Walau Iman Dicuba - Marilah Tetap Menuju Selamat
WALAU IMAN DICUBA - MARILAH TETAP MENUJU SELAMAT
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad penghulu anbiya’ dan para rasul.
Mari kita berbincang tentang iman,yang para sahabat baginda terlalu sering berbicara tentangnya.
MANUSIA DI IMAN PERTENGAHAN
Hidup ini sebagai seorang insan biasa sering kali kita terkandas ketika berhadapan arus keduniaan yang sangat-sangat menguji.Kerana kita manusia biasa,lantas jalan menempuhnya juga kita lalui dengan biasa.
Sedangkan perlu benar untuk kita menempuhnya bukan dengan cara yang biasa.Bukankah syurga itu hanya untuk yang terbaik?
Namun.
Kita tetap manusia biasa.Yang imannya berada di pertengahan.
Pertengahan di antara iman yang dimilik malaikat dengan iman yang dipunyai syaitan.
Adapun malaikat sepertimana yang dinukilkan oleh syeikh Saiyyid Tantawi menerusi kitabnya,Maqasid syar’iyah Lil Uqubat Fi al-Islam,termasuk di antara kebijaksanaan Ilahi yang mencipta mereka dalam keadaan semata-mata beribadah dan taat kepadaNya.
“Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi. Dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa letih.Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya.”(Surah al-Anbiyaa’:Ayat 19 dan 20)
Sedangkan syaitan,Maha Bijaksana Allah yang mencipta mereka dalam keadaan dipalingkan kepada kejahatan,maksiat dan keburukan dalam setiap perbuatan dan pertuturan mereka.
Dan sebagai penolong bagi orang-orang yang kufur.
“Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman”.(Surah al-A’raaf:Ayat 27)
Lalu,masih dengan kebijaksanaan-Nya juga yang menjadikan manusia di tengah antara keduanya.
Sekiranya manusia itu menuju kepada Allah dengan ikhlas,maka jadilah mereka pada satu capaian yang menjangkaui para malaikat.
Namun jika mereka berpaling kepada maksiat dan menjauh daripada kebaikan serta kebenaran,maka amat menyedihkan dan rugilah mereka hasil mengikut acuan yang dibentuk syaitan.
Kerana itu manusia dicipta dengan batasan-batasannya,dan diuji dengan tanggungjawab-tanggungjawab setelah dibekalkan dengan akal yang mampu berfikir.
Juga selepas diberi pendengaran untuk mendengar yang hak dan penglihatan untuk memandang juga kepada yang hak.
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat”.(Surah al-Insan:Ayat 2)
Jadi,mari kita menyembah-Nya.Dan hanya Dia.
Dia ILAHI.
JIKA IMAN DICUBA
Sekarang mari kita bincang.
Jika iman diuji.
Lalu kita tewas dan hanyut bersama maksiat yang menggila.
Hingga terkadang kita lupa kepada-Nya.
Yang Maha Perkasa.
Justeru,
Apa yang harus kita lakukan?Adakah berdiam diri?Melarikan diri?
Atau.
Menyendiri?
Ada orang menyebut bahawa kita perlu bertaubat.Dan bertaubat.
Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian Mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan” (Surah an-Nur: ayat 31).
Namun,taubat yang bagaimana?
Bertaubatlah sesuai dengan firman-Nya.
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui”.(Surah Ali Imran:Ayat 135)
Iaitu bertaubat dengan jalan tidak berputus asa untuk mendapatkan keampunan Ilahi.Kerana Dia adalah Maha Penerima Taubat.Dan kerana taubat itu adalah permulaan bagi orang-orang yang ingin mensucikan diri serta modal buat orang-orang yang berjaya.
Juga kerana taubat itu merupakan pergantungan kita kepada Allah.
“Antara tanda kita bergantung pada amal bukan pada Allah ialah apabila kita melakukan kesalahan maka pengharapan kita kepada Allah berkurang,”kata sahabat saya.
Maknanya jika kita terlalu bergantung kepada amal soleh kita maka kita akan berasa sedih dan kurang pengharapan kepada Allah.Tapi jika kita bergantung kepada Allah kemudian kita melakukan kesalahan,
Maka rasa berharap kepada Allah itu tak akan berkurang
“Semuanya adalah Taqdir”
“Tugas kita taubat kembali”
“Ganti kesalahan kita itu dengan amal soleh”
“Agar dapat seimbang balik.”Sahabat saya seorang doktor.Doktor jasad dan doktor roh.
Maka mari kita bertaubat kepada Allah dan kita kembali kepada-Nya dalam keadaan penuh keinsafan dan pengharapan kepada-Nya.Dan hanya kepada Dia.Tempat kita berharap.
“Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.”(Surah al-Fatihah:Ayat 5)
MARI MENUJU SELAMAT DENGAN ISLAM
Islam adalah cara hidup.Islam mengajar kita mengisi lahiriah juga mendidik kita memenuhi rohaniah.Malah Islam menuntut kita berjaya secara menyeluruh,meliputi setiap juzuk kehidupan.
Sungguhpun tatkala itu kita sedang berpaling dari jalannya,Islam tetap tidak pernah meninggalkan kita.Tidak walaupun seinci.
Pasti kita pernah mendengar kisah seorang pembunuh,yang telah membunuh seramai 100 jiwa manusia tanpa sebab yang dibenarkan.Kisah yang disebutkankan oleh junjungan nabi dihadapan para sahabat baginda yang mulia itu dimuatkan oleh imam Muslim dalam kitab Sohih beliau pada kitab yang ke 49 (kitab taubat).
Malah pasti juga kita telah mendengar tentang rahmat Allah yang diberikan kepada lelaki pembunuh itu,kendatipun dia tidak pernah melakukan amalan kebaikan,walaupun satu!
Jadi mari kita berfikir.Alangkah seorang lelaki pembunuh sekalipun apabila dia sanggup untuk merendahkan diri mencari keredhaan Rabbul Izzati,maka di sana dia berjaya mendapatkannya,inikan pula kita.Adakah kita telah membunuh sehingga melebihi seratus jiwa manusia?Adakah 200?Atau 300?
Lihat betapa besarnya rahmat dan keluasan maghfirullah Allah kepada hamba-Nya.Malah kasih sayang Allah kepada hamba-Nya itu jauh mengatasi kasih dan sayangnya seorang ibu kepada anaknya.
Lalu kepada siapa lagi harus kita meminta pertolongan dan menyembah diri jika bukan kepada Dia Yang Maha Agung?
Kerana itu marilah kita menuju selamat dengan Islam.
Kerana Islam memandu kita menuju kesempurnaan hidup.
Keamanan dunia dan kesejahteraanya.
Kejayaan dunia
Kebahagiaan akhirat.
Dengan kembali kepada-Nya.
Mari menuju selamat dengan Islam.Wallahua'lam
sila tinggalkan komen anda
salam..tahniah anta dah berjaya buat blog yang menarik..moga terus teguh dengan perjuangan Islam..kat sini ana ada satu komen.tak pasti sesuai ke tidak..tak lah besar mana pun,sikit ja..ana perasan dalam artikel anta ada sebut kitab karangan saiyyid tantawi,jadi ana tak pasti sama ada anta baca atau ambil mana..itu tak jadi hal..memang baik pun..cuma nasihat ana anta jangan la terlalu mudah mengambil pandangan mana-mana ulama untuk dimuatakan dalam artikel anta ni melainkan anta betul-betul mengaji tentang pendapat ulama tersebut sebab boleh jadi satu hukum yang ulama tersebut keluarkan kurang sesuai dengan keadaan sebenar yang anta atau pembaca lain faham..wallahua'lam..maaf kalau teguran ini tak kena pada tempatnya..
salam juang!
salam diucapkan kepada kawan saya.terima kasih.teguran yang sangat bermakna.saya akan perbaiki.insyaAllah
Salam,
ha, betul. Selama mana pun kita tinggalkan islam, Islam tak pernah tinggalkan kita wpun sdikit.
Syukran ats artikelnya, brmkna. Ahsanta.
"Mari menuju selamat dengan Islam." <<- =D
-ariffah9.blogspot.com-