pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

cara mencipta motivasi dalam kehidupan anda

Assalamualaikum.


Saya yakin anda mesti pernah mendengar kata-kata yang berbunyi, 'jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan.'


Sekarang saya akan menambah perkataan insyaAllah di tengah-tengah ayat tersebut sehingga ayat ini jadinya berbunyi begini, 'jika kau fikirkan kau boleh, insyaAllah kau pasti boleh melakukan.'

gambar ini diimport dari sini

Sekarang cuba anda sebutkan kepada diri anda sendiri ayat yang sama-sama kita bacakan tadi.


"Jika kau fikirkan kau boleh, insyaAllah kau pasti boleh melakukan!"

Akhirnya anda berjaya membaca ayat yang sama maknanya ini sehingga sekurang-kurangnya tiga kali. Tidakkah sekarang anda berasa sedikit motivasi untuk lebih yakin kepada kemampuan diri anda sendiri?

Jika anda menjawab tidak, maka ketahuilah anda mungkin terlalu memandang rendah kepada diri anda sendiri.


MENCARI ALASAN ATAU MENCIPTA PELUANG


Tidak dinafikan, hampir semua perkara yang anda ingin lakukan pasti ada masalah dan halangan untuk anda melakukannya. Sama ada sedikit mahupun banyak, halangan itu akan ada.




Tetapi anda jangan lupa bahawa apa sahaja yang ingin anda lakukan tadi, di samping mempunyai masalah dan halangan, anda juga dibekalkan dengan harapan dan kehendak untuk melakukannya.


Malah tidak salah jika saya katakan perkara-perkara yang anda hendak dan harapkan itu pasti terdiri daripada perkara-perkara yang anda mempunyai peluang terhadapnya.


Mustahil anda berharap dan berkehendak terhadap sesuatu yang anda mustahil untuk mendapatkannya. Untuk apa anda berkehendakkan kepada sesuatu yang anda sudah tahu anda langsung tidak mempunyai peluang untuk mendapatkannya?


Apabila anda tahu anda berpeluang terhadap perkara yang anda mahukan tadi, maka inilah masanya untuk anda mengembangkan peluang yang anda miliki.


Gunakan peluang anda sebaik-baiknya. Usahakan sehingga anda tidak lagi berpeluang melakukannya.


Saya tidak katakan anda pasti berjaya selepas mencuba. Tetapi yang mahu saya katakan anda harus mencuba. Berjaya atau tidak adalah perkara lain.


Sebaliknya inilah masanya untuk fokus kepada peluang anda. Apa-apa halangan yang datang maka hadapilah dengan penuh kebijaksanaan.


Bukannya fokus kepada halangan sehingga anda tidak nampak kepada peluang-peluang yang anda miliki.




*dipersilakan share ataupun like jika anda suka artikel ini,

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk