pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

gambar elia jejari runcing putus tunang khairul fahmi che mat di bulan Ramadhan

Assalamualaikum.




Apalah yang saya nak tulis dengan tajuk gambar elia jejari runcing putus tunang dengan khairul fahmi che mat di bulan Ramadhan ni. Sepatutnya bulan Ramadhan ni kita sibukkan diri dengan amalan-amalan meningkatkan ketakwaan kepada Allah, bukannya sibuk bergosip ambil berat perihal pemain bola (keeper/penjaga gol) kebangsaan, khairul fahmi che mat yang putus tunang dengan bekas tunangnya yang merupakan pemilik blog jejariruncing.




Cuba perhatikan apa yang nabi kita pesan lebih seribu tahun dahulu berkenaan bulan ramadhan.


Wahai manusia!


Sungguhnya telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkat, rahmat dan maghfirah(keampunan). Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih,tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah(dimakbulkan).



Berdoalah kepada Allah Rabb-mu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya(Al-Quran).


Celakalah orang yang tidak mendapat keampunan Allah di bulan yang agung ini.



Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat.




Inilah sebahagian daripada khutbah yang disampaikan oleh nabi kita berkenaan ramadhan dengan rujukannya di link ini, http://www.facebook.com/note.php?note_id=197034537017475.


Semoga kita mengambil pengajaran daripada pesanan baginda dan tidak sibuk untuk bercakap mengenai gambar elia jejari runcing putus tunang dengan khairul fahmi che mat sama ada mencari sebab dan punca mereka putus tunang, mencari gambar atau apa-apa yang berkaitan yang tidak penting.

Baca semula ayat yang saya boldkan di atas, Ramadhan ini Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama.


Celakalah orang yang tidak mendapat keampunan Allah di bulan yang agung ini!



Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk