pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

ustazah yang cantik

Assalamualaikum.


Rupanya ramai juga ustazah-ustazah yang belajar agama ini yang cantik-cantik belaka. Mana tidaknya, tidak cukup dengan sapuan celak di mata, mereka serikan lagi wajah dengan segala pemerah pipi, lipstik, eye shadow dan macam-macam lagi alat lain.


Rasanya anda yang perempuan tahu apa lagi yang patut diletakkan di dalam senarai tersebut.


Untuk menambahkan lagi kecantikan diri, ustazah-ustazah ini kadang-kadang memakai tudung paras atas dada dan membiarkan bayangan jujuran tali yang sedikit berselirat di belakang kelihatan apabila dipandang baju mereka yang agak jarang.


Alahai ustazahku, anda memang cantiklah!


Mohon dimaafkan ketelanjuran saya di atas artikel ini.


Kasihan pula kepada ustazah-ustazah yang menutup aurat secara sempurna seperti yang agama kita sarankan. Ketika inilah saya rasa seperti mahu memberi hadiah pula kepada ustazah-ustazah yang memakai niqob. Bagi saya mereka memang banyak membantu lelaki untuk menjaga pandangan mata dalam usaha kami untuk menjernihkan hati.


Sekurang-kurangnya dari sudut inilah.


Secara mudahnya aurat wanita adalah segala perhiasan yang tidak sepatutnya dinampakkan kepada orang yang asing bagi wanita tersebut.


Untuk mudahkan lagi, saya bahagikan perhiasan wanita kepada dua, yang satu adalah yang biasa kelihatan kepada sesiapa pun, sedangkan perhiasan yang satu lagi adalah yang tidak patut untuk dinampakkan melainkan kepada orang-orang yang khusus seperti suami dan keluarga terdekat yang haram dinikahi.


Maka yang tidak patut dinampakkan inilah yang saya namakan aurat.


Sebenarnya kalau anda mahu tahu, menutup aurat ini samalah seperti kita memakai topi dan tali pinggang keledar. Kita boleh untuk memakai topi dan tali pinggang keledar dengan cara manapun yang kita suka. Mahu kejapkan tali atau tidak, itu pilihan kita sendiri.


Tetapi kita jangan salahkan sesiapa andai topi kita terbang entah ke mana saat kita kemalangan gara-gara tali topi yang tidak kita perkemaskan.


Sama juga, kita boleh saja untuk menutup aurat seberapa sempurna yang kita mahu. Hendak pakai tudung jenis apa, kita yang pilih sendiri. Hendak memilih saiz baju apa pun tiada siapa yang akan paksa.


Tetapi inilah, berasa bahawa ini adalah kebebasan akan menyusahkan bukan sahaja diri kita, bahkan orang lain juga. Dan tidak seperti topi dan tali pinggang keledar, pendedahan aurat bakal menyusahkan kita dan orang lain bukan sahaja di dunia, tetapi hingga ke akhirat.


Dan perlu untuk anda tahu, menutup aurat bukan semata-mata pada berpakaian sahaja. Tetapi pada semua yang menghiaskan keindahan dan kelembutan seorang wanita. Baik pada pandangan mata lelaki, atau pada pendengarannya, atau juga pada penghiduannya.






Twitter
Facebook

Comments (56)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Salam...

Pesan ibunda jangan dilupa,
Agar kita sentiasa siaga;
Tak cantik tak cute tidak mengapa,
Asalkan maruah sentiasa terjaga.
My recent post Excel Menghasilkan Khas Ringkas
1 reply · active 724 weeks ago
"sebaikbaik wanita, adalah wanita yang menutup aurat dan menjaga tingkah lakunya"
My recent post Apa Kita Buat Kalau Tak Ada Blog
1 reply · active less than 1 minute ago
artikel yang bagus...semoga dpt memberi kesedaran kpd perempuan dlm menutup aurat mengikut landasan islam termasuklah cik tom sendiri....
My recent post Rahsia Nama Email Bongkar Peribadi
syukran lillah..

jemput share artikel supaya kesedaran ini sampai.

:)
My recent post syarat untuk mati
2 replies · active 724 weeks ago
ustazah tu pun manusia juga kan dik tapi seharusnya dia tau di mana letak dirinya...
3 replies · active 724 weeks ago
jom mulakan dari keluarga kita dulu...
My recent post Harta mutlak adalah rezeki yang disedeqahkan
1 reply · active less than 1 minute ago
Sejuk mata memandang bila lihat perempuan menutup aurat. Ada seri dan nur yang terpancar. Namun ramai perempuan yang tak mau dan mempertikaikanya. Kepada semua perempuan yang suka menutup aurat saya ucapkan tahniah dan teruskannya.
1 reply · active 724 weeks ago
Assalamu'alaikum wbt.

Kalau di Mesir, panggilan Ustaz/ah ni sebagai panggilan hormat.
Kira macam Tuan/CikPuan.

Percaya tidak? Diantara mereka-mereka yakni muslimah yang Akh sebutkan itu,
ada yang tidak perasan / tidak tahu mereka berkeadaan demikian.

Ada juga yang sebenarnya kurang tahu tentang hukum pemakaian.
Dan ada pula yang termakan dengan pujukan trend semasa.

Apapun, adalah menjadi tugas orang-orang yang tahu untuk mengingatkan. :)
My recent post Ibu Adalah Insan Mulia
1 reply · active 724 weeks ago
TT ni tengah mencari ustazah ke..hehe
1 reply · active less than 1 minute ago
yang pasti jangan cuba2 menyusahkan diri sendiri dan orang lain juga
My recent post Siapa Layak Ke Perlawanan Akhir Piala FA
1 reply · active 724 weeks ago
seindah hiasan adalah wanita solehah..

alhamdulillah bg sape yg menjaga perhiasan mereka, dan tidak mempamerkannya.. tapi hanya segelintir sahaja..
hmm..
My recent post Saat getir yang dilalui
1 reply · active 724 weeks ago
The Black Jubah's avatar

The Black Jubah · 724 weeks ago

Assalamualaikum,

Sedih jugek apabila ada Ustazah yang sanggup mempertahankan sanggul tinggi macam belakang unta, sedangkan terang-terang sudah ada hadith melarang. Panjang macam mana pun rambut tak payah lah ikat macam orang lepas pantang. Paling pelik bagi mereka yang takde rambut panjang...ada anak tudung yang ada sanggul palsu sekali....
1 reply · active 724 weeks ago
macam jamal selalu nyanyi seh.."sapa bilang gadis melayu tak menawan...." ustazah melayu muslim pun sure menawan ehhh..
My recent post Save As Draft
1 reply · active less than 1 minute ago
Itulah kan, sekarang nie pakai tudung dah macam 1 fesyen.. Moga kita smua akan sedar pasal menutup aurat nieh..
1 reply · active 724 weeks ago
piah becok's avatar

piah becok · 724 weeks ago

betul.... skang ni ramai yang pakai tudung atas dasar fesyen. bukan sebab itu aurat. nak berhias tu tak salah, tapi aurat tetap kene jaga.

terbaru:

1. BENARKAN AKU JADI JAKUN SEKETIKA

2. Sungguh!!! Banyak Ragam Diorang Nihh

3. JANGAN KACAU LAH!!!! ngantok nih

4. day one : 10 things about you
1 reply · active 724 weeks ago
bagus la entry ni..jarang orang berani menyuarakan kes macam ni...takut dengan dunia sekarang...memang ustazah seorang tu manusia juga,tp klu belum mampu jd pemimpin sepatutnye mantapkan ilmu dulu..sebab perbuatan seorang pemimpin akan dijadikan contoh oleh yg dipmpin..
1 reply · active less than 1 minute ago
bro ada terjatuh hati dengan seorang ustazah...

bro sudi menerimanya, tetapi dia tidak sanggup nak hidup bersama bro dan dimadukan
My recent post Tazkirah Islam Bukan Hanya Pada Nama- Bukan Juga Hanya Pada Hati
2 replies · active 609 weeks ago
Isu aurat ini tidak pernat surut kerana hendak menutup aurat bukan susah kerana baju muslimah sudah banyak dijual dipasaran. Kalau di UAE semuanya selubung hitam hanya nampak mata sahaja
My recent post Ke Pulau Langkawi mencari Daim
1 reply · active 723 weeks ago
salam saudara...i like ur articles...:)thanks...

My recent post IM STARVING
1 reply · active less than 1 minute ago
sapa yg suka sangat artikel ni ha?? awat hang perasan sangat ni?????
1 reply · active 721 weeks ago
ooo...hang blok aku ka?....x sayang nyawa btoi
1 reply · active 721 weeks ago
Bagus la kita tegur-menegur dlm blog ini supaya masyarakat secara tak langsung faham akan konsep menutup aurat ini sebenarnya. Sebaiknya kita menegur secara halus dan berhikmah. tak gitu? Barulah dpt meresap ke dlm jiwa seseorg itu.
My recent post Lelaki Teransang 30 kali Sehari
membuka minda bagi yang mahu sedar :)
mardhotillah's avatar

mardhotillah · 715 weeks ago

Sy rmai je member dr bdg agama dr dlm& luar ngra. Tapi still bertudung singkat dan berbaju sendat.Ini smua hidayah dan hidayah tu Allah yg pegang.Tak sbr nk tgk ustazah pilihan dan solehah. Ikut syarak ke?
dah share..mekasih!!!
My recent post Masyarakat : Salah Siapa?
Hanya mereka yg benar-benar memahami perintah Allah sahaja akan melakukan segalanya dgn sempurna...
insya Allah.,..

oh~ cik Wardah belajar agama jugak... tp, tak la cantek sangat pon.. hukhukhuk
My recent post Apakah Nilai Syukurku??
TAK TAHU.....'s avatar

TAK TAHU..... · 702 weeks ago

DAH RAMAI ORG MCM USTAZAH MCM TU....BUKAN SENANG UNTUK MENJADI SEORANG YG BAIK PANDANGAN ALLAH.... SEDAR LAH KITA DI ZAMAN JAHILIAH MODEN...NILAI2 ISLAM MAKIN TERHAKIS!!!!!
isteriyangtabah's avatar

isteriyangtabah · 701 weeks ago

bukan sahaja ustazah sekarang sudah pandai melawa, yang menyakitkan hati dia juga cuba memporak-perandakan rumah tangga saya ..bermesej - mesej dengan suami saya sampai jauh - jauh malam..keluarga kami yang tenang mula goyah ..penguat saya ialah anak -anak..hebat betul dugaan ALLAH SWT pada saya..bukan sekali dua si ustazah ini mengacau rumah tangga saya tapi 3 / 4 kali..semuanya angkara ustazah cantik bermata kuyu, buat lelaki cair....
Salah ke ustazah nampak cantik cos diakan perempuan..........tapi pakaian kena tertip xlehlah transparent...........dosa
setakat ni dah 2 ustazah aku 'kekah'. ustazah sekarang hanya title je. diorang pon macam remaja lain gak. kadang-kadang jadi ustazah pasal dah tak tahu nak kerja lain. pernah juga salah seorang dari ustazah ni beritahu aku kalau bukan sebab permohonan jadi pramugari dia ditolak, dah tentu dia dah berada di awan biru.

so jangan ingat semua ustazah ni elok-elok. mereka juga manusia biasa.
1 reply · active 609 weeks ago

Post a new comment

Comments by

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk