pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Kami

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.

Ada seorang sahabat saya, beliau tidak sihat. Katanya demam. Saya risau juga, maklumlah kami di Mesir. Bagaimanapun saya tetap mendoakan agar beliau segera sembuh.

Saya ada membaca di website Langit Ilahi, dalam artikel terbaharunya Hilal Asyraf bercerita tentang masa. Artikel beliau amat menyentuh hati.

Kemudian saya mencongak waktu, menghitung hari.

Hari ini, Rabiul Awwal rupanya masih berbaki beberapa jam. Walaupun para ulama berkhilaf pada tarikh sebenar kelahiran dan kewafatan nabi, namun masih tetap dalam bulan ini.



Sebenarnya apa yang menimpa sahabat saya, itu jugalah yang saya rasakan sekarang. Kami tak sihat, bezanya saya tak suka makan ubat.

Mata berpinar. Kepala terasa berat. Tekak kontang. Sendi seakan mengering. Sakit-sakit begini, saya terkenang baginda nabi.

Saya tidak dapat menulis banyak. Saya ingin mengajak anda menghayati video ini(Saya mahu upload dari youtube, tapi saya tak bagaimana caranya). Hayatilah, sebahagian sirah tentang kewafatan baginda.

di link ini.



anda boleh ikuti sambungannya di youtube, di channel ini.

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya) dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya dia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah) dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan." Al-Baqarah Ayat 96

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk