pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Tips Untuk Bahagia 2

Dalam hidup ini, tiada manusia yang tidak pernah menempuh susah di dalam hidupnya. Bahkan, perlu dikhuatiri jika kita selalu berasa senang kerana menurut sejarah, yang tidak pernah berasa sukar di dalam hidupnya adalah di antaranya Fir’aun, manusia yang mengaku diri sebagai tuhan yang maha tinggi.



Diriwayatkan Fir’aun ini tidak pernah sekalipun ditimpa sakit. Malah dia tidak pernah bersin pun di dalam hidupnya (seingat saya, jika salah tolong betulkan).





Susah akan tetap bertandang, ubatnya adalah bersedia, optimis.

Berkenaan ditimpa kesusahan ini, pepatah melayu menyebut, ‘laut mana yang tidak berombak, bumi mana pula yang tidak ditimpa hujan’. Kata-kata ini, jika kita dapat memikirkannya dengan teliti, penuh makna baik yang tersirat di sebaliknya.


Kita melihat kepada laut, apa cacatnya bila ia berombak? Juga kita memandang kepada hujan, apa pula celanya bila ia turun sehingga pepatah ini menyebutnya sebagai motivasi untuk kita selalu optimis dengan ujian?



Melainkan hujan dan ombak ini, ia kadang-kala menjadi kesukaran bagi sebahagian manusia kerana sifatnya yang mendatang itu.



Namun, di sebaliknya, kita memandang hujan dan ombak punya unsur positif yang sangat berguna kepada kehidupan. Iaitu, apabila kita bersedia untuk menyambut kedatangannya, maka daripadanya kita bakal memperoleh seribu satu manfaat yang sangat bernilai kemudiaannya.



Contohnya hujan. Bukankah dengannya Allah menghidupkan tumbuhan? Dan daripadanya jugalah air yang kita minum dan gunakan selama ini.



Ujian hidup sebagai peningkatan taraf di sisi Tuhan



Baiklah, menyambung kepada perbincangan sebelum ini, Imam Syafie selepas beliau mengambil jubahnya yang siap dijahit tetapi dengan sebelah tangan yang lebih ketat daripada sebelah yang lain, maka beliau membayarkan upah kepada tukang jahit tersebut dan bergerak pergi.



Namun itu menimbulkan kehairanan di hati tukang jahit. Beliau bertanya kepada Sang Imam, mengapa Imam tidak marah sedangkan sudah jelas jubahnya itu cacat?



Maka jawab Imam Syafie, sesungguhnya dengan ketatnya bahagian tangan jubah ini, maka ia akan menyukarkannya untuk berwuduk. Dan, dengan sukarnya untuk beliau berwuduk, itu sebenarnya akan menaikkan martabat beliau di sisi Allah kerana perbuatannya yang bersusah payah untuk berwuduk.



Lihatlah bagaimana optimisnya Imam kita ini. Beliau memandang semua kesusahan ini dengan pandangan bahawa setiap satu kesusahan yang Allah berikan, maka ganjarannya adalah segala kebaikan yang jauh lebih lumayan.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Sesiapa saja di kalangan umat Islam yang ditimpa kesakitan daripada penyakit, maka tidak ada selainnya melainkan Allah akan menggugurkan kejahatannya (dosa kecil) dengan sebabnya seperti mana pokok menggugurkan daunnya. (Hadis riwayat Muslim)



Redha Allah, ini punca utama



Sebenarnya,bagi saya tiada petua khusus untuk kita dapat selalu bahagia menempuh kesusahan hidup, melainkan kita hidup dengan bermatlamatkan redha Allah sebagai tunjang motivasi, maka segala bentuk musibah dan ujian yang mendatang pasti akan dapat kita tempuh dengan hati yang sejahtera.



Yakin dan percayalah apa yang saya sebutkan ini. Bila yang menjadi tujuan kita adalah redha Allah, maka bila lagi rasa kecewa akan tumpang berteduh?



Rasa sedih, kecewa, merana, tidak bahagia, dan berbagai lagi, semua ini adakah akan tetap dirasai jika kita telah menyerahkan seluruhnya urusan kita kepada Dia yang di tangan-Nya terjadi segala urusan?



Berkenaan redha Allah ini, sudah terlalu banyak contoh yang telah ditunjukkan orang-orang terdahulu mengenai keutamaannya berbanding segala-galanya keperluan lain dalam kehidupan ini.



Namun, masa sentiasa saja berlari laju hingga menyebabkan saya jauh ketinggalan. Jadi, perbincangan ini akan bersambung lagi. 




InsyaAllah, selepas ini kita akan berbincang tentang sebahagian daripada manusia-manusia yang Allah meredhai kehidupan mereka.



Semoga dengan kisah-kisah mereka nantinya, kita akan lebih tergerak untuk mencari dan meminta redha Allah yang sangat mahal dan berharga itu.


Bersambung…


Semoga Allah redha.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk