pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

amalan zikir dan doa malam lailatul qadar 1432H/2011M | 1000 bulan

Assalamualaikum.




Lailatul Qadar adalah nama suatu malam yang diperuntukkan khas kepada muslimin pada bulan Ramadhan (tahun ini 1432 H/2011 M) sebagai bonus yang Allah berikan kepada mereka untuk melipatgandakan pahala melalui amalan-amalan sama ada solat, tilawah, zikir, doa dan lain-lain pada malam yang dinamakan lailatul qadar tersebut.



Sebagai panduan menurut hadis-hadis yang sohih, baginda nabi akan mempertingkatkan amalan baginda pada 10 malam terakhir ramadhan disebabkan antaranya kerana pada salah satu daripada waktu itulah tibanya malam yang lebih baik daripada seribu (1000) bulan.


amalan zikir dan doa malam lailatul qadar 1432H/2011M malam yang lebih baik daripada seribu (1000) bulan
undefined
amalan zikir dan doa malam lailatul qadar 1432H/2011M malam yang lebih baik daripada seribu (1000) bulan


Antara amalan yang dilakukan oleh baginda adalah beriktikaf di masjid. Selain itu, terdapat juga amalan doa yang diajarkan oleh baginda iaitu seperti hadis berikut, Dari A'isyah r.a. "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, seandainya aku mengetahui malam Lailatul Qadar, apa yang yang sebaiknya aku baca?". Rasulullah bersabda bacalah : "Allahuma innaka afuwun kariim tuhibbul 'afwa fa'fu'anna" (H.R. Tirmidzi)


للَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ اْلعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي


[Alloohumma Innaka ‘Afuwwun, Tuhibbul ‘Afwa, Fa’fu ‘Anni]
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pema’af, Engkau Menyukai Pema’afan, Karena itu, Berilah ma’af kepadaku”
(HR.at-Turmudzi, no.3513; Ibn Majah, no.3850; Ahmad, VI, 171; al-Hakim, I, 530; an-Nasa’i, ‘Amalul Yawm Wallailah, no.878; Lihat, Shahih at-Turmudzi, III, 170, no.2789)
(SUMBER: Doa Dan Wirid, karya Ust.Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Pustaka Imam asy-Syafi’i)





Semoga kita sama-sama berusaha meningkatkan amalan-amalan seperti solat malam, bertilawah al-qur'an, bersedekah(zakat), berzikir, berdoa dan semua amalan-amalan kebaikan lainnya untuk merebut ganjaran-ganjaran dan kelebihan yang Allah janjikan sebagai bonus di bulan ramadhan pada tahun 1432H/2011M ini.


Baca juga pencerahan tentang bilakah malam lailatul qadar dan cara menghidupkannya di sini


Salam ramadhan al-mubarak..

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk