pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

apabila dia bukan jodoh anda

Assalamualaikum.


Boleh dikatakan tajuk artikel adalah termasuk di dalam perkara penjenamaan semula (rebranding) sehingga dengan mengambil berat terhadap tajuk ini akan membuatkan bahan anda akan mendapat lebih perhatian, walaupun sekejap.


Kebahagiaan anda ada bersama tuhan anda. Tiada suatu entiti lain yang mampu berkuasa untuk memberi anda rasa bahagia atau menghalangnya daripada sampai kepada anda.


Hanya Allah yang ada kuasa itu. Memberi dan menarik bahagia daripada sesiapa yang Dia kehendaki.

Apabila anda hendak berasa bercinta dengan Allah, anda akan mula berasa bersalah jika cuba memberikan perasaan itu kepada pihak yang lain.


Rasa cinta anda kepada Allah akan membuatkan hati anda sentiasa kuat kerana hati anda mencintai Yang Maha Kuat. Rasa cinta anda kepada Allah akan membuatkan jiwa anda sentiasa cukup kerana anda mencintai Yang Maha Kaya.


Maka apabila dia bukan jodoh anda apakah yang perlu dibimbangkan? Apakah yang perlu dirunsingkan?


Pastilah yang perlu dirungsingkan adalah mengapa anda berasa bimbang apabila dia bukan jodoh anda. Ya, mengapa anda bimbang kepada sesuatu yang tidak sepatutnya?


Sedangkan yang memegang bahagia adalah Allah.


Sesungguhnya perasaan adalah makhluk. Tuhan anda adalah Allah.


Maka kembalilah kepada tuhanmu.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk