Assalamualaikum.
Di sini merupakan sedikit perkongsian asas mengenai solat tarawih dari segi latar belakang dan panduan cara-cara menunaikan solat sunat tarawih. Harap dapat memberi manfaat kepada semua.
Update: baca juga persoalan dan pencerahan mengenai solat tarawih
di sini
Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz(kiasan/bukan makna sebenar), kerana dari segi cara perlaksanaannya istirahat tersebut adalah sesudah melakukan solat sunat. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat.
Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.
Solat sunat Tarawih tidak mesti dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan cara Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat [Subuh].
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".
klik untuk download pdf panduan dan cara solat sunat tarawih dan di sini
Nazihah · 713 weeks ago
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak akh Naim =)
My recent post 4 Things To do..
Gen2Merah · 713 weeks ago
anyway selamat berpuasa juga ya buat naimulfirdaus.. moga ramadhan ini akan menambahkan amal dan ibadah kita.. selamat berpuasa.
Ikhlas ~Gen2Merah~
My recent post Bandar Tawau menjelang Ramadhan
armadrafar 20p · 713 weeks ago
Pahala double...
Dosa pun double...
Selamat berpuasa...
Rujuk entri ini:
http://che-armad.blogspot.com/2011/07/top-searchi...
My recent post Lirik Lagu - Song Lyric : Doa Niat Puasa - Raihan
abu idris · 712 weeks ago
My recent post Ya ALLAH, Jadikanlah Ramadan Kali Ini Terakhir Tanpa Khilafah
nurul · 611 weeks ago