pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Terima Kasih Kerana Membaca

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Namun,siapakah yang meyakini?

Hari ini saya melihat di blog saya yang tak seberapa ini jumlah pengikutnya sudah menjangkaui 40 orang.Blog saya ini dilancarkan sejak 1 hari bulan 2 tahun ini,bermakna sudah lebih kurang 5 minggu saya menulis di sini.



Saya bersyukur kepada Ilahi kerana memberi saya sedikit kekuatan untuk memulakan ini.Pada saya,follower yang 40 orang lebih itu benar-benar memberi suntikan semangat untuk saya terus menulis.Terima kasih kepada anda semua yang sudi membaca artikel-artikel saya.Semoga ini akan menempatkan kita di bawah redha-Nya.

Suka untuk saya sebutkan bahawa tujuan saya menulis di sini bukanlah secara suka-suka atau sengaja mahu mengisi masa lapang.Sebaliknya saya mahu melibatkan diri dalam medan dakwah yang wasilahnya sangat pelbagai.

Saya berharap tulisan-tulisan saya ini dapat melewati mata para pencinta kebahagiaan dan kebenaran seterusnya singgah di hati-hati mereka.Dan mereka ini nantinya dapat menjadi saksi di hari pembalasan bahawa saya telah berusaha untuk menyebarkan risalah Islam yang penuh kesucian ini.

Saya lebih berharap lagi supaya tulisan-tulisan saya ini mendapat tempat dalam pandangan rahmat Sang Pencipta kerana dengannya hidup saya yang singkat ini akan menjadi sangat bermakna.Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam kitabnya tentang hal yang seperti ini;

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Baqarah Ayat 218

Jujurnya,blog saya ini tak ada apa.Kalau ada sedikit kebaikan itu semua kurniaan Dia.Harap Dia selalu redha dengan kita.

InsyaAllah,kebaikan untuk disebarkan.

“Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis”

Twitter
Facebook

“Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis”

smoga pnulisan kita sama2 mndpt redha Allah~

sama-sama... teruskan perjuangan.. semoga diberkati Allah Taala..

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk