pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

petua pasangan bahagia

“Dalam hidup ini, pekerjaan siapakah yang selalunya dia paling kejam?” soal abah tengah hari itu.

Ketika itu, kami sekeluarga sedang makan tengah hari. Seperti biasa, waktu—waktu makan beginilah yang abah akan ambil peluang untuk berbincang hal-hal ringan bersama kami sekeluarga.


Saya, abang, kakak, dan adik-adik semua saling berpandangan. Soalan abah kali ini memang buat kami pening memikirkannya, macam selalu.


Abah, ayah saya bekerja sebagai penoreh getah. Pada masa yang sama Abah juga bilal masjid di kampung saya.

“Penjenayahlah abah, depa kan selalu menyusahkan orang lain. Kejam la macam tu kan.” jawab kakak. Dia merupakan seorang lepasan Kolej Perubatan di Lumut, Perak.

“Salah.”

“Yahudi, kot.” Teka Achik. Adik saya menjawab. Dia sedang dalam cuti persekolahan, sama seperti saya dan adik-adik lain ketika itu. Bezanya Achik berasrama penuh di Kubang Pasu, saya pula di Maktab Mahmud, lagi dua orang adik pula masing-masing sedang belajar di Sekolah Berasrama Penuh di Jitra dan seorang lagi Sekolah Menengah di Serdang, dekat rumah saya.

“Salah jugak. Sapa lagi nak jawab?” tanya Abah lagi.

Semua diam.

“Taufik, Naim?”

Abang geleng kepala. Soalan macam ini tak ada dalam silibus mata pelajarannya di Uitm Shah Alam. Saya pun macam itu juga.

Akhirnya semua menggelang kepala menandakan tidak tahu.

“Kerja Abahlah yang selalu paling kejam.” Tiba-tiba emak bersuara. Lepas jawab Mak buat rilek saja, macam selalu. Padahal kami semua terkejut.

“Kenapa?” serentak kami enam beradik bertanya.

“Yalah, abah kan bilal. Jadi kena paling ke arah jam lah bila nak azan. Kalau tak tengok jam macam mana nak tahu waktu solat sudah masuk.” Abah senyum dengan jawapan emak.

Kami semua terkena. Macam selalu.

Faham-memahami antara satu sama lain

Suasana macam ini memang selalu dalam keluarga saya. Kalau tak ada apa yang dibincangkan, abah akan selalu tanya teka-teki yang macam tu. Tapi, selalunya yang dapat jawab cuma seorang. Hanya Maklah yang selalu dapat jawab soalan-soalan abah.

Emak saya tidak pernah bersekolah. Membaca pun mak tak tahu. Tapi saya tetap bangga dengan mak, dengan abah. Mak Abah adalah suami isteri yang hidup bahagia sejak saya kenal dunia ini.

Mak dan Abah ada 14 orang anak termasuk saya. Dan hingga tahun ini, sudah lebih 40 tahun mereka hidup sebagai suami isteri. Tapi mereka tetap hidup bahagia. Pada saya, merekalah pasangan contoh jika saya sudah berumah tangga nanti (erk, lambat lagi kan. hehe).

Jika ditanya apa rahsia mereka, Mak hanya senyum. Tapi saya, abang-abang dan kakak-kakak tahu, rahsia mak dan abah adalah mereka saling memahami. Contohnya, macam cerita di atas tadi.

Sebenarnya, inilah rahsia mana-mana pun pasangan yang bahagia. Bukan pasangan suami isteri saja, tetapi rahsia ini untuk semua jenis pasangan. Apa jenis pasangan yang ada dalam dunia ini, kalau mahu bahagia rahsianya adalah ini. Saling memahami.

Bahkan pasangan beregu di dalam pasukan badminton juga perlu ada ini jika mahu cemerlang. Tanpa adanya kesefaham di antara pemain-pemain di dalam satu pasukan, mustahil mereka mampu berjaya.

Maka cuba kita bayangkan, kalau di dalam sukan badminton sahaja sudah begitu perlukan kesefahaman, bagimana pula halnya dengan seluruh kehidupan kita ini. Padahal kehidupan kita jauh lebih kompleks daripada sekadar permainan badminton itu.

Kerana itu pentingnya kefahaman ini. Jangan selalu kita rasa yang betulnya Cuma kita, yang salahnya semua adalah orang lain. Jangan macam itu, melainkan jika kita sememangnya mahu umat ini mundur.

Jangan minta difahami, tapi fahamilah

Dalam kehidupan manusia yang serba kompleks ini, saling memahami amat penting. Tidak perlu saya sebutkan bagaimana Imam Hassan al-Banna meletakkannya sebagai rukun pertama dalam pembinaan usrah.

Cuma yang mahu saya tekankan, untuk orang lain memahami kita adalah sesuatu yang kita tidak dapat paksa. Buat macam mana pun kalau orang sudah tidak dapat faham kita, maka dia tidak akan faham kita. Maka berdoalah supaya dibukakan hati masing-masing.

Tapi untuk kita yang memahami orang lain, itu boleh diusahakan. Maka usahakanlah seboleh mungkin supaya kita dapat faham manusia di sekeliling kita dengan baik.

Kalaulah suatu hari kita pulang ke rumah dalam keadaan marah, tiba-tiba sahabat serumah kita juga pulang malah menghempas pintu dengan kuat, adakah kita perlu fahamkan dia bahawa kita ini sebenarnya sedang marah?

Tentu jawapannya tidak kerana boleh jadi kawan itu menghempas pintu juga kerana dia marah. Jadi mahu paksakan dia memahami kita agak sukar, maka jalannya kita sendirilah yang perlu memahami dia.

Maka, nasihat saya, sebelum mahu orang lain faham kita, kita tu sendiri perlu faham orang di sekeliling.

Fahamkan kata-kata saya ni.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk