pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Islam Yang Sebenar?

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.

Wahai kamu yang berpuluh tahun mengaku Islam,
Wahai kamu yang berikrar memperjuangkan Islam,
Wahai kamu yang melenting-lenting bila agama ini dipersenda,

Jawab soalan ini,

Apakah Agama Islam ini sebenarnya?

MENGENAL ISLAM CARA SAYA

Perlaksanaan Islam ini sebenarnya terbahagi kepada tiga bahagian yang utama.


1. Akidah yang kita pelajari dalam ilmu Tauhid,

2. Syariah atau hukum hakam yang kita dapat perolehi melalui bidang Feqah,

3. Akhlak pula menerusi bahagian tasauf.

Kita ini apabila kita berkata mahu hidup sebagai pejuang agama Allah, kita perlu selesai semua bahagian ini. Mahu tegak Islam apanya jika akidah tidak betul, masih terpengaruh dengan syiah dan sebagainya.

Kemudian, ibadat syariah juga perlu diambil penting. Solat kita macam mana, puasa kita adakah bertepatan dengan cara yang diajar syarak, dan ibadah-ibadah utama yang lain, adakah kita sudah beramal atas landasan yang syariat kita telah susun atau kita ini bergerak atas jalan yang kita sendiri reka.

Yang ketiga adalah akhlak ataupun tasauf. Bahagian akhlak ini ramai antara kita yang tak jelas. Saya ingin sebutkan bahawa akhlak ini dibahagi dua, akhlak dengan Allah dan akhlak dengan makhluk Allah.



Akhlak dengan Allah ini yang utama. Dengannya, kita akan terdidik bagaimana untuk berakhlak dengan selain-Nya.

Akhlak ini juga bermula dari kita bertaubat hinggalah kepada kita mencapai tahap makrifat (mengenal Allah).

Kerana itu taubat ini penting. Hari-hari kita perlu melakukannya kerana kita sebagai manusia mudah sangat terjebak dengan perkara yang Sang Pencipta tidak suka. Bila taubat dilakukan, pintu-pintu kebaikan yang lain akan menyerbu datang.


ISLAM ADALAH CARA HIDUP YANG MENYELURUH

Cara saya, Islam terdiri daripada tiga perkara pokok ini.

Dengannya, kita dapat hidup atas muka dunia ini tanpa sebarang kerisauan, bebas masalah yang membebankan, malah hari-hari yang kita tempuh tetap tidak tersimpang dari landasan menuju kejayaan.

Kerana itu timbul istilah Islam sebagai cara hidup. Kerana melalui tiga di atas, hidup kita dipenuhi.

Kita bangun daripada tidur, berkadar terus dari itu kita menjadi hamba Allah yang ditaklifkan (yang diberi tanggungjawab).



Allah yang melihat kita sewaktu kita bangun tidur itu adalah Allah yang sama melihat kita hingga kita dalam keadaan tidur semula. Yang Maha hebat itulah yang mengawas kita tanpa lepas.

Maka inilah akidah. Rasa bertuhan, malah meyakini tuhan itu sentiasa memerhati.

Syariah atau hukum hakam ibadat juga ada dalam setiap detik hidup kita. Bila hadir rasa bertuhan, kewajipan melaksanakan syariat pun datang. Mengaku ada tuhan bermakna mengaku wajib solat, begitulah seterusnya.

Sama juga dengan akhlak. Bila setiap detik kita berakidah bahawa Yang Maha Hebat itu sedang melihat kita, maka setiap detik itulah kita kena berakhlak dengan-Nya.

Pusing-pusing macam mana pun tiga ini juga yang timbul. Apa jenis kehidupan jika kita tidak rasa bertuhan.

Kesimpulannya, tiga ini seiring. Tanpa salah satu daripadanya tak tahulah Islam jenis apa yang diamalkan itu.

Pada saya pandangan saya yang lemah ini, beginilah Islam. Kalau ada lain yang lebih hampir dan lebih mudah difahami, tolong sampaikan kepada saya. Di ruangan komen bawah ini pun tak apa.

MAHU PERJUANG ISLAM?

Yang tak boleh blah ada yang kata mahu perjuang Islam, tapi bila tanya balik Islam itu apa, jawapan yang terbit aneka macam.


Atau sebenarnya kita tidak berani berkata kita pejuang agama ini?

Tapi kalau tak mahu jadi pejuang agama Allah mahu jadi apa?

Jadi penentang agama-Nya?

Fikir-fikirkan. Saya tutup artikel ini dengan kata-kata Imam Hassan al-Banna ketika beliau ditemuramah oleh seorang wartawan. Beliau berkata:

“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.

Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.

Inilah saya, anda pula siapa?”

Twitter
Facebook
al-faqir al-kulimi at March 24, 2010 at 11:53 PM

salam,,,hai naim,mabruk satu lagi topik perbincangan yang menarik dan membuatkan jiwa kehambaan ini mencari dan mengenal realiti serta erti hakikat sebagai hamba.............
*Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
*Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.dakwah Isalam mencakupi kedua-duanya sekali.
*Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
**Jadi....Renung2kan dan selamat beramal:),,,bitaufiq

Jzkk ats perkongsian.. Mantap..
Semoga ilmu yg dicurahkan dpt di'convert'kn mnjadi amal pula, inshaAllah..

~Setiap langkah dan nafasmu hnya untuk Allah..
Jika langkah-langkahmu diambil bkn kerana-Nya.. Untuk apa engkau terus melangkah?
Jika nafas-nafasmu dihirup bkn lagi untuk-Nya.. Untuk apa engkau terus bernafas?

Demi keseronokan yg sementara?
Demi mencapai kjayaan yg xkekal sifatnya?
Demi menikmati dunia yg xpernah cukupnya?

Katakanlah, “Solatku, ibadahku, hidupku, matiku, hnya kerana Allah, Tuhan sekalian Alam.”

InshaAllah, hidupmu akn kembali bermakna, dlm erti kata Allah redha akannya..~

Wallahu’alam..

p/s: kta2 ana quote kt sni.. bru lpas komen kt langit ilahi..

salam abg zul, terima atas peringatannya.. Islam ni kan ramai penganutnya, tapi tak berkuasa pun di mana-mana.. sedih kan..

sLave_oF_Almighty, terima kasih. kita akan bergerak kepada amal, insyaAllah.moga Allah redha dengan kamu.

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk