pengumuman

anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Puisi - Untuk Jiwa Yang Merdeka

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.

Membaca novel ‘Takdir’ di website Langit Ilahi, prolog yang membina iman, membangun yakin. Masanya akan sampai, kita, adakah kita akan tertinggal?

Saya tak mahu. Saya hendak jayakan tema. Mari menjadi hamba.

Kerana itu, terimalah,

PUISI-UNTUK JIWA YANG MERDEKA

Wahai jiwa-jiwa yang merdeka,

Tuhanmu memanggil,

Mengapakah kau berpaling?

Tidak cukupkah dengan rahmat-Nya?

Masih kurangkah kasih-Nya padamu?

Jawab!

Kufur, itukah kamu?

Wahai jiwa-jiwa yang merdeka,

Nabimu yang berjumpa Dia,

Tidakkah kau mahu mengikuti?

Dia Yang Berkuasa,

Pada semua yang dinaungi langit,

Atas seluruh yang ditanggung bumi.

Wahai jiwa-jiwa yang merdeka,

Berhentilah mengidam dunia,

Kumpulan kasta, timbunan harta, terkenal-ternama,

Itu semua tak akan mengenyangkanmu,

Pada jagat sempit,

Dalam buana singkat,

Dunia ini singgahan.

Waktunya sudah semakin hampir…

Mana jiwa-jiwa yang merdeka?

Mari kita kotakan perjanjian-Nya.

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!" surah al-Fajr ayat 27-30

____________________________________________________

Mohd Naimul Firdaus Abd Latib,
7.45 pagi, 27 Mac 2010/11 Rabiul Akhir 1431,
dedikasi kepada Hilal Asyraf, moga Allah redha dengan kamu.

Twitter
Facebook
al-faqir al-kulimi at March 29, 2010 at 12:33 AM

assalamualaikum,,,hai naim:)

adakah jiwa akan tenang dengan tentera anggota yang hebat@sekadar jiwa sahaja???

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.

*kesimpulannya???ayuh fikir bersama-sama,,,renung-renungkan dan selamat beramal:)

al-faqir al-kulimi at March 29, 2010 at 12:34 AM

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk