pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

bangku kosong bakal tambah 1000 follower bulan depan

Assalamualaikum.


Hasrulhassan daripada blog bangku kosong ingin memberikan hadiah kepada anda yang sudi review blognya.


Namun hadiahnya yang merupakan Kapersky Internet Security 2011 (Baru) yang bernilai RM100 untuk seorang pemenang hanya akan diberikan sekiranya follower blog beliau mencapai 3000 follower sebelum 9 Ogos ini yang merupakan tarikh ulang tahun beliau melalui satu contest yang bakal dianjurkan.


Maknanya contest ini tak akan berlangsung jika sehingga tarikh tersebut follower blognya belum sampai 3000 orang.


Jadi jika anda berminat dengan hadiah yang ditawarkan, segeralah follow blog beliau dan buat review seperti ini supaya follower blog beliau dapat mencapai angka tersebut seperti yang diingininya.



Klik sini, Contest: Menang Kaspersky Internet Security 2011 (Baru) Dari Blog Bangku Kosong | Lepak di BANGKU KOSONG™ 


Folowlah blog beliau kerana itu hasrat beliau seperti katanya, 


"Ini hasrat saya, jika tidak tercapai ... tidak mengapa. Bagi saya .... tercapai impian ini adalah merupakan satu hadiah bermakna di harijadi saya kelak... sob .. sob .. sob ... "


Ok, sekian promosi daripada saya.

Kepada tuan hasrulhassan saya ucapkan selamat berblog. Saya tak tahu apa tujuan tuan berblog, tetapi saya suka untuk memperingatkan kepada diri saya, tuan dan semua orang, berhati-hatilah dengan apa yang kita laku dan sebarkan.

Ingatlah kepada pesanan ulama-ulama kita, "sesiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan kepada orang lain lalu orang itu mengikutinya, maka bagi orang yang menunjukkan tadi pahala seperti mana pahala yang didapati oleh orang yang melakukannya".

Maknanya kalau kita ajak orang lain buat baik dan kemudiannya orang tu buat, maka kita pun bakal dapat pahala seperti mana orang yang buat kebaikan yang kita tunjukkan tu.

Tetapi tu jika menunjukkan kebaikan. Jika menunjukkan kejahatan dan maksiat pula, maka yang terjadi mestilah sebaliknya.


Saya cakap macam ni sebab follower tuan bakal ramai. Bahkan sekarang pun jika saya singgah ke mana-mana blog pun ada sahaja link blog tuan di bloglist blogger-blogger lain. Tak mustahil untuk dapatkan lagi 1000 follower dalam masa sebulan ini.

Jadi dengan ramainya pembaca itu diharapkan dapatlah menyebarkan kebaikan, bukannya keburukan dan maksiat. Atau sekurang-kurangnya jadi macam blog ben ashaari pun kira ok la..

sekian..semoga bermanfaat..



p/s: sejujurnya saya tak tertarik pun dengan hadiah contest tu. tapi seperti penyertaan saya di contest SEO 2dayblogger, saya cuma berharap dapat backlink balik daripada mereka.. makanya saya teringin jugak kalau bangku kosong boleh promosikan segmen dan cara dapatkan 1000 follower dalam masa sebulan anjuran blog saya ni, kalau bolehla, tapi kalau tak boleh tak apa..

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk