jalan depan) dengan sengaja .
 3.Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa) .
 4.Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani.
 5.
Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk-cium
dan sebagainya.
 6.Kedatangan haid atau nifas.
 7.Gila walaupun hanya sekejap masa.
 8.Mabuk atau pengsan sepanjang-panjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
 9.Bersalin.
10.Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari.
11.Murtad - iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan
atau perbuatan.

Jadi inilah dia perkara-perkara yang jika dibuat akan membatalkan puasa. Maknanya kena elakkan perbuatan-perbuatan ni, termasuklah merokok walaupun tak disebutkan di dalam senarai.


Er, saya tulis perkara-perkara yang membatalkan puasa JAKIM, JAIS, JABATAN MUFTI MELAKA dalam dua versi sebab bilangan yang mereka senaraikan tak sama (10 dan 11). Bagaimanapun capaian perkara yang menjadikan puasa terbatal daripada JAKIM tak ditemui.

baca juga persoalan dan pencerahan mengenai solat tarawih di sini

betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?

Sekian.

Twitter
Facebook

Comments (25)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Kalo earphone cmne lak ? termsuk x?
My recent post Mati itu satu kepastIan
1 reply · active 711 weeks ago
earphone tak apa. dia tak masuk ke rongga sampai dalam. cuma sekadar lubang telinga kan
salam..jika bersetubuh di malam hari,sah ke puasa di siang hari tanpa mandi wajib?
1 reply · active 711 weeks ago
sah puasa. cuma perlu mandi wajib untuk solat subuh..
My recent post betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?
rezniesya's avatar

rezniesya · 711 weeks ago

kalo korek idong batal x puasa kitew
1 reply · active 711 weeks ago
had lubang tu kena dipastikan.. bukan la korek hidung je terus batal.. sbb hadnya bukanlah rongga luar, sebaliknya rongga dalam.. Semasa berpuasa, dibenarkan untuk memasukkan air ke dalam rongga hidung, dengan syarat jangan terlampau dalam.. sehingga masuk ke dalam hidung dan bleh telan. Begitu juga dengan rongga mulut, bukanlah berkumur2 itu membatalkan puasa, sebaliknya melampau dalam berkumur2 sehingga air masuk ke tekak dan seterusnya ditelan itulah yg membatalkan puasa.

Maka, mengorek hidung yg tak melampau (bukan mengorek sedalam2nya) tidaklah membatalkan puasa.. menggigit pen pun tak membatalkan puasa.. memasukkan pensel ke lubang hidung pun tak batal puasa

wallahualam

My recent post betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?
lau tidur berpanjangan batal x puase
1 reply · active 711 weeks ago
tak pernah dengar lagi pendapat yang sebut tidur berpanjangan boleh batal puasa..
My recent post betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?
ada fakta yg mgatakan kalau muntah dengan sengaja tau tidak sengaja di bulan puasa ...puasa tetep batal...ye ke?? leh terangkan.....
1 reply · active 711 weeks ago
yang disebutkan di atas hanya muntah dengan sengaja yang membatalkan puasa. Muntah dengan sengaja bermaksud muntah dengan cara mengeluarkan melalui jalan paksaan.. seperti menjolok ke tekak.. maksudnya dengan sengaja la..

Tapi, kalau tak sengaja.. contohnya ada orang terkentut dalam lif.. lalu beliau tak dapat tahan bau tersebut hingga termuntah, maka ianya tak membatalkan puasa.. jangan plak kalau muntah tu dah keluar kat ruang mulut, ditekup lepas tu ditelan balik muntah tu.. itu memang batal la.. walaupun asalnya tak batal..

Read more: http://ustazlove.com/blog/2011/08/batal-puasa-mun...
My recent post betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?
studentIPTA's avatar

studentIPTA · 710 weeks ago

Assalamualaikum.. Saya pelajar IPTA, rumate saya baru sahaja memeluk islam dan sudah berkahwin. Ini merupakan tahun ke-4 dia berpuasa. Satu hari, dia menyanyakan saya satu soalan yang saya tidak tahu jawapannya.

rumate: Batal tak puasa aku kalau tengah hari, aku menyembur air ke arah kemaluanku?
saya : ha? untuk apa??
rumate: aku dah berkahwin tapi suami aku bekerja di luar negara. Kadang2, aku teringat akan suamiku dan terus nafsu syahwatku naik. Untuk melepaskan nafsu dan kerinduanku, aku berbuat demikian.

Salan saya:
1) batalkah puasa rumate saya?
2) adakah itu merupakan onani?
1 reply · active 710 weeks ago
setiap perbuatan yang boleh menaikkan nafsu syahwat dan sehingga mengeluarkan air mani akan membatalkan puasa.tidak kira dengan apa cara sekalipun.
saya terkeluarkan air manai dgn segaja pada malam hari..adakah puasa saya terbatal pada siang hari..dan bolehkah saya meneruskan puasa saya
saya telah melakukan onani pada malam hari..jadi air mani terkeluar dgn segaja..bolehkah saya berpuasa pada keesokan harinya dan adakah sah puasa saya tersebut..apa hukumnya...
Gosok gigi, batal tak puasa?
Ada orang cakap melakukan perkara yang boleh menyegarkan diri atau meningkatkan keselesaan diri batal puasa. Jadi kalau saya syampoo kepala di pagi hari dalam bulan ramadhan batal tak puasa saya ?. Sebab itu menyegarkan kepala saya.

Saya juga ada sakit sawan yang jarang2 kena dan kalau kena hanya dalam beberapa saat atau minit. Jadi kalau penyakit saya datang saya sedar tapi saya tak dapat kawal diri saya sebentar. batal tak puasa saya?
Batal tak puasa jika menyentuh kemaluan orang lain dan bercakap yang bukan bukan
1 reply · active 660 weeks ago
TK BATAL..TP BODOH SGT BUAT MCM TU MASA PUAS
Salam,
Kalau pakai eye drop ubat sakit mata batal puasa tak?
1 reply · active 660 weeks ago
TAK BATAL
QASEH ARYANNA's avatar

QASEH ARYANNA · 661 weeks ago

KLU MATA BERNANAH BATAL TAK PUASA ???
kalo isap jari batl x puasa?
batal x puase ...klau ..keluar mani ....x sengaja ......
betul ke berlipstik bole batal posa.
assaalamualaiko0m,,,

batal tak puasa klo kasih lri tahi mata

Post a new comment

Comments by

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk