pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

rehatkan diri dari dunia



Kita selalu risau tentang jodoh, bimbang tentang rezeki hari esok dan gelisah fikir pasal hari mendatang nak tidur di mana. Tapi kita lupa untuk fikir tentang sesuatu yang lebih penting. Apakah itu?


                          risau sangat kah?

Itulah urusan kita selepas kita mati.


Pesan ulama, rehatkanlah diri daripada bersusah payah dan berasa risau untuk mentadbir urusan hidup di dunia. Dan apabila urusan hidup kita telah ada yang mengaturkannya, (yang sebenarnya Allah sahajalah yang mentadbir dan mengurus) maka janganlah pula kita sibuk untuk mengambil alih pengurusan tersebut.

Firman Allah,
“Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Kita ni, bukankah yang selalu meresahkan kita adalah urusan-urusan hidup inilah. Kita asyik fikir tentang hari esok. Kita fikir duit cukup ke tidak, kita fikir nak makan apa, nak tidur di mana, nak hidup dengan siapa, dan macam-macam lagi yang kita fikir.

Kita sibuk-sibuk fikir hidup ini sampai suatu tahap kita terlupa untuk sibukkan urusan akhirat kita. Sedangkan urusan akhirat kita itulah yang paling utama. Urusan kita selepas kita mati. Urusan menghadapi soal Mungkar dan Nakir. Urusan menghadapi alam kubur yang alam itulah nabi kita sabdakan sebagai tempat di mana kita akan ditransitkan sama ada di dalam lubang daripada lubang-lubang neraka ataupun di dalam taman daripada taman-taman syurga.

Apa kata bila asyik sibuk-sibuk fikir dunia, kita rehat sekejap dan sibukkan pula dengan urusan akhirat.

Bukankah orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak ingat kepada mati?

Sesak akhirat

Akhirat nanti sangat menyesakkan. Sangat-sangat sesak untuk mampu akal kita fikirkan. Bayangkan, pada hari yang berkecamuk semua hati, para manusia mencari-cari siapakah yang dapat menolongnya. Ya, siapakah yang dapat menolong ketika itu?

 “Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan. Az-Zumar:067  

Bayangkan juga, Allah dengan segala kekuasaan-Nya itu, apa yang akan dilakukan-Nya jika selama ini kita asyik terlupa daripada mengingati-Nya? Bayangkan setiap solat yang kita lewatkan waktu perlaksanaannya. Bayangkan setiap maksiat yang kita lakukan selama ini. Maksiat mata, maksiat tangan, maksiat telinga, maksiat hati. Adakah ketika itu kita fikir kita akan terlepas? Kita pasti silap.

Sekali lagi siapakah yang akan menolong kita ketika itu?

Ibu bapa juga akan menjauh daripada anak masing-masing. Maka adakah seorang sahabat akan mendekati sahabatnya?

Tentu tidak. Pada hari itu semua manusia menjadi kedekut kerana masing-masing mengetahui tentang keadaan dirinya yang sedikit taat.

Abdullah ibnu mas’ud pernah meriwayatkan sebuah hadis dengan katanya, Seorang ulama Yahudi datang kepada Nabi dan berkata: Hai Muhammad atau hai Abul Qasim! Pada hari kiamat, Allah menggenggam langit dengan satu jari tangan, bumi dengan satu jari, gunung dan pepohonan dengan satu jari, air dan tanah dengan satu jari, begitu pula semua makhluk yang lain dengan satu jari. Kemudian Dia menggoyangkan mereka semua sambil berfirman: Akulah Raja, Akulah Raja! 


Rasulullah tertawa kagum mendengar perkataan orang alim itu. Baginda membenarkan keterangan orang itu, kemudian membacakan ayat: Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya, padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.” (Shahih Muslim No.4992)

Teruslah menyibukkan diri dengan urusan dunia jika kita yakin dapat selamat daripada kesulitan akhirat.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk