Mencipta Seni Kematian
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1)
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.
MATI DEKAT SANGAT
Kata ulama, jangan tertipu dengan usia muda kerana mati itu tidaklah syaratnya tua. Dan jangan juga tertipu dengan kesihatan tubuh kerana bukanlah sakit saja syarat menyambut ajal.
Kita ini yang salahnya kita selalu tetapkan dalam hati kita begini:
‘Aku ini muda lagi, mesti lambat lagi akan mati. Baru umur 20 tahun, sekurang-kurangnya ada 30 tahun lagi.’
Ataupun kita fikir macam ini:
‘Aku sekarang ini kan masih sihat. Badan pun tak ada sakit-sakit, takkan dah nak mati pulak’.
Sampaikan kita terfikir agaknya malaikat maut itu tersilap kalau mengambil nyawa kita yang sihat sejahtera ini.
Patutkah macam itu?
SENI KEMATIAN
Bila kita sedar yang matinya kita ini tak perlukan syarat, maka di sinilah peluang kita. Peluang untuk memilih cara kita mati.
Sahabat saya sebut ‘seni kematian’.
Seni kematian ini sangat menarik. Memang sangat menarik.
Caranya mudah sahaja. Siapa-siapa pun akan dapat, insyaAllah.
Kerana seni kematian ialah kaedah kita memilih cara kita mati.
Begini, ada orang yang hidupnya dilumuri palitan maksiat, maka matinya juga kerana jijiknya kotoran itu.
Kaki judi, akhirnya mati akibat dibunuh lantaran tidak membayar hutang kerana kalah judi. Kaki rempit, matinya pula di jalan raya akibat kemalangan.
Kaki perempuan, kaki botol dan kaki-kaki lain pun sama. Agaknya kaki rokok dan kaki filem dan drama Korea pun termasuk sekali.
“Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.” Surah Al-Baqarah ayat 95.
CIPTA SENI YANG KITA MAHU
Yang selalu kita laungkan adalah syahid di jalan Allah. Itulah seni kematian yang kita mahukan.
Maka jika kita mahu seni kematian kita namanya syahid, maka bergeraklah.
Bergeraklah ke arah mati yang syahid di jalan Allah.
Pada saya syahid ini maksudnya bukan mesti mati berperang dengan orang kafir. Bukan mesti perlu tadah tengkuk di medan perang sahaja baru dikira syahid.
Tapi pada saya syahid juga adalah orang yang berjuang untuk memastikan kalimah Allah di tempat yang tertinggi.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Musa al-Asy’ariy, bahawa ada seorang lelaki mendatangi Rasulullah saw lalu berkata:
“Ada seorang lelaki berperang kerana ingin mendapatkan ghanimah, ada pula yang berperang untuk diingat (kemasyhuran), dan ada pula yang berperang supaya kedudukannya tinggi; lantas siapa orang yang benar-benar berjihad di jalan Allah? Rasulullah saw menjawab, “Siapa saja yang berperang untuk meninggikan kalimat Allah, maka ia benar-benar berjihad di jalan Allah.”Hadis riwayat Muslim
Jihad kita pelbagai. Apa cara yang mampu, maka di situlah kita berjihad.
Jihad kan asalnya dari perkataan arab, maknanya bersungguh-sungguh. Jadi, siapa bersungguh-sungguh untuk meninggikan kalimah Allah, maka itulah jihad.
Kata kuncinya sungguh-sungguh di jalan Allah.
Boleh kan macam ini?
SOAL MATI TAK AKAN HABIS
Sahabat-sahabat, mati ini perkara pasti.
Kita tak akan jumpa orang yang tak mati sampai bila-bila. Yang ramainya kita jumpa mati tiba-tiba.
Jadi marilah kita bersiap. Mana tahu kita mati hari ini.
Bukannya saya doakan mati hari ini. Tapi inilah kebenarannya.
Mati itu pasti, dan kedatangannya pula bila-bila masa.
Soal mati hanya akan habis bila kita sudah mati.
“Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).” Surah al-Ankabut ayat 57
p/s: ikuti juga penambahannya di sini.
nice post...mungkin ana sendiri nanti mati depan komputer..(T_T)
salam,
Melawan nafsu. Maka,ianya jihad juga.
p/s:mati dpan komp? hoo..btul juga.
pakya,
alhamdulillah. mati di mana bukan jadi perbincangan kita. soalnya, mati yang bagaimana?
seni kematian yang saya mahu adalah mati yang di dalam redha-Nya.
ariffah9,
betul. jihad kita atas semuanya. insyaAllah
salam.
kullu nafsin zaiqatul maut.
mati itu pasti.
syukran atas peringatan.
jazakallah khairan kathiran.
Alangkah takutnya mati..
x prlulah kta nanti-nanti..
yg pasti ianya akn dtg sndiri..
Hnya amalan baik yg prlu kta siapi..
Utk mnntukn kematian yg cntik berseni..
Mga kmatian kita dalam dakapan redho ilahi..,aameen Ya Rab.
akhi, sbenrnya kita prlu takut mati atau x?
statement mcmana ya kta nk gna?
antara.."aku lkukn smua nie sbb aku tkut mati,takut Allah" or "aku lkukn smua ni sbb aku brani hadapi mati,aku bersedia utk brtmu Allah"
ana trgt kt maahd dlu, ada sorg ust ckp(x igt plak sapa..)'kita ni x prlu takut mati kalau kita ni buat baik kt dunia tp kalau sblknya mmg prlulah kna tkut mati, golgn ulamak misalnya..mereka berani mghdpi mati'..knyataan sbegitu ana masih trfkir shgga kini..
mga ada yg sudi mmbri kteragn yg bleh mrungkaikan,.syukran jazilan.
kadang2 manusia pk mati tu bile da tua je..sedangkan mati tak kenal usia.yang pasti ia akan datang tak kira masa...
syarifah radiah ibrahim,
sama-sama. mati yang datangnya pasti ini, marilah kita sama-sama beringat.
afifah salleh,
terima kasih atas respon anda. saya sangat menghargai komen yang bentuknya seperti ini.
sekadar pandangan saya yang lemah ini, mati bukanlah satu perkara yang perlu ditakuti.
bahkan orang-orang yang terpilih, mereka memilih untuk suka kepada mati.
tidakkah kita ingat kisah sahabat-sahabat nabi yang mereka itu sangat mengimpikan terbunuh di medan peang seperti mana para kuffar inginkan terus hidup.
cuma yang jadi masalah bila kita ini hidup dengan penuh kemaksiatan, amaran dan larangan Allah banyak sangat kita langgar, itu sebabnya kita jadi takut.
kita percaya adanya pembalasan, tapi kerana kepercayaan kita itu lemah, maka kita sukar untuk terjemahkan kepercayaan kita dalam segenap kehidupan..
ubatnya, kembalilah kepada Allah. hanya Dia yang dapat membantu kita.
shamsiah shamsuddin,
betul kata kamu. kerana itu mati yang datangnya pasti dan tiba-tiba ini, marilah kita sama-sama beringat.
terima kasih cek EPAL. semoga kunjungan anda beroleh berkat.
Salam ziarah sdr,
perkongsian yang mengesankan.
bukan soal di mana tapi bagaimana
saat mati semakin dekat,tak mungkin semakin jauh
Faiz Faiza,
salam kembali. insyaAllah.. moga kunjungan kamu beroleh berkat.
hamba ilahi,.
syukran kathir..sebetulnya kita smua hrus kmbali kpd Allah dlm stiap urusn.
Ya Allah, jgn Engkau biarkn nsib kmi dtntukn oleh diri kmi sndiri walupun kadar skelip mata @ kadar masa yg lbih pndek dr itu..
insyaAllah..
Assalamualaikum.
Jazakallah atas perkongsian dan ingatan.
Pernah juga terfikir macam 'pakya', mana tahu mati semasa menghadap laptop. T_T
Jadi, ingatan utk diri sendiri, apabila masuk waktu solat, terus laksanakan, nanti mana tahu belum sempat solat, malaikat maut tarik nyawa masa menghadap laptop, huhu.
Syukran.