sifat seorang isteri yang penyayang
Assalamualaikum.
Saya perasan juga ada kawan-kawan yang kemaskini artikel tentang hari ibu. Kemudian timbul pula pandangan beberapa orang yang lain bahawa meraikan ibu masing-masing tidak perlukan kepada hari-hari khusus, sebaliknya setiap masa.
Masalah ini saya tinggalkan untuk anda jawab sendiri kerana hakikatnya semua orang mahu sayang dan menghargai ibu masing-masing.
Cuma bila saya mengenang adanya hari ibu ini, secara tidak langsung ia akan mengheret kisah bagaimana seorang wanita menjadi isteri sebelum kemudiannya menjadi ibu.
by ~TheCalling
Tambahan lagi ibu saya di kampung sering sekali berpesan supaya saya tidak bernikah di Mesir ini. Tetapi perkara ini berselisihan pula dengan nasihat guru saya supaya kami tidak pulang ke Malaysia melainkan setelah bergelar suami.
Er, masalah ini biar saya selesaikan sendiri. Jauh di sudut hati memang merancang untuk tidak mengubah status sosial semasa dalam jangka tiga empat tahun ini. Apapun kita hanya merancang, keputusannya biarlah diserahkan kepada Tuhan.
Memilih isteri yang selayaknya adalah antara perkara terpenting di dalam proses pembentukan sebuah keluarga yang hidup dalam penuh kasih sayang dan rahmat Allah. Jika seorang isteri hanya dicari semata-mata kerana rupa parasnya yang cantik menawan, maka yang akan merasa puas hanyalah mata.
Sedangkan kita berkahwin bukanlah demi mata semata-mata. Er, ayat untuk bakal isteri saya, haha.
Walau bagaimanapun, anda yang mahu melangsungkan perkahwinan pertimbangkanlah urusan ini sebaik-baiknya. Urusan menyatukan dua hati ini adalah urusan pensabitan yang sangat aneh sebenarnya. Tanpa ikatan darah, akhirnya dua manusia jadi berkongsi darah.
Kalau anda tanya kenapa dengan tajuk artikel ini, maka saya menjawabnya bahawa ini adalah nasihat daripada Maulana Syeikh Fathi Hijazi Hafizahullah. Katanya isteri adalah seorang yang bakal mendamaikan suami. Maka sifat penyayang dan kelembutan inilah yang bakal mendamaikan. Tetapi suami pun kenalah faham, isteri anda itu adalah seorang manusia yang hatinya juga perlu dijaga.
Air laut pun ada pasang surutnya, inikan pula hati manusia yang bernama qolbu. Sebab qolbu ini maksudnya yang berbolak balik, maknanya mudah sangat berubah.
Ok, sebelum saya terlupa, tadi semak juga di wikipedia tentang Hari Ibu Sedunia. Rupanya tarikh yang ditetapkan untuk Malaysia adalah pada hari Ahad setiap minggu kedua Bulan Mei.
Satu lagi, semasa iring Maulana Syeikh Saad Jawish Hafizahullah selepas pengajian beberapa minggu lalu, beliau ada bercerita kepada saya tentang beberapa tahun lepas juga ada pelajarnya yang Melayu bernama Naim.Namun yang menariknya pelajar ini bernikah di rumah Syeikh kami ini.
Adapun adakah Syeikh mahu saya bernikah di rumahnya, itu tidaklah dapat dipastikan.
Senyum la sikit, asyik serius saja. :)