Mereka Yang Bertuah-Memilih Fitrah
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1)
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.
Saya mahu mengupas senyum,
Kerana membumikan amal sebanding mendapatkan langit akhirat yang bahagia,
Sukarnya, hanya Allah dan pilihan-Nya yang tahu.
Saya juga mahu sampaikan ini,
nak kata puisi tak ada seni,
tapi baik juga untuk dihayati (moga Allah redha).
Kepada Akh Sobri naqib usrah,
Yang mengajarku mengetuk pintu tarbiyah,
Menyelimutkan sabar atas seribu gundah.
*maaflah kerana dah lepas dua hari, tapi masih tak terlambat kan?
Pada malam ini yang berbulan cerah,
Yang harinya berada di tengah mengikut kiraan Hijriah,
Saya mahu abadikan catatan ini kepada yang bertuah,
Juga kepada sesiapa yang memilih ukhuwah,
Salam taaruf dariku-hamba Allah.
KAMU YANG BERTUAH
Kamu yang bertuah,
Kerana hidup memilih fitrah,
Biar mati dikandung tanah,
Namun bergerak menuju Ilah.
Kamu yang bertuah,
Kerana pada-Nya kamu menyerah,
Pencipta yang pada-Nya segala berkah,
Pemilik yang dari-Nya semua hikmah.
Kamu yang bertuah,
Tuhan kamu itu hendaklah disembah,
Sujud dahi di tanah,
Tunduk hati jangan membantah.
Juga untuk Amin sahabat fillah,
Yang menemani tatkala ujian menyinggah,
Mengepal bukit tabah.
*maaflah kerana dah lepas sehari, tapi masih tak terlambat kan?
Kamu yang bertuah,
Walau dilengkar sejuta masalah,
Walau dihinggap lautan mehnah,
Kamu yang bertuah tak akan menyerah.
Kamu yang bertuah,
Ambillah waktu untuk muhasabah,
Hari yang panjang mengandung salah,
Walau sedikit pasti menggugah.
Kamu yang bertuah,
Hati yang kamu ingin letakkan fitrah,
Peliharalah seperti melintasi as-SIRAH,
Ibarat rambut yang dibelah-belah.
Mumtaz akhirat dunia najah,
Bukankah itu yang kita arah?
Moga tercapai insyaAllah.
p/s: kepada abg sobri dan amin, juga kepada kita semua, ana nak pesan sikit. Pesanan untuk diri sendiri terutamanya.
“Alangkah beruntungnya jika kita menggunakan umur panjang yang dikurniakan dengan melakukan kebajikan dan amal soleh kerana sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
"sebaik-baik kamu ialah orang yang dianugerahi umur panjang dan baik pula amalannya."
assalamualaikum naim,,,
betulkan naim untuk hidup nie kita kena gunakan setiap saat dengan kebajikan dan semaikan benih-benih kebahgiaan dalam mencari keredhoan Allah S.W.T. kerana hidup ini adalah perjalanan dan bukannya destinasi.....
*hukum alam telah menetapkan "Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan."
*renung-renungkan dan selamat beramal:)