pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

pentingnya entri copy paste

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Anda menangis dan tertanya-tanya, ke mana hilangnya sinar.




Rupa-rupanya Allah mahu menghadiahkan pelangi kepada anda.





Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.




Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.




Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.




Parut lama pasti akan sembuh selagi iman masih terselit di dada.




Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.




Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati jika tidak tahu menilai.




Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.




kredit kepada kawan yang hantar mesej.






Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti haiwan ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai-  surah Al-A'raf ayat 179.




Mari jadikan diri kita manusia beriman yang berjaya.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk