pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Hadiah Kerinduan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.


Saya mencongak secara kasar, termasuk hari ini sudah 175 hari saya berada di sini, di bumi Anbiya’ yang saya sifatkan dengan aneka warna ini.

HADIAH KERINDUAN

Belakangan ini, dengan kesihatan badan yang kurang stabil, saya banyak terkenangkan kenalan-kenalan saya di Malaysia. Selain ummi dan abah yang berada di kampung, kenangan bersama sahabat-sahabat di Malaysia juga banyak menggamit memori lampau.



Yang sebenarnya, saya sangat merindui semua yang telah saya tinggalkan itu. Kerinduan ini sehingga saya tidak mampu untuk mengungkapkannya melalui kata-kata mahupun tulisan.

Biarlah hati ini sendiri yang memahami sejauh dan sedalam mana kerinduannya kepada semua itu.

Kepada sahabat-saya saya, jika antum membaca tulisan ini fahamilah bahawa ana tiada hadiah atau apa jua bentuk penghargaan yang dapat ana berikan kepada antum.

Cukuplah kerinduan ini sebagai bukti bahawa antum tidak pernah lekang daripada cebisan-cebisan puzzle yang sentiasa melengkapi cantuman perjalanan kehidupan ana yang serba lemah dan kekurangan ini.

SAYA MENCINTAI MEREKA

Saya mencintai mereka dan saya berharap dengan kecintaan ini dapat melorongkan kami ke arah kebenaran yang Dia redha. Cinta saya kepada mereka yang jatuh bangun saya ini dilihat mereka, juga cinta saya kepada mereka yang tawa dan tangisan saya juga pernah menjadi tontonan mereka.


Untuk mereka, saya ingin curahkan kerinduan ini. Biarlah segala kenangan yang kami lalui menjadi kenangan terindah yang mewarnai hidup saya selama-lamanya.

Tidak dapat saya sebutkan di sini betapa manisnya berukhwah bersama mereka. Kenangan tinggal di asrama, sama-sama tidak siap kerja sekolah, sama-sama dileteri guru, sama-sama berjaga sehingga lewat malam di musim peperiksaan, semua ini tak mampu saya gambarkan di sini.

Lupakah antum dengan gelagat senior-senior yang mengajari kita sifat patuh?

Masih ingatkah antum dengan karenah adik-adik yang sentiasa menuntut semua kesabaran hati dikerahkan?

Siapa antara kami yang tidak pernah keluar malam. Rasanya semuanya pernah. Sekurang-kurangnya keluar malam untuk menonton Piala Dunia 2006 yang ditayangkan di restoran berdekatan, Restoran Nasmir Nasi Kandar. Mengenangkan itu, saya jadi senyum sendiri. Kisah lalu, alangkah indahnya jika dapat saya mengulanginya.

Kepada sahabatku sekalian, ana tak mampu menghadiahkan antum dengan hadiah yang mahal-mahal. Tidak juga dengan kata-kata manis atau syair yang dapat mengharukan hati yang membaca.

ANA INGIN MENGHADIAHKAN IMAN



Namun ketika ini ingin sekali ana mencontohi baginda nabi. Baginda yang selepas berpenat lelah bersama sekalian sahabat mengharungi perang Hunain yang amat mencemaskan, tiba-tiba disesakkan pula dengan rungutan sebahagian sahabat dari kalangan Ansor yang kurang menyenangi tindakan baginda.

Kala itu, sebahagian Ansor merungut kerana melihat pembahagian harta rampasan perang yang kelihatan kurang adil. Para pembesar Quraish diberi harta yang lumayan, sedangkan mereka dari kalangan Ansor ada yang tidak mendapat apa-apa.

Setelah diketahui baginda akan rungutan mereka, maka para sahabat itu dikumpulkan. Langsai memanjatkan syukur kepada Allah, baginda memulakan ucapan,

“... Wahai kaum Ansor, adakah diri kamu merasa tidak puas hati terhadap sisa sisa dunia yang aku gunakan untuk menarik minat kaum tersebut agar memeluk Islam. Sedangkan aku serahkan kamu kepada keislaman kamu. Wahai kaum Ansor, tidakkah kamu redha orang ramai kembali bersama kambing dan unta, sedangkan kamu pulang kepada tunggangan kamu bersama Rasulullah?

Demi Tuhan yang jiwa Muhammad dalam genggaman-Nya, jika bukan kerana Hijrah, nescaya aku seorang Ansor. Sekiranya orang ramai melalui satu lorong di bukit, sedangkan Ansor melalui lorong yang lain, nescaya aku melalui lorong yang dilalui Ansor. Ya Allah, rahmatilah Ansor, anak-anak dan cucu-cucu Ansor."
Diriwayatkan selepas nabi mengucapkan seperti itu, kaum Ansor mengalirkan air mata sehingga membasahi janggut-janggut mereka.

Jadi di sini ingin sekali ana mencontohi ucapan baginda.


Biarlah persahabatan kita ini, hadiahnya adalah iman. Biarlah kerinduan ana ini, balasannya adalah redha Sang Pencipta.

Malah ana sangat ingin mengungkapkan doa ini buat antum,

Ya Allah, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini pernah berkumpul kerana Mengasihi-Mu, Berternu untuk mematuhi-Mu, bersatu rnernikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah rnengikat janji setia untuk rnendaulat dan rnenyokong syari'at Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yangtidak kuniung rnalap. Lapangkan hati-hati ini dengan lirnpahan iman dan keyakinan.

Ya Allah, rahmatilah aku dan sahabat-sahabatku, dan rahmatilah keluarga-keluarga kami.

Sesungguhnya aku redha dengan mereka. Maka Ya Allah, redhailah mereka.



"Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk..." Surah Al-Kahfi ayat 13

Twitter
Facebook
al-faqir al-kulimi at March 24, 2010 at 11:41 PM

salam,,,hai naim satu cetusan hati buat kenangan lalu,,,,itu semua sentiasa dalam kenangan,,,ketahuilah wahai saudaraku "Masa yang lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu,tetapi masa akan datang sentiasa melawat kamu Apabila kamu hitungkan apa yang sudah berlalu,biarkanlah,maka wajib atas kamu meghitungkan pula masa yang di hadapan itu pelawat bagi kemajuan dan kebahgiaan.",,,,Renung2kan dan selamat beramal,,,bitaufiq

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk