pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

pekerja yang pelik

Assalamualaikum.


Binalah kekuatan menghadapi ujian hidup dengan penuh pengharapan kepada tuhan kerana Allah adalah satu-satunya yang mampu dan berkuasa untuk memberi manfaat dan menarik mudarat.


Sekiranya seluruh makhluk berkumpul untuk memberi sesuatu perkara kepada anda, perkara tersebut tidak akan terhasil langsung melainkan apabila Allah mengizinkannya terjadi.


Kuasa Allah adalah kuasa yang menjadikan sesuatu daripada tiada kepada ada. Sedangkan tiada suatu makhluk pun yang mampu berfikir tentang sesuatu perkara yang tiada, apatah lagi mengadakannya!



Kerana itu maka berbahagialah manusia yang bergantung harap kepada Allah bahawa Allah adalah satu-satunya yang tidak pernah menghampakan orang-orang yang berharap kepadaNya. Dan berjayalah orang-orang yang menjadikan suruhan Allah sebagai misi kehidupannya kerana dia sedang menjadi pekerja kepada Allah yang di sisi-Nyalah terhimpun segala perbendaharaan alam semesta.


Ada orang berbangga hanya kerana menjadi pekerja di istana sultan-sultan. Maka orang-orang yang ini, bagaimanakah rasanya jika mereka menjadi penolong kepada SULTAN sekalian alam?


Orang-orang yang beriman kepada Allah adalah makhluk yang teristimewa. Kita tidak pernah melihat syurga dan neraka tetapi kita meyakini kewujudan kedua-duanya. Kita tidak pernah melihat Allah tetapi kita beriman kepadaNya.


Bahkan kita berusaha untuk menuju kepada semua yang tidak pernah kita melihatnya.


Di sinilah kehebatan orang-orang yang beriman bahawa kita bekerja untuk sesuatu yang kita percaya sekalipun kita belum mampu melihatnya.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk