pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

sambungan- meninggi, direndahkan

Sambungan daripada artikel yang lepas, ketika ahli ibadah yang soleh dan ahli maksiat yang selalu melakukan mungkar bertembung, masing-masing mengalihkan pandangan daripada memandang satu sama lain.

Ketika itu, awan yang sering menaungi perjalanan lelaki yang sering beramal soleh itu berpindah kepada lelaki yang selalu bermaksiat.

Mengapa itu terjadi?

Jawapannya adalah kerana ketika lelaki yang soleh berpaling dari memandang lelaki pemaksiat, di dalam hatinya timbul rasa benci untuk memandang kepada lelaki yang banyak maksiat.

Sedangkan lelaki yang banyak maksiat pula, dia berpaling kerana tidak sanggup memandang kepada wajah lelaki soleh apabila memikirkan dirinya yang sangat banyak melakukan maksiat.

Maka ketika itulah gumpalan awan putih itu bergerak, berpindah tuan.

Benci kemaksiatan bukannya ahli maksiat

Ulama menyebut, redha dengan kemaksiatan juga adalah satu kemaksiatan. Bermakna, setiap kali melihat berlakunya perlanggaran hukum Allah, maka setiap itulah kita perlu berasa ingin untuk mencegahnya.

Namun, membenci kemaksiatan bukanlah bermakna membenci orang yang melakukan maksiat. Silap kita bila lihat orang lain melakukan mungkar, terus dalam hati kita terdetik, “ish, apa la nak jadi dengan dia ni?”

Beginikah sikap seorang penyeru ke jalan Allah?

Pastinya tidak. Keluasan agama Islam dan keindahannya sekali-kali tidak pernah memberikan kita peluang untuk menjadi penghukum.

Berdoa. Hanya Allah berkuasa

Masa saya tingkatan satu di Ma’ahad dulu, antara cerita senior-senior yang saya ingat adalah tentang Azazil, sebelum dia bertukar watak menjadi Iblis.

Diceritakan, pada suatu hari sebelum manusia belum lagi diciptakan, para malaikat mendapat satu berita bahawa dari kalangan mereka para malaikat, akan ada seorang yang menjadi engkar kepada suruhan Allah. Ketika itu semua malaikat berasa gentar. Masakan tidak, derhaka kepada Allah hukumnya neraka yang kekal abadi!

Lalu masing-masing para malaikat pun mendapatkan Azazil. Beliau ini adalah ketua para malaikat supaya mendoakan keselamatan mereka memandangkan Azazil ini adalah makhluk yang paling dekat di sisi Allah. Maka Azazil pun mendoakan mereka tanpa terkecuali seorang pun.

Namun, dia terlupa untuk mendoakan dirinya hingga itu dijadikan asbab untuk dia nantinya menjadi derhaka kepada Allah.

Apa kaitannya cerita ini dengan perbincangan kita?

Kaitannya adalah, boleh jadi sekarang kita adalah seorang hamba Allah yang banyak melakukan taat. Solat tak pernah tinggal, berjemaah lagi. Al-Qur’an tiap-tiap hari kita baca dan macam-macam lagi amalan yang baik-baik. Namun itu semua tidak memberi jaminan bahawa kita akan selamat.

Berbanding dengan orang yang banyak melakukan maksiat hari ini, boleh jadi nantinya dia bertaubat. Siapa tahu perkara akan datang? Tiada siapa melainkan Allah.

Hari ini Allah takdirkan orang lain yang melakukan maksiat. Bagaimana kalau esok kita pula yang ditakdirkan? (na’uzubillah min zalik)

Sebab itu ada satu kisah tentang Imam Junaid dan murid-murid beliau bersama dengan sekumpulan ahli maksiat juga.

Tapi kisah ini saya tangguhkan dulu. Semoga kita dapat berkongsi nanti.

InsyaAllah.



Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk