pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

motivasi petua mengatasi masalah cinta 1

Assalamualaikum.


Ada dua perkara utama yang anda perlu faham untuk mengatasi masalah cinta.


Yang pertama adalah mengetahui hakikat cinta.


Memang banyak pihak yang mentakrifkan cinta dengan makna dan terjemahan mereka tersendiri sehingga ada yang menyatakan cinta itu sebagai sesuatu yang subjektif. Namun Imam Ghazali sebenarnya telahpun memberikan kepada kita sebuah takrifan cinta yang cukup padat dan tepat dengan kata beliau bahawa, "cinta adalah suatu kecenderungan terhadap sesuatu yang memberikan manfaat".

undefined



Jika anda faham dengan jelas definisi cinta yang dinukilkan oleh Hujjatul Islam Al-Ghazali ini, itu adalah langkah pertama untuk mengatasi masalah cinta.


Fahamkan, cinta adalah kecenderungan terhadap perkara yang memberikan manfaat.


Ya, memang benar perasaan cinta kita adalah kecenderungan kita terhadap sesuatu melalui isi pertama daripada definisi ini. Namun apabila ditimbangkan dengan isi yang kedua, masih benarkah kecenderungan kita itu memberikan manfaat?


Apabila anda mencintai seseorang ataupun sesuatu, adakah benar cinta anda terhadapnya akan memberikan manfaat? Dan adakah manfaat tersebut adalah manfaat dunia semata-mata, atau membawa kepada manfaat akhirat sehingga itu menjadikan dunia anda juga bermanfaat?


Saya tidak ada jawapannya. Yang memiliki dan mampu untuk menjawab soalan ini adalah diri anda sendiri.



Saya bimbang anda merasakan cinta anda itu memberikan manfaat kepada sesiapa sedangkan hakikatnya manfaat tersebut tidak ada, melainkan kepada permintaan nafsu kita sendiri.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk