pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

cerita asas

Saya akan menghadapi peperiksaan madah Tauhid. Bagi pelajar kuliah Syariah Islamiah seperti saya, madah ini merupakan salah satu di antara madah-madah yang sukar untuk lulus.

Namun, ini semua bukanlah penghalang untuk saya lulus dengan cemerlang nanti. Seperti kata-kata motivasi yang selalu kita dengar; orang yang tewas selalu mencari alasan atas kekalahannya, sedangkan Sang Pemenang, dia akan mencari jalan untuk berjaya.


Panjang pula kalam mukadimah ini. Sebenarnya, pada masa yang berbaki ini, saya mahu kongsikan sedikit kisah.

Diringkaskan, ceritanya begini:

Pada suatu masa yang saya sendiri tidak tahu bila ia berlaku, terdapat seorang atheis yang mahu mengajar kanak-kanak kepada fahaman batil yang dipegangnya selama ini, iaitu fahaman bahawa tiadanya tuhan yang mentadbir alam ini.

Fahaman begini ternyata salah kerana mustahil bagi sebuah alam yang begitu kompleks ini mampu wujud dengan sendiri tanpa ada mana-mana kuasa yang menjadikannya. Sedangkan untuk mereka cipta sebatang jarum sahaja sudah memerlukan kepada kemahiran yang tinggi, inikan pula mencipta bumi dan langit, bahkan bersama segala isi di antara keduanya, maka lebih utamalah ia memerlukan kepada suatu kuasa yang jauh melampaui daripada apa yang mampu kita bayangkan.

Maka di dalam sebuah pengajian yang dijanjikan, maka Si Atheis tadi pun mula menyebarkan fahaman salah dan mengarutnya tadi. Dia berkata kepada murid-muridnya:

“Adakah kamu semua nampak apa yang saya pegang?” katanya sambil menunjukkan sebatang pen di tangan kanannya.

“Nampak.” Para pelajar menjawab serentak.

“Adakah pen ini ada wujud?” Si Atheis melanjutkan soalan.

“Ya, pen itu wujud.” Para pelajar menjawab lagi. Serentak.

“Baik, sekarang ini adakah pen masih ada?” tanya Si Atheis lagi setelah dia menyorokkan pen tadi ke dalam kocek seluarnya.

“Tak ada.” Jawab para pelajar.

Sang Atheis tersenyum. Dia mula menyebarkan fahamannya. Dia berkata, “Kamu semua mengatakan pen tidak ada bila saya sorokkan pen tadi, maka begitulah juga dengan fahaman bertuhan seperti yang difahami oleh sesetengah manusia. Bagaimana kita boleh katakan adanya tuhan sedangkan Dia tidak mampu dilihat?”

Para pelajar terdiam. Mereka terfikir-fikir, ada benarnya kata guru mereka ini. Sesuatu yang manusia tidak lihat, adakah ia ada?

Tiba-tiba bangun seorang daripada murid ini. Dia berkata,

“Kawan-kawan cuba lihat cikgu, otak cikgu ada tak?”

Sang Atheis terpinga.



Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar. (Surah al-Mulk ayat 12)

"Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui." (surah al-An'am ayat 103)


*sumber: kelas daurah kitab Nihayatus Sul bersama Ustaz Hairul Nizam    10/5/2010

*doakan saya dan semua umat Islam supaya kita dipermudahkan dalam semua urusan.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk