pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Demonstrasi selepas demonstrasi

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.”

Bukankah mereka sedang senang?

Maknanya kita sedang mengikut mereka. 
  

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               Mereka tidak kisah dengan demonstrasi. Malah mungkin mereka hanya ketawa melihat kita sibuk melaungkan kemusnahan mereka kerana sejak lebih enam dekat lalu kita melaknati, mereka tetap begitu. Digeruni dan terus digeruni.

Yang kisahnya cuma kita, dan orang-orang yang seperti kita.

Saya tidak katakan demonstrasi itu tidak baik. Bahkan ia amat baik. Saya juga pernah menyertai demonstrasi semasa masih menuntut di sekolah menengah dulu.

Cuma kekurangan demonstrasi ini ialah apabila ia berbentuk bermusim dan perlukan 'sesuatu' barulah ia dapat dijalankan dengan baik dan mendapat sambutan. Sedangkan saudara-saudara kita di sana telah lebih enam puluh tahun menderita dengan tanah dirampas, anak gadis diperkosa, dan jasad mereka diseksa dengan penyeksaan yang langsung tidak berperikemanusiaan itu.

Adakah dengan ini kita dapat melaksanakan demonstrasi setiap hari sehingga kezaliman ini benar-benar dihentikan?

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama merekasurah Al-Baqarah ayat 120

Mungkin Tidak

Kita tidak akan berdemonstrasi selama-lamanya. Paling lama kita mampu sebulan atau beberapa bulan. Kemudian kita akan diam dan aktiviti seharian kembali menjadi seperti biasa.

Kalau rokok winston yang selalu dihisap maka rokok itu jugalah yang akan terus dihisap. Kalau kebiasaan kita pada malam hujung minggu ialah dengan merehatkan diri dengan menonton filem-filem terkini holywood dengan aksi-aksi pelakon hebat dikelilingi heroin-heroin yang seksi maka kebiasaan itu jugalah yang akan menghiasi malam minggu kita.

Semangat yang kita tunjukkan beberapa hari lalu semasa berdemonstrasi telah hilang entah ke mana. Kalimah 'semoga Allah melaknati Yahudi Zionis' juga telah dibakar dengan terbakarnya bendera-bendera mereka.

Malah doa qunut nazilah yang kita bacakan dalam doa-doa dan solat-solat kita juga sudah tidak kedengaran selepas itu.

Dan kita meneruskan hari-hari kita seperti biasa.

Kita diam, adakah ketika itu Israel sudah menjadi insaf?

Ummul Mukminin  Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) bertanya kepada baginda nabi, “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?” Lalu Nabi saw. bersabda “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak”. 

Juga Tidak

Kerana itu sebenarnya ada banyak lagi yang lebih patut selepas daripada melakukan demonstrasi jalanan yang kelihatan megah itu.

Iaitu demonstrasi di dalam diri kita sendiri dengan kita gempurkan di dalam diri kita segala karat jahiliyyah yang selama ini membuatkan hati kita malap.

Yang membuatkan umat Islam ini menjadi lemah dan tidak berdaya bukanlah Yahudi. Bukan juga segala agenda-agenda mereka yang begitu rancang dan terperinci.

Tetapi yang menjadikan umat ini lesu adalah kita sendiri.

Ahli-ahli umat ini yang apabila bangun dari tidur maka yang menjadi makanan sehariannya adalah pendedahan aurat yang berleluasa, yang menjadi minuman penghilang dahaganya adalah jenis-jenis hiburan melalaikan dan semua perbuatan membuang masa, dan yang menjadi udara untuk dihirupnya adalah dengan melakukan segala bentuk kemaksiatan dan kemungkaran yang ditegah syarak.

Maka makanan, minuman dan udara jenis inilah yang menyebabkan kita kini terseksa. Terhimpit dan terdesak.

Malah sangat-sangat terdesak.

Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.” Surah Al-Furqaan ayat 52.

                                   kekuatan umat Islam dikurung oleh maksiat mereka sendiri
Bukannya Main-main

Kata guru saya, kalau mahu main, main sungguh-sungguh. Jangan main-main. Maka di sini saya mahu katakan yang sama.

Tidak boleh main-main lagi.

Maka bila kita mahu mengalahkan zionis, maka caranya mestilah bukan yang main-main lagi. Tak cukup dengan sekadar turun dua tiga demonstrasi. Tak cukup dengan doa qunut nazilah yang kita bacakan beberapa hari.

Kita perlukan lebih dari itu.

Dan yang pertama dan utama kita perlukan adalah membuang kelemahan kita kerana musuh kita tidaklah kuat. Cuma kita yang terlalu lemah.

Mahu Kuat Perlu Banyak Cabaran

Kita ini jika mahukan hidup yang baik, yang selamat, yang bahagia, yang luar biasa bagus dan hebat sekali seperti kata H.M Tuah Iskandar, maka kita perlukan cara hidup yang juga luar biasa bagus dan hebat sekali.

Mahu bersama baginda nabi dan para sahabatnya maka jalannya bukan lagi seperti jalan biasa yang dilalui oleh kita selama ini. Jalannya adalah pasti yang di atasnya ditaburkan duri-duri tajam. Jalannya juga pasti adalah jalan yang bengkang-bengkok dengan hujungnya yang tidak kelihatan.

 Cuba renungkan firman Allah ini:

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." Surah Al-Baqarah ayat 155

Juga ini:

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? surah Al-Ankabuut ayat 2.

Maka kesimpulan saya adalah, untuk hebat, maka jalan hidup yang ditempuh juga mesti hebat.

Tidak jadi hebat hanya dengan mahu hebat. Juga tidak jadi kuat jika cabaran yang diterima tidak kuat.

Hebat dan kuat adalah selepas berjaya mengharungi ujian yang payah dan berat.

Kerana syurga yang luar biasa hebat, ia tidak akan diduduki oleh orang-orang biasa yang tidak berusaha menjadi luar biasa.

Twitter
Facebook

ya..berapa ramai umat islam kini yang mampu subuh berjemaah pada awal waktu subuh?

أيها الإخوة
فلنبدأ بأنفسنا
سيتبعك الأخرون
ألف مبروك يا فردوس

betul..kita dikalahkan dengan kemaksiatan yang kita lakukan..kita hanyalah ilusi semata2 lansung x menepati apa yang digariskan oleh alquran.....

memang semua telah diceritakan dan diberitakan dlm al-Quran dan Hadith.seumpama kita sudah diberikan skrip ttg perkara dahulu,sekarang dan akan datang.cuma apa yg Allah lihat ialah usaha kita menjalankan kewajipan yg telah ditetapkan.walaupun kita kalah dlm peperangan sekarang,ia ttp harus dilakukan,kerana kita tidak tahu bila zaman yg dijanjikan itu.kerana jika kita duduk diam shj,tentulah hasilnya juga berbeza.sekurangnya t/jawab kita sbg umat hari ini sudah dijalankan,selebihnya serah pdNya utk menilai apa yg kita lakukan masa kita hidup

Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.

Ya Allah bukakanlah pintu hati-hati kami.

Pacifist: jihad qital tu fardhu kifayah. tuntutannya akan gugur bila sebahagian umat Islam sudah melaksanakan jihad ini.

saya puji kamu. zaman sekarang mahu mencari masyarakat Islam yang sanggup untuk menyediakan diri ke medan perang sangat sukar. sedangkan para sahabat nabi, mereka mencintai mati sebagaimana orang kafir sukakan hidup.

namun, di sini saya mahu mengajak semua kepada sebuah perang yang lain.

iaitu perang nafas panjang.

Pasti ada yang bertanya, apakah itu perang nafas panjang yang saya kata. Hakikatnya ia adalah satu perancangan rapi yang mesti digerakkan dengan konsisten, penuh keimanan dan kepercayaan kepada janji Allah, sabar dan istiqomah adalah perisai ketahanan, dan taqwa adalah bekalan perjalanan.

Perang Nafas Panjang bukanlah gerakan solo yang dilakukan perseorangan. Bukan juga tindakan-tindakan yang memberikan kesan sementara tidak bermakna. Tetapi ianya satu pergerakan bersistematik yang kesannya amat utuh tak mampu digegarkan semua.

Sungguh, ianya popular dikenali dengan nama lain.

Dakwah dan tarbiyah.

Itulah dia perang nafas panjang yang saya perkatakan.

perkongsian penuh tentang perang nafas panjang ada di blog Langit Ilahi, http://ms.langitilahi.com/perkongsian-perang-nafas-panjang/

moga Tuhan mengira ini sebagai amal kebaikan.

salam ziarah kembali.
sy tidak nafikan kebenaran perang nafas panjang.sbb itu tergolong dlm jihad ilmu(mempersiapkan diri)apa yg sy cuba utarakan ialah peranan jihad qital,kerana seolah2 ianya telah dihilangkan/dilupakan.maksud sy, keadaan di palestin kini menuntut kita berjihad qital.
-bagaimana tuntutan fardu kifayah itu gugur,jika umat islam masih ditindas?

nukilan sy bertajuk "aku bkn seorg militan"

Aku bukan seorang militan yang mahu membunuh jiwa-jiwa yg tidak berdosa,
Aku juga bukan seorang gila yang mahu mengorbankan diri tanpa usul periksa,
Aku hanya mahu menjadi salah seorang pembela kepada mereka,
Untuk mengisi ruang jihad yang ditinggalkan,
kerana masing-masing merebut jihad hawa nafsu, ilmu, ekonomi dan sebagainya,
ketika palestin mendambakan para syuhada.

Biarlah aku yang tidak punya apa-apa ini,
Dianggap sebagai langau yang tidak berguna,
Oh....mungkin pada mereka pemahaman jihadku salah,
Mereka lebih enak berhawa nafsu ketika Palestin makin hilang dari peta dunia,
Soalanku pada mereka...Apalah ukuran kita berjaya berjihad Hawa nafsu?
Bukankah mereka yang bercita-cita kesana cuba melawan hawa nafsunya untuk tetap disini?

Berapa puluh tahun lagi wahai saudaraku,
Jihad yang anda utamakan itu akan selesai,
Untuk anda maju pula ke medan perang,
membebaskan bumi palestina.

salam...
ana ingin berkongsi sesuatu disini dgn ntum2 sekalian...

pernah dlu ada seorng warga Palestine dtg ke Malaysia utk berkongsi pengalaman dan ilmu...

dia berkata yg warga2 Palestine skrg tdk perlukn bantuan nyawa, mereka hanya perlukan bantuan doa dan mengharapkan umat Islam serata dunia bersatu padu...

sehingga hari perpaduan umat Islam itu tiba barulah bumi Palestin dpt dibebaskan....

jzkk...

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk