Puisi - Lautan Maaf Sang Pencipta
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1)
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.
Sehari dua ini, hati rasa gundah. Tenang dan tenteram menjauh.
Mungkin kerana banyaknya dosa, lantas hati berasa tidak kena.
Ya Allah.. ampunkan salah hamba-Mu ini.
Apapun, mari hayati puisi ringkas,
LAUTAN MAAF SANG PENCIPTA
Dosa-dosa yang menggunung,
Mari kita teggelamkannya,
Dengan taufan doa,
Dan goncangan insaf,
Ke dalam lautan maaf,
Yang dasarnya tidak dijumpai,
milik Sang Pencipta.
Mari kita teggelamkannya,
Dengan taufan doa,
Dan goncangan insaf,
Ke dalam lautan maaf,
Yang dasarnya tidak dijumpai,
milik Sang Pencipta.
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami..." (Surah Al-baqarah ayat 286)