pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

artikel puasa ramadhan | kesilapan orang ramai dalam berpuasa

Assalamualaikum.




Ini adalah artikel puasa ramadhan setahun yang lepas, tetapi diberi sentuhan baru agar kita sama-sama dapat mengambil manfaatnya. Jika anda berpuasa hari ini, maka ada baiknya risalah ini anda baca dan renungkan.




Berkenaan puasa, Nabi kita telah memberi peringatan dengan sabda baginda:
“Betapa ramai orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.”


rujukan gambar di sini





Sekarang, mari kita perhatikan mengapa usai seharian kita menahan diri, namun nabi kita menyatakan pulangannya hanyalah penat dan lemah akibat berjam-jam menahan lapar dahaga. Tidakkah ini sangat merugikan?



Sejak subuh kita berlapar dan menahan dahaga hingga beberapa jam kemudiannya sebelum berbuka sebaik azan maghrib berkumandang, sangat menyedihkan jika tiada imbalan kebaikan yang layak diterima sebagai balasan.



Sebabnya bukan orang lain, tetapi berpunca daripada kelalaian diri kita sendiri. Ini telah dipesankan oleh baginda Nabi melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiyallhu anhu bahawa Rasulullah bersabda:


“Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagha dan lucah. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat jahat kepada kamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa””(hadis riwayat Imam Hakim dan Imam Ibnu Majah).



Perhatikan, di dalam hadis, baginda Nabi menyebutkan dengan jelas bahawa puasa itu bukan cuma menahan makan dan minum, sebaliknya ia perlu diseiringkan dengan menahan diri dari bercakap perkara lagha(melalaikan) dan lucah, juga menahan diri daripada menjadi marah.



Jadi, mari kita teliti semula sepanjang beberapa hari kita berpuasa. Mungkin kita sudah sebaiknya tidak makan dan tidak minum. Tetapi, bagaimana dengan kawalan kita ke atas tubuh melalui aspek yang lain?



Bagaimana dengan suruhan supaya kita menahan diri daripada bercakap lagha? Sudah terkawalkah lidah kita yang tidak bertulang ini? Atau, telah terkawalkah diri ketika amarah dan dendam memuncak? Mungkin ya, mungkin juga tidak. Jawapannya ada pada diri kita masing-masing.



Jadi, bertanyalah kepada diri sendiri, sejauh mana kita telah memberikan erti sebenar puasa di dalam kehidupan kita. Biar kita sendiri yang menyoal dan biar diri kita sendiri yang menjawab.





Penutup: puasa seluruhnya




Suruhan untuk berpuasa adalah ke atas diri manusia. Bukannya ke atas perut manusia, dan bukannya ke atas mulut manusia sahaja. Sebaliknya adalah seluruh diri manusia dari atas rambutnya, turun sampai ke bawah kakinya.



Maksudnya bagaimana?



Ianya adalah terkandung di dalam hadis di bawah ini:


“Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata yang buruk dan perbuatan yang buruk, maka tiadalah Allah berhajatkan apa-apa dari rasa lapar dan haus yang ditahannya.”(hadis riwayat Imam Bukhari)



Maka, perhatikanlah setiap kata-kata dan amalan kita. Setiap kata-kata dan perbuatan kita itu akan dinilai. Namun bukannya dinilai oleh manusia, tetapi dinilai oleh pencipta manusia.



Jangnlah sampai puasa kita, nilainya adalah kosong.




p/s: sapa rajin kliklah share artikel ni..semoga sama-sama mendapat manfaat

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk