pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Ini Yang Pasti, Kamu Jangan Ragu

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.

Hitam di pinggir putih
Malam selepas siang
Hidup, baru mati!


INI TAK PASTI



Saya baharu pulang dari Rumah Keluarga Terengganu di Kompleks Hayyu Ashir. Semalam saya mendapat mesej dari Aiman mengatakan pagi ini berlangsung kelas tutorial Fiqh Muqorron, jadi pagi tadi saya bergegas pergi. Namun apabila saya sampai, suasana tak seperti yang saya bayangkan.

Saya lihat di maktabah mereka tak banyak kasut (orang tak ada), lalu saya hubungi Aiman. Alhamdulillah, dia tak mengangkat panggilan saya.

Maka saya berijtihad bahawa hari ini kelas ditangguhkan. Saya pulang.

Dalam perjalanan, saya berfikir, kenapa kelas tak ada? Sayakah yang terlalu lewat sehingga kelas sudah tamat? Ataupun sahabat-sahabat yang lain juga lewat lalu kelas benar-benar ditangguhkan?

Saya tak pasti.

INI YANG PASTI, KITA JANGAN RAGU, KITA JANGAN GELISAH


Pagi tadi juga saya ada membaca di blog saudara saya. Beliau menulis dalam catatan terbaharunya, di antaranya ayat ini,

“Kenyataan Yang Tidak Boleh Dihindari Harus Diterima,Jika Engkau Gelisah Sebab Kenyataan Itu, APA ERTINYA KEGELISAHAN ITU?”

Beliau mengajak khalayak pembaca berfikir ayat ini. Jadi saya pun fikir.

Apabila saya fikirkan, saya mendapat suatu jawapan. Jawapan saya, kenyataan itu sebenarnya adalah sesuatu yang pasti. Sesuatu yang tiada keraguan padanya.

Lalu apakah yang pasti? Yang tiada keraguan?

Kitab ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” Al-Baqarah ayat 2.

Pada saya inilah yang nyata. Al-Qur’an. Kerana Dia diturunkan oleh DIA kepada hamba-Nya.

Makanya soalan beliau tadi pada saya bunyinya begini,

Kalau kamu gelisah sebab yang tiada keraguan(Al-Qur’an) itu, apa ertinya kegelisahan itu?

Jadi saya pun fikir. Yang sebenarnya, apakah ini?

Twitter
Facebook

err.. xfaham. huhu..
'asif.

erm..memang ramai orang cakap tak faham artikel ni.

tak apalah, ini untuk yang faham sahaja.

maaf kepada semua.

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk