pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

kisah saya bersama wanita Arab di Mesir

Assalamualaikum.


Anda ingat lagi cerita saya tempoh hari yang bercerita tentang keadaan saya di Mesir?


Kalau sudah lupa cuba baca semula di sini (klik).


Bukan apa, cerita saya itu menurut beberapa orang tergantung dan tak dapat difahami. Tapi itu tak mengapa kerana bak kata ayah saya, apabila orang mempersoalkan apa yang kita sampaikan, itu bermakna penyampaian kita itu telah sampai kepada mereka.


Ok. Semasa saya di dalam bas yang saiznya jauh lebih kecil berbanding Bas Transnasional di Malaysia, dan bersesak-sesak dengan kepadatan menjangkau 100 penumpang untuk satu trip itu, saya mula melihat pemuda-pemuda Arab di sekeliling.


Er, kalau saya kata saya pandang yang  lelaki sahaja anda percayakah?


Tapi tak mengapalah, abaikan soalan itu. Mari teruskan baca.




Tak kisah sama ada lelaki atau perempuan, pemuda-pemudi Arab sememangnya memiliki susuk tubuh yang menarik. Tambah-tambah yang lelaki. Bukan sekadar tinggi dan berbadan tegap, bahkan aset mereka ditambah dengan wajah yang ke-araban, anda fikirkan sendiri bagaimana.


Semasa itulah saya mula memandang diri saya sendiri. Untuk dibandingkan dengan mereka, saya sendiri tidak kurang kacak dan tampannya, tetapi masih jauh terbelakang berbanding dengan kesempurnaan tubuh yang ada pada mereka.


Sepanjang perjalanan ke Dirosah itu, inilah yang saya fikirkan, cemburukan tubuh lelaki Arab! Bagi saya mereka cukup sempurna sebagai lelaki. Tak macam saya dan anda jugak kan? yang berdarah Asia ni.


Kecemburuan saya itu akhirnya pudar apabila kami telah sampai ke perhentian bas. Untuk pengetahuan anda, jarak dari situ ke kampus kuliah saya ambil masa 15 minit untuk berjalan kaki. Jauh jugak kan?


Ketika berjalan kaki itu mata saya masih meliar, menjeling-jeling sekeliling jalan yang sama setiap hari saya lalui. Ada banyak kedai buah, restoran khusyairi, dan pastinya ramai manusia, Kota Kaherah penduduknya 27 juta!


Tiba-tiba, er, ini tiba-tiba yang sebenar, bukan yang gimik seperti tempoh hari. Huhu..


Tiba-tiba pandangan mata saya tertancap pada tampang seorang lelaki. Lelaki tersebut sedang duduk di hadapan sebuah kedai dengan  sebelah lengan bajunya kelihatan kosong. Pasti lelaki ini kudung tangannya, fikir saya sendirian.


Saya teruskan berjalan. Maklumlah, 15 minit punya perjalanan, mesti panjang kan?


Kali ini saya terserempak pula dengan lelaki lain. Bertongkat dan jalannya tercapik-capik. Perlahan sekali geraknya. Rasa saya capikan lelaki ini lebih jelas berbanding cara jalan pelakon utama Si Capik, drama di RTM.


Saya masih cuba bertenang. Bagi saya ini biasa. 27 juta manusia di dalam sebuah kota tentu banyak jenis yang kita akan jumpa.


Tetapi, kemuncak kepada semua ini menanti saya di 100 meter sebelum sampai di hadapan gerbang kampus apabila saya terpandang seorang wanita. Dia berjubah dan berkelubung hitam, sedang tenang di alamnya sendiri.


Anda tahu apa alamnya?


Dia berada di sebuah alam yang cukup selesa. Dengan berkerusi roda, wanita ini sedang nyenyak tidur tanpa menghiraukan hiruk pikuk yang bukan lagi dari manusia, sebaliknya lalat di sekeliling beliau.


Ya, kalau anda tidak faham, maka ini saya menyebutkannya dengan jelas. Wanita ini sedang terbaring lesu di atas kerusi rodanya, mungkin tertidur akibat keletihan atau lebih mungkin sedang kelaparan, sambil yang menemani tidurnya ialah Sang Lalat!


MasyaAllah, tersentap saya ketika itu. Apakah semua ini?


Pakatan tersembunyi apakah yang sedang saya hadapi ini sehingga saya berjumpa dengan begitu ramai manusia yang keadaannya tidak mampu saya gambarkan.


Mula-mula dengan lelaki kudung sebelah tangan, kemudiannya saya disajikan pula dengan lelaki capik, ini pula dengan wanita yang entah apa untuk saya gambarkan.


Persoalan ini melingkari benak sehinggalah saya masuk ke bangunan kampus dan mula menapak anak-anak tangga ke tingkat 3.


Tetapi, rupa-rupanya Allah tidak membenarkan saya sampai ke dewan kuliah dengan mudah. Dia masih mahu menguji hamba-Nya yang lemah ini.


Inilah yang terakhir saya dapat ingat untuk pagi hari itu, iaitu pemandangan dua pemuda arab yang sedang ketawa dengan yang seorang bertongkat, manakala lawan bualnya pula berkerusi roda.


Ya, mereka sedang berbual sambil ketawa. Mesra sekali.


Inilah yang sangat menyedarkan saya bahawa sekalipun kita berasa diri penuh dengan kekurangan bila dibanding dengan orang-orang yang hebat, kacak, bijak, berduit dan sebagainya, tetapi itu langsung tiada nilainya di sisi Allah. Bahkan ramai lagi yang menghadapi ujian yang jauh lebih dahsyat daripada kita.


Sedangkan kita asyik mempersoalkan kenapa aku tak ada macam dia ada, tanpa memikirkan apa yang kita ada berbanding orang lain yang langsung tidak memiliki apa-apa.


Sekian, kisah ini berakhir di sini. Adakah anda sudah bersedia untuk mengambil pengajaran?




"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta." Al-Mukminun ayat 14.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk