mohon pandangan
Assalamua'alaikum, (pembaca sila jawab)
Artikel kali ini tak ada catatan apa, sekadar mahu minta pendapat-pendapat orang ramai. Rasanya, semua orang nampak pertukaran template blog ini.
Jadi, sebagai penulis, saya perlu tahu bagaimana keinginan anda terhadap bentuk-bentuk penulisan saya di blog ini. Saya tak mahu jadi seorang penulis yang seronok sendiri. Sekurang-kurangnya, biarlah orang lain seronok walaupun saya tidak. Bukankah erti hidup ini pada memberi?
Maka bagi memastikan kelancaran blog ini, apa kata anda lontarkan sedikit pendapat dan pandangan tentang wajah baru blog ini. Saya akan mendengar dan memikirkannya nanti. Jika terdapat ramai pembaca yang tidak menyukai, maka saya akan tukar ke template blog yang sebelumnya.
InsyaAllah, semua yang kita lakukan, kita pasakkan Allah sebagai matlamat utama kita. Sesungguhnya, kita sentiasa berharap kepada pandangan Allah dalam setiap amalan.
Firman Allah:
“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),...
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!”
surah At-Takaathur ayat 1 dan 3.