pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Muslimin Dijemput Baca


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.

SAYA MENULIS ARTIKEL INI KERANA SAYA SAYANGKAN MASYRAKAT ISLAM

Sejak menjejakkan kaki di sekolah menengah,saya boleh katakan bahawa kehidupan saya adalah dalam suasana masyarakat yang sepatutnya faham Islam.Saban hari saya dihidangkan dengan santapan rohani yang kadangkala memang mengenyangkan iman.

Kehidupan yang seperti itu berlangsung selama 6 tahun.Tempoh didikan yang saya benar-benar bersyukur kerana berpeluang melaluinya.

Setelah tamat persekolahan,seorang ustaz mencadangkan kepada saya supaya bekerja dengan beliau di sebuah sekolah menengah arab di Kedah sebagai pembantu warden.Namun saya hanya sempat bekerja di situ selama tidak sampai 4 bulan.

Beberapa bulan berikutnya saya meneruskan pembelajaran dengan menempatkan diri di sebuah universiti yang terkemuka di dunia Islam,Universiti Al-Azhar As-Syarif.Dan sekarang sudah menjangkaui 5 bulan saya di sini.

Saya menceritakan semua ini bukan atas kepentingan diri saya,tapi saya ingin membawa satu perbincangan dalam kehidupan kita yang mengaku sebagai orang yang hendak membangunkan Islam dalam usaha mencari redha-Nya.Saya ingin mengajak anda memikirkan apa yang saya lihat.

MASYARAKAT ISLAM ITU

Saya melihat setelah saya dan sekalian sahabat saban hari menadah telinga dan bersengkang mata untuk mengutip ilmu-ilmu Allah ini,kami/kita masih terlalu sukar untuk kekal dengan kebahagiaan dan ketenangan.



Saya melihat masyarakat yang sepatutnya faham Islam ini sebenarnya tidak memahaminya seperti yang sepatutnya.Terutamanya diri saya sendiri.Saya bawakan contoh.

Ketika menghadiri kem Biro Tata Negara(kursus untuk pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar Negara),seorang fasilitator bertanya kepada sebuah kumpulan tentang apakah Islam yang sebenarnya.Masing-masing dalam kalangan ahli mengeluarkan pendapat mereka(ada pula yang diam tak terkata) dan setiap pandangan yang dikeluarkan itu sebaliknya telah membawa kekeliruan kepada mereka sendiri tentang apa Islam yang sebenarnya.

Semua tidak dapat menjawab dengan baik sedangkan kumpulan itu terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah agama yang selama 6 tahun mereka telah mendengar dan mempelajari Al-Qur’an dan Al-Hadis secara konsisten.

Maka di mana silapnya?

KITA BERUSAHA

Saya melihat Islam ini bukanlah sesuatu yang sukar difahami sebenarnya.Namun beberapa kebiasaan dalam kehidupan kita telah menjauhkan kita dari memahaminya.

Mari kita semak kembali pekerjaan seharian kita,sejauh mana kita telah berusaha untuk mendapatkan hidayah Allah.

Kita selalu berkata mahu hidup dalam suasana Islam yang damai.Mahu mendapatkan redha Ilahi.

Mahu mencari keberkatan dalam hidup supaya kita senang di dunia,bahagia di akhirat.

Tapi kita selama ini apa yang sudah kita lakukan?

Saya ingin sebutkan di sini,kita sebenarnya tak melakukan apa-apa.Percayalah cakap saya ni.

Kita tak lakukan apa-apa pun.Yang kita tahu dalam hidup kita adalah duduk dan menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang kurang faedah.

Saya tak mahu sebut apa cara yang kita gunakan untuk buang masa tu,tapi masing-masing fikir sendiri.Tepuk dada,tanyalah iman kita.

Saya bukan serkap jarang,tapi saya cakap berdasarkan pemerhatian.20 tahun saya hidup,sukar saya hendak jumpa suasana masyrakat yang betul-betul nakkan redha Allah.

Yang saya maksudkan adalah suasana Islam yang benar.Masyarakat Islam yang mengajak diri dan dan orang lain kepada Islam yang sempurna.Menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dari berlaku kemungkaran.

Kalau hendak sebut hadis,rasanya semua orang sudah hafal.Tapi sejauh mana kita beramal dengan saranan yang telah ditunjukkan Islam? Itu masalah kita yang sebenarnya.

"Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, dia hendaklah mencegahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu (mencegah dengan tangan - kuasa), maka hendaklah dia mengubah dengan menggunakan lidahnya (teguran dan nasihat), maka sekiranya ia tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya (iaitu tidak reda dan benci) dan demikian itu adalah selemah-lemah iman. Tidak ada lagi iman selepas tahap itu walaupun sebesar biji sawi". (Hadis riwayat Tirmizi).

BAGAIMANA KITA MENYERU

Ada ulamak berkata:

“Islah nafsak, wad’u ghairak”
“Perbaiki diri kamu, dan(pada masa yang sama) ajak orang lain(memperbaiki diri macam kamu juga)”

Maka di sini saya ingin menyebut,kita ajak orang kepada Islam dalam masa yang sama kita sendiri menuju kepadanya.

Ini yang selama ini saya percaya.Tanpa dua ini,kita jangan bercakap tentang Islam.

Mengajak manusia ini memang sangat perlu.Paling teruk pun kalau kita tak mahu kebaikan pada orang lain,sekurang-kurangnya kita sendiri perlu fikir untuk diri sendiri.

Allah SWT berfirman:
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
” Ali-Imran ayat 133.


InsyaAllah.Kebaikan ini untuk kita dan orang-orang selain kita.Maka kita jangan lengah lagi.

Jangan tangguh.

Kita sangat berharap pada rahmat Allah.

Ingatlah pesan baginda nabi;

"Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman kepadamu: Perintahlah (manusia) supaya melakukan perkara-perkara yang makruf (yang baik) dan cegahlah mereka dari melakukan perkara-perkara yang mungkar sebelum (tiba suatu waktu di mana) kamu meminta, lalu aku tidak lagi menerimanya dan kamu memohon pertolongan lalu aku tidak menolong kamu lagi" (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

wallahu'alam

Twitter
Facebook

“Islah nafsak, wad’u ghairak”

Ya, brdakwah smbil perbaiki diri..
tingkatkan kualiti iman~

Nice article..

-ariffah9-

salam..sy juga suka bahagian ni..

“Islah nafsak, wad’u ghairak”
“Perbaiki diri kamu, dan(pada masa yang sama) ajak orang lain(memperbaiki diri macam kamu juga)”

terima kasih...info yg amat bermanfaat..

tahniah..luahan yang jujur perlu kpd pembaca yg benar2 menghayati maknanya,,,bgus truskn dgn tulisan2 yg jujur,,bitaufiq

moga Allah redha dengan kamu...good2..

Jzkk ats perkongsian.. Mmg bermanfaat..

'Wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
Amat besar kebencian di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.'
- Surah As-Sof (61):2-3

Moga kita mndpt redha dr-Nya.. Amin

to all,
terima kasih atas semua nasihat, perkongsian dan doa yang kalian lemparkan. moga Allah pilih kita untuk sama-sama bernaung di bawah naungan rahmat-Nya

siti rabiatul adawiyah at March 26, 2010 at 2:13 PM

tapi kn cmna nk ajk org lain untuk lebeh memahami islam??? kdg2 mereka ini tahu tntg hukum2 islam tapi tidak mahu mengamalknnya..tolong xplain sat...(sy cuma xmw tgk lbeh rmai remaja islam yg semakin terpesong..)

siti rabiatul adawiyah, kita mengajak manusia supaya mereka kembali kepada Allah, jadi, dalam kita mengajak, pastinya kita juga sedang dalam perjalan ke sana. Fahami yang itu.
kemudian, antara yang terpenting carilah hikmah dalam berdakwah. ramai remaja sekarang yang menolak Islam bukan kerana apa yang ada di dalam Islam, tetapi mereka menolak kerana kefahaman yang mereka dapat tentang Islam bukan pada kefahaman yang sebenar, maka ini silap siapa?

Slm naimul firdaus,smg Allah merahmati kamu dgn sgl keluasan ilmu Allah.ameen

anonymous, ameen.. jazakumullah.. moga diperkenankan semua doa baik kamu dan semua orang.

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk