pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

hamba zaman sekarang

Asslamualaikum.


Apa khabar anda semua? Didoakan agar kita semua sihat sejahtera dan dapat terus teguh untuk melaksanakan kewajipan sebagai seorang hamba kepada Allah.



Sesungguhnya martabat sebagai seorang hamba ini adalah suatu pangkat dan kedudukan yang tertinggi bagi seorang makhluk Allah.



Maknanya perkara yang terbaik untuk kita lakukan dalam kehidupan ini adalah bergantung kepada sejauh mana kita mempersiapkan amalan itu untuk disembahkan kepada Tuhan manusia iaitu Allah.


by ~ava841122



Semakin tinggi pengharapan kita kepada Allah di dalam sesuatu amalan, semakin baiklah amalan tersebut. Begitulah sebaliknya jika semakin jauh kita daripada mengharapkan pandangan Allah dalam sesuatu amalan, maka semakin buruk dan kosong amalan-amalan itu.



Walaupun amalan tersebut kita memandangnya sebagai sangat sedikit dan ringan, boleh jadi itu hanyalah ringan pada pandangan kita yang memandang. Bukan pandangan Allah yang akan membalas.



Cubalah anda semak kitab-kitab hadis yang muktabar, bukankah di sana ada menceritakan tentang ganjaran-ganjaran yang hebat walaupun dengan melakukan kebaikan yang kita pandang sangat ringan. Ada kan? Cuma kita yang jarang belajar.



Kuncinya adalah ikhlas kerana Allah.



Tetapi jika anda masih mahu melakukan sesuatu amalan supaya dilihat oleh manusia, maka itu terserahlah kepada diri anda sendiri. Cuma anda beringatlah, untuk apa sebenarnya anda hidup ini.


Hayati ayat-ayat Allah ini,

"Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar." An-Nisaa ayat 146


"Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) yang telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan." Al-Ma'idah ayat 85


Hidup kita di dunia ini akan berakhir. Hidup di akhirat itu kekal. Semoga kita beringat selalu dengan perkara ini.




p/s: dua syarat untuk amalan diterima adalah diniatkan kerana Allah dan amalan tersebut diamalkan mengikut cara yang diajar oleh agama..

Twitter
Facebook

Comments (14)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Riak mmg betul2 kena kikis. Even susah.
1 reply · active 723 weeks ago
semoga kita berjaya mengikisnya..
My recent post perempuan sundal
Saya telah membaca tampalan ini.. terima kasih..
1 reply · active 723 weeks ago
The Black Jubah's avatar

The Black Jubah · 723 weeks ago

Senyum....banyak pahala, pun susah nak buat. Orang sekarang lebih suka bermuka masam dan buat-buat tak pandang dari memberikan senyuman...Tetap senyum, kat wanita-wanita lah...walaupun tak berbalas atau mereka cepat-cepat pandang tempat lain.
1 reply · active less than 1 minute ago
erm, ada unsur nak tegur sapa-sapa ke ni?
My recent post ustazah yang cantik
betullah hidup tanpa pengangan ibarat dunia tanpa mentari...satu enty yang menyentuh jiwa sy - tq
My recent post Letak link- blog mungkin di delete
1 reply · active 723 weeks ago
semoga Allah memilih kita untuk mendapat rahmatNya..
My recent post rahsia kepuasan menulis blog
ouchh.. sentap. pedih di hati. tapi realiti.
1 reply · active 721 weeks ago
semoga bermanfaat..
My recent post kenali alasan yang baik
Nadh nak kongsi cerita 100 Letters of LOVE
. baru ciap ja ni. rajin kalau komen ya. Nadh baru belajar buat cerita ni.. :) Mungkin dengan teguran sahabat semua dapat improve skill menulis Nadh. Maceh ya. :)
Nadh nak kongsi cerita 100 Letters of LOVE
. baru ciap ja ni. rajin kalau komen ya. Nadh baru belajar buat cerita ni.. :) Mungkin dengan teguran sahabat semua dapat improve skill menulis Nadh. Maceh ya. :)
My recent post 5 Necessary Online Tools For The Frugal Writer
1 reply · active 722 weeks ago
pernah sekali hasan albasri berjalan dan terdengar seseorang sedang memrikan tazkirah, lalu dia menyertainya. setelah usai majlis, dia bertemuk sang memberi tazkirah dan berkata,
"saya tidak terkesan dengan tazkirah tuan tadi. samada hati saya yang kotor, atau hati tuan yang kotor."

my point is, blog ini, blog bayyinat, benar2 menusuk hati saya.
kalian dikurniakan hidayah untuk menulis, saya alhamdulillah dikurniakan hidayah untuk bertemu blog2 begini.
moga Allah merahmati kita semua.

Post a new comment

Comments by

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk