pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Sebelum ramadhan tiba


Pernahkah kita jumpa dalam mana-mana kejohanan sukan, yang menjadi pemenang adalah seorang peserta yang langsung tidak pernah berlatih sukan?
Atau, wujudkah dalam dunia ini, seorang pelajar yang lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan, namun dia tidak pernah melakukan latihan yang diberikan gurunya? Nak sedap lagi, dia bahkan langsung tak pernah belajar, wujudkah?

                                                              rujukan gambar di sini

Pasti tak pernah.
Maka, begitulah dengan kejayaan menghadapi madrasah Ramadhan. Bulan yang baginda nabi janjikan rahmat, keampunan dan pembebasan daripada neraka ini, kita mungkin tak akan berjaya di dalamnya tanpa persediaan rapi sejak awal.
Sebab itu bila masuk bulan Rejab, nabi dah ajarkan kepada kita dengan sebuah doa, iaitu doa supaya Allah memberikan kita keberkatan di dalam bulan Rejab dan Sya’aban, seterusnya menyampaikan kita kepada bulan Ramadhan al-Mubaarak.
Perhatikan, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
”Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu.”(HR Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi)
Cuba fikir, tanpa latihan, adakah tingkat penuh keimanan dan keihklasan yang baginda sebutkan ini kita akan peroleh?
Sedangkan syarat diampunkan segala dosa adalah dengan kedua-duanya.

Ujian percubaan

Masa sekolah menengah dulu, kita akan hadapi beberapa ujian percubaan sebelum melangkah ke dewan peperiksaan yang sebenar. Kita ada ujian percubaan PMR, kita juga hadapi ujian percubaan SPM.
Alangkah, mahu dapatkan sijil dunia sahaja kita sudah menjalani latihan yang padat, inikan pula Ramadhan, bulan yang di penghujungnya dijanjikan pembebasan dari neraka!
Diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri R.A, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun.” (HR Bukhari)
Maka, baki tujuh hari ini janganlah kita bazirkan. Kita tak mahu menyesal kemudian hari. Kalau mahu Ramadhan nanti dapat khatamkan Al-Qur’an, maka sejak sekarang sudah perlu biasakan baca empat, lima muka surat setiap kali lepas solat. Sudah boleh ajar tangan supaya bersedekah, patut kunci mulut dari bercakap yang tak penting, dan tiraikan mata dari pandangan yang dilarang.

Dah patut mula semua ni.

Kita pasti menyesal

Ulama kita pernah sebut, penyesalan tidak akan datang, melainkan di akhir perkara. Para pesalah, mereka sekarang pasti menyesal bila sudah ditempatkan di dalam penjara.
Maka begitu juga dengan kita. Bulan Ramadhan ini ada infiniti ganjaran kebaikan yang Allah akan bagi. Namun, tak semua orang akan dapat. Mereka hanyalah orang yang terpilih, dan yang bersedia. Jika difikirkan, kita sendiri pun tak mahu bagi sesuatu kepada orang yang tidak bersedia, kan?
Berbincang tentang akhir kehidupan manusia, tak akan ada manusia yang tak menyesal di akhirat, melainkan para Nabi. Selain mereka, semua manusia menyesal. Ahli syurga pun menyesal kerana tak banyakkan amal, kalau ahli neraka, derita mereka tak payah cakap.
Kita pulak macam mana? Jangan tanyalah!
 Maka, kita sekarang berusaha untuk meminimumkan penyesalan kita itu nanti.
Caranya, kita gunakan makhluk Allah yang bernama masa dengan sebaiknya. Sesungguhnya, Allah telah bersumpah dengan masa. Bahkan, Dia telah memperingatkan kita dengan peringatan yang sangat bermakna.
Firman Allah dalam surah At-Takaathur:
“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),
Sehingga kamu masuk kubur.
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!(surah  At-Takhaatur, ayat 1-3)




Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk