Puisi – Hati Yang Jauh
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.
MESIR INI ANEKA WARNA
Hari ini saya penat betul. Mulanya kelas tutorial dibatalkan. Kemudian tunggu bas di bawah panas terik, walaupun tak sampai sejam. Tengok arab bertengkar. Ditambah bas yang sarat sampai ke atas tangga. Kuliah yang menguji kesabaran.
Mesir ini aneka warna.
Hari ini juga sahabat saya, Norazlan bin Rosli sambut ulang tahun kelahiran ke 20. Dia ketua muzakarah kelompok (usrah) saya di sini. Semalam kami sambut di asrama ini, tepatnya di syaqah 5.
Untuk mereka, saya tulis sebuah puisi. Terutamanya kepada Syurah Bil. Beliau ini namanya macam saintifik, tapi yang sebenar orangnya sangat peramah.
Puisi kepada ummah - HATI YANG JAUH, MENDEKATLAH
Batin diperah mentari,
diam mengering sendi.
Syurga ditempati,
sedang nafsu kaku,
di jasad layu.
Pada lalu.
WUJUD ITU DI TEMPAT,
TIKA BERJISIM.
Pada syurga,
akal khali,
suara terkunci,
memandang ke arah sepi,
jauh di hati.
ESA BUKAN SATU.
Duduk di sisi,
lorong senyum,
rumah agung.
Al-Ghazali, As-Sowi, As- Sakandari, dan Zamakhsyari,
Mendengar di jauh hati,
sebelum kembali ke Al-Jaafari.
Lalu tiba mengajak hati,
Mengajak hati,
Terus mengajak,
MARILAH MENDEKAT.
_______________________________________________________
Mohd Naimul Firdaus Bin Abd Latib – takungan kontang -
8.45 Malam, 14 Mac 2010/29 Rabi Al-Awwal 1431,
Masjid Al-Azhar dan bas 3 jim ke Awwal Sabiek,
Dedikasi kepada ramai:
Syeikh Jamal Farouk dan Syeikh Toha Rayyan hafizahumallah,
-redhokan ketelanjuranku ini.
Ustaz Hafiz naqib usrah,
-terima kasih doronganmu.
Ustaz Syahir senior,
-teruslah mengajak ummah.
Sahabat-sahabat seusrah,
-Azlan, selamat hari lahir,
-Syurah Bil, maaf ini sahaja ana mampu,
-Mujahid, kamu dah makin matang,
-Fathudin, terima kasih gunakan laptop ini,
-Firdaus, remaja kita manfaatkan,
-Taufik, jaga diri baik,
-Hasyim, usaha kita tangga.
Abg zul dan keluarga,
-syukran, hidup kita mengganding hikmah.
Penyetia al-Atrak, masjid al-Asyraf dan Mudoiyyafah,
-moga Allah redha dengan kalian.
Tuan pu3 dan sahabat,
-Moga hati kita mendekat.
Ammu-ammu bas, beserta khalayak penumpang,
-sabar itu perisai.
Dan sekalian warga Malaysia – Mesir
-kita akan dihisap-
UMMAH, MARI DEKATKAN HATI
“Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.” Surah Al-Hijr Ayat 47
assalamualaikum ya akhi,selesai membaca jam 12.10 a.m. 15 mac,satu usaha yg hebat dan puisi yg penuh dgn erti kehidupan yg tertanggung bersama kesabaran,,,satu usaha yg baik naim seperti "Seorang yang memikul kayu di belakangnya untuk dijual lebih baik daripada meminta-minta yang belum tentu orang hendak memberikannya.",,,abg zul sertakn doa agar usaha yg kecil ni memperoleh keberkatan yg melaut rahmatnya,,,serta dedikasi yg bersahaja dan santai rileks saja,,hihihi,,bitaufiq
waalaikumussalam abg zul,usaha kecil macam ni, apalah ertinya berbanding pengorbanan abg zul dan ulama2 kita yang lain. namun tak salah kiranya rahmat-Nya yang melaut luas itu kita pohon..
moga Allah redha
salam,
kurang faham, tapi mmg nmpk bhasa tinggi nih.
truskn thabat dan mngajak srta mnyeru ummah. Smoga Allah prmudahkn.
-ariffah9-
waalaikumussalam kepada ariffah9,
insyaAllah. puisi ini memang payah nak faham. melainkan kalau tahu kisah sebenar. yang penting saya nak sampaikan mesejnya, harap mesej dapat sampai.
moga Allah redha
^_^b