pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

ulang tahun israk mikraj, hadiah untuk anda

Melihat tajuk di atas, anda fikir apakah hadiahnya?

           Nabi bertemu Allah ketika mikraj, kita menghadap-Nya ketika solat (gambar hiasan)




Mari saya yang jawab. Jawapan saya, hadiah utamanya adalah solat. Kerana peristiwa Israk dan mikraj ini, antara yang masih kekalnya kesannya sehingga sekarang adalah kefardhuan solat kepada kita.

Jadi, solat sebagai hadiah, kita masih tidak tergiur?

Yang dapat saya katakan, orang yang tidak berasa ghairah dan rindu untuk solat ini adalah orang yang akalnya tidak sempurna. Macam kanak-kanak. Atau selain mereka pun ada jugak (agak-agak siapa lagi yang akal tak sempurna?).

Mereka ini tidak sempurna akal kerana tidak tahu menilai. Macam kanak-kanaklah. Kerana pada kanak-kanak, emas permata yang berkilauan pun langsung tidak bermakna.

Hidupkan solat

Solat kita kena hidup. Maknanya kita khusyuk, iaitu kita merasa dengan solat kita itu benar-benar kita sedang berhadapan dengan Allah.

Allah berfirman,

“dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Surah Al-Baqarah ayat 45

Apabila solat kita menjadi hidup, maka ketika itu hidup kita seluruhnya akan mempunyai keterikatan (silah) dengan Allah kerana dalam bersolat ini, satu-satunya cara paling berkesan untuk kita mendapatkan khusyuk adalah dengan kita mengurangkan maksiat dengan sekurang-kurangnya.

Selagi tidak membuang maksiat dan kekaratan jahiliyyah dalam diri, selagi itulah solat tidak akan khusyuk.

Solat cemerlang, hidup berjaya

Cerita tentang israk dan mikraj, berserta sekalian hikmah dan pengajaran yang terselindung, sepuluh muka surat pun tidak cukup untuk menerangkannya dengan terperinci.

Solat adalah satu-satunya amalan yang Nabi kita Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda) menerimanya secara langsung daripada Allah. Solat juga yang mula-mula akan dihitung nanti di Hari Perhitungan.

Sebarang kekurangan dalam solat, semua amalan lain juga tidak akan dikira lagi.Jadi, walau pencapaian sehebat mana pun, periksa dulu solat macam mana sebelum kita nak anggap hidup kita berjaya.

Mahu berjuang? Solat macam mana?

Lihatlah sejarah, Sultan Muhammad Al-Fateh yang membuka kota konstantinople, beliau adalah seorang hamba Allah yang tidak pernah lalai dengan solat fardhu, beliau jugamelaksanakan semua solat sunat rawatib, malah sentiasa istiqomah dalam solat malam.

Yang hebatnya, beliau melazimi semua ini sejak mula baligh!

Kita pula macam mana?

Kita sama dengan beliau dan sekalian ulama dari sudut mahu Islam dijulang megah. Yang tak samanya usaha kita.

Pada saya, mampu bersolat sepanjang malam bukanlah sangat menghairankan kerana telah ramai dari kalangan ulama yang memperjuangkan Islam telah melakukannya.


Namun, yang memelikkan, ramai yang mengaku mahu perjuangkan Islam juga, tetapi tidak pernah bangun-bangun untuk solat malam.


Selamat menghayati Israk Mikraj.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk