pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Jangan Gembira Lagi

Ada orang yang baru-baru ini sangat bergembira kerana wajahnya disapukan dengan tisu oleh Syeikh Usamah Sayyid Al-Azhariy, selepas Syeikh menyapu tangan beliau sendiri di tisu tersebut.


Ya, gembira memang boleh gembira kerana bukan mudah untuk dapat merapati ulama besar yang sangat disegani di Bumi Anbiya’ Mesir ini. Bahkan, dilapkan pula wajah oleh beliau Hafizahullah, ini bukan calang-calang peluang!


Bukankah di akhirat nanti para ulama ‘amilin yang dekat hubungannya dengan Allah akan diberikan keutamaan dengan diperkenankan syafaat bukan sahaja ke atas orang-orang yang mereka kasihi, bahkan juga kepada yang mengasihi mereka!


Tetapi, tunggu sebentar sebelum kamu berasa gembira sehinggalah kamu selesai membaca tulisan ini.

gambar dari devianart.com
Kamu bertanya mengapa masih belum boleh gembira?


Jawapan saya, kerana kamu belum benar-benar berhijrah.


Kamu bertanya lagi, apa kena mengena Hijrah dengan bergembira dapat merapati ulama?


Maka kali ini saya akan cuba untuk mengkaitkannya.


Bergembiralah setelah kamu benar-benar berhijrah


Hijrah, ia sangat besar erti dan mendalam makna kepada Islam dan umat muslimin zaman-berzaman.



Jika tidak berhijrah manakan wujud Negara Islam pertama Madinah. Juga tanpa Hijrah, tiadalah Mekah untuk dibuka. Bukankah pembukaan Mekah inilah bermulanya simbol kepada penerimaan Islam di Tanah Arab khususnya, juga di seluruh dunia secara umum?


Maka kita tidak menyangkal betapa besar rahsia dan agungnya pengertian Hijratun Nabi ini.


Tetapi, itu Hijrah baginda dan para sahabat. Saya tidak berhasrat untuk membincangkannya memandangkan sudah terlalu masak kisah Hijrah baginda diceritakan di mana-mana.


Maka yang mahu saya bincangkan kali ini adalah bagaimana dengan hijrah kita.


Ya, bagaimana dengan hijrah kita sendiri?


Hijrah Nabi sudah berlalu. Malah baginda dan para sahabat melangsungkannya dengan jaya, sungguhpun Sayyidina Ali telahpun menyerahkan nyawanya tatkala terbaring pasrah di pembaringan baginda nabi ketika itu.


Hijrah kitalah yang tinggal sekarang ini.


Sekali lagi, bagaimana dengan hijrah kita sendiri?


Mampukah berhijrah lalu menyatu dengan para pengasih Ansor yang asalnya dua puak yang bermusuh ratusan tahun itu?


Mampukah juga berhijrah dengan langsung meninggalkan segalanya–juga selamanya untuk berserah diri kepada Allah semata-mata?


Bagimanakah agaknya kita berhijrah setelah Baginda Nabi Mengucapkan bahawa “Orang yang berhijrah adalah mereka yang meninggalkan semua larangan Allah”?


Di mana kedudukan kita dengan pesan Baginda yang seperti ini?


Iaitu pesan baginda bahawa yang berhijrah itu adalah yang meninggalkan segalanya yang dilarang Allah.


Maka di sinilah pengertian Hijrah yang saya mahu gunakan. Sebelum kita bergembira dapat hidup megah sebagai muslim, atau apa-apa yang kita megahkan, ubahlah diri dahulu.



"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." (klik)


Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk