Jangan Terlalu Fokus Pada Isteri Cantik
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.
Namun, semua matlamat, kehendak, keinginan, kemahuan, cita-cita dan yang layak baginya ini tak akan langsai jika fokus kita tidak digerakkan kepada amal.
Bercita-cita mahu beristeri cantik tidak memungkinkan kita berhasil mendapatkannya hinggalah kita bergerak selangkah ke hadapan.
Contohnya, meminang gadis tersebut.
Nasihat saya, janganlah terlalu asyik dengan hasil, tetapi lihatlah pada proses.
Nasihat ini sangat mudah difahami.
Ramai di kalangan kita apabila dia melakukan sesuatu, awal-awal yang dipandangnya adalah keberjayaan daripada usahanya. Baru mula berniaga sudah mahu untung lumayan. Mengajar tidak sampai beberapa tahun sudah mahu semua pelajarnya faham.
Apakah semua ini?
Kitakah yang menentukan takdir?
Tentu jawapannya tidak. Yang dinamakan qada’ dan qadar itu berada di dalam genggaman-Nya.
Ada pakar motivasi berkata, perjalanan beribu batu, bermula dengan langkahan pertama.
Fahamilah bahawa apa pun matlamat dan tujuan yang mahu dicapai. Walau setinggi dan sehebat mana pun, yang terlebih penting dari itu adalah memulakan langkah.
Kerana tanpa memulakan, kita tak akan dapat apa-apa.
matlamat tahun ini, menyiapkan sebuah novel.
ya Allah, bantulah aku.