pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

cair kerana ayat pengasih?

Assalamualaikum.



Selamat meraikan hari Jumaat, Saiyyidul Ayyam (penghulu segala hari). Hari yang ulama menyebutkan lebih mulia daripada dua hari raya (aidiladha dan aidilfitri).




Apabila tiba hari Jumaat kita dianjur supaya perbanyakkan amalan kehambaan kerana hari ini adalah hari yang terbaik. Nabi kita juga memuliakan hari ini.




Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).


Maka perbanyakkanlah berdoa kepada Allah pada hari ini. Banyakkan juga berselawat untuk nabi kita. Sekali selawat yang kita lafazkan, Allah membalas dengan sepuluh kali.


Tapi takkanlah kita nak selawat sekali saja? Selawatlah banyak-banyak. Berselawat dapat melembutkan hati yang keras. Berselawat dapat mencairkan otak yang beku.


Selamat beramal.


Er, saya mulakan dulu, Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wassallam. 

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk