pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Cenderahati – Mencari Hati

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.

Saya baru pulang dari sebuah program anjuran Majlis Kebajikan Keluarga Kedah di sebuah pantai peranginan yang dikenali dengan nama Ra’sul Bar di Dumyat.

Atas kepulangan ini, saya ingin menghadiahkan kepada semua sedikit cenderahati yang ingin saya kongsikan.

Cenderahati saya ini adalah berbentuk peringatan ringkas yang ingin saya sampaikan buat peringatan diri saya dan kita semua.

CARILAH HATI


Cenderahati saya - yang berbentuk peringatan ini, carilah hati kamu dengan mengenang Allah sebanyak- banyaknya.

Saya rumuskan, terdapat tiga tempat utama untuk mencari hati ini.

1. Carilah hati kita ketika sedang menunaikan solat.

2. Carilah hati ketika kita mengalunkan bacaan suci al-Qur’an.

3. Carilah hati pada setiap kali kita diperingatkan tentang kematian.

Maka ini cenderahati saya.

Saya ingin mengajak kita semua mencari hati sendiri.

Iaitu dengan mencari hati di ketiga –tiga tempat ini.

Tetapi, jika kita tidak menjumpai hati kita di semua ini, maka inilah masanya untuk kita merendah diri.

Dan berdoa kepada Sang Pencipta agar Dia memberi kita sekeping hati supaya dengan hati itu kita dapat menjalankan kehidupan dengan sempurna.

Hati untuk menjadi hamba.

“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.” Surah Al-A’raaf ayat 205

Twitter
Facebook

huu..sukar.
cari hati dalam solat,
cari hati dlm ingati kematian,
ceri hati dlm al-qur'an.

syukran ats cnderahatinya~

ariffah9,
sama-sama, moga kita mandapat hati sendiri..

perkongsian yg menarik... semakin hebat sahabat ana ni

apabila hati masih xdijumpai minta la pd Allah yg Maha Pengasih utk hati yg baru...wallahu'alam

al-faqir al-kulimi at March 23, 2010 at 4:38 AM

salam,,hai naim tima kasih atas cnderahati kali ni,sedap btul isinya dan hadiah yg membuat lubuk hati bertanya akan hakikatnya,,,mabruk ya akhi,,banyakkan lagi penulisan ttg hati&jiwa,,ketahuilah wahai saudaraku"Kepercayaan kepada Allah itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia,tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat",,renung-renungkan dan selamat beramal..bitaufiq

kepada ikhwan hafiz,
terima kasih, perkongsian yang ringkas ni harap Allah redha.. tapi yang dikatakan hebat tu semuanya balik kepada Dia.

fatini,
insyaAllah..
saya juga masih mencari hati sendiri.

al-faqir al-kulimi,
syukran..
nasihat dan teguran abg zul sangat-sangat ana harapkan.
insyaAllah,
moga Allah redha

siti rabiatul adawiyah at March 23, 2010 at 1:52 PM

hati, sukar dicari..tetapi pabila sudah mendapat hati, amat payah untuk menjaganya....

siti rabiatul adawiyah,
insyaAllah, kita berdoa kepada Allah agar dipermudahkan..

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk