pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Nasi Hangit Bukan Salah Blog

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani." (surah al-Fatihah ayat 1) 

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu 'alayhi wa sallam penghulu anbiya' dan para rasul. 
Hari ini saya melakukan sedikit kemaskini di blog saya. Walaupun ada beberapa bahan yang dibuang, namun yang ditambah sebagai gantiannya lebih banyak.
Kerana itu saya suka untuk berkongsi bersama anda semua sedikit sebanyak bahan-bahan dan perkara-perkara yang terdapat dalam blog saya yang tak sepertinya ini. Siapa tahu mungkin terdapat faedah berguna yang kita selama ini tak pernah perasan.

TAJUK BLOG DAN TEMANYA


Tajuk blog saya adalah ‘hamba Ilahi bernama Mohd Naimul Firdaus’. Temanya pula saya ambil daripada potongan sajak sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang, sajak Jiwa Hamba, Berpusing roda, beralih masa berbagai neka, hidup di bumi selagi hidup berjiwa hamba pasti tetap terjajah abadi.


Jika diteliti, kedua-dua tajuk dan tema blog ini berkongsi pada perkataan hamba.
Sebenarnya, yang merosak dan mengucar-kacirkan dunia kita sekarang adalah kerana hilangnya perasaan diri sebagai hamba kepada Ilahi. Orang-orang yang seperti ini, yang memenuhi kolam fikir mereka saban waktu adalah keduniaan.
Seluruh kehidupan mereka ditumpahkan kepada mencari keduniaan dan apa-apa yang membawa mereka hebat dan dikenali di dunia ini. Terjadinya pecah amanah dikalangan orang yang diberi tanggungjawab adalah kerana tiadanya perasaan diri dilihat oleh Tuhan.
Seorang anak gagal menunaikan amanah orang tuanya apabila dia gagal membahagiakan mereka. Ibu bapa pula tidak dapat mendidik anak mereka dengan sempurna kerana pengharapan mereka selama ini tidak sepenuhnya digantungkan kepada Allah Yang Maha Kaya.
Begitulah juga para pemimpin, rakyat mereka, dan seluruh manusia amnya, perkara ini tidak akan terjadi jika setiap daripada kita menyematkan perasaan hamba ini dengan baik di jiwa masing-masing.

PAUTAN-PAUTAN DARI LAMAN LAIN


Secara umumnya, laman-laman yang diletakkan mengikut bahagaiannya yang tersendiri ini adalah untuk kemudahan saya mendapatkan info-info dan maklumat-maklumat yang saya rasakan memang penting untuk diri saya dan semua pelawat blog ini.
Rasanya ridak perlu saya terangkan panjang lebar kerana kebanyakan pautan-pautan ini memang dikenali oleh orang ramai. Cumanya kalau masih ada yang belum kenal dengan blog Dari Anjung al-Atrak, Langit Ilahi dan Faisal Yusup, cuba anda lawati selepas ini terutamanya ke laman web Langit Ilahi. Saya yakin anda tidak akan berasa rugi selepas berkunjung ke sana.
Untuk perhatian semua pembaca, di atas bahagian artikel saya terdapat satu kotak kosong yang saya letakkan tajuk cuba taip maklumat yang mahu dicari.... Di ruang ini kalau ada yang masih belum tahu, sebenarnya anda boleh mendapatkan banyak bahan yang berguna.
Taip sahaja apa bahan yang ingin didapatkan, maka akan keluar senarai yang berkaitan dari laman-laman dan pautan-pautan yang disediakan di blog saya. Anda juga boleh memilih laman dari bahagian mana mengikut kesesuaian bahan yang ingin dicari.

BANNER BLOG SAYA

Pada awalnya saya teragak-agak untuk membuat dan meletakkan banner blog saya ini. Maklumlah, saya ini bukanlah siapa-siapa untuk memiliki sebuah banner blog supaya dikenali ramai orang.


Namun bila difikirkan semula saya rasa tidak ada salahnya untuk saya membuat dan menyebarkannya pula. Saya tidak berfikir perbuatan saya ini sebagai satu perbuatan yang tidak baik walaupun tidak dinafikan mungkin akan ada kesan-kesan negatif dan keburukan daripadanya.
Kerana itu, sesiapa yang rasa bersetuju dengan pernyataan saya ini saya galakkan untuk ambil banner blog ini dan lampirkan di blog anda. Siapa tahu dengannya kita dapat memperoleh manfaat walaupun sedikit.
Penat saya buat banner ini, khusyuk betul sampai terlupa masak nasi sampai hangit! Kwang2x

MAHU MENJADI HAMBA

Yang saya harapkan daripada pembinaan blog ini adalah supaya pembumian amal kita sebagai seorang hamba dapat disebarluaskan. Sekurang-kurangnya jika orang lain tidak dapat mengambil manfaat, cukuplah jika saya sendiri yang merasakannya.
Saya ingin dalam kehidupan saya ini, saya dapat menjadi seorang hamba yang sebenar kepada Tuhan saya.
Tuhan saya yang Maha Sempurna ini, walaupun saya sering terlupa kepada-Nya, namun Dia tidak pernah lupa kepada setiap hamba-Nya.
Moga rahmat-Nya yang luas tidak bertepi dan keampunan-Nya yang besar melebihi segala kebesaran itu tidak diharamkan daripada kehidupan saya.
Ya Allah, bantulah aku dalam menjadi seorang hamba-Mu.

"Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar." al-Anfal ayat 73

Twitter
Facebook

Salam kenal, salam persahabatan, dan selamat berkarya

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk