pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Cerita Pancutan Mani

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1)

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.


KISAH AIR MANI



Setiap manusia, permulaan kejadian mereka hanyalah dari setitis mani yang kotor. Kotorlah, mana ada orang suka-suka mahu minum air mani. (kecuali dalam sesetengah kes??)

Hakikat ini telah kita ketahui melalui pendidikan sains yang diajarkan di sekolah-sekolah. Yang tidak bersekolah juga tahu.

Malah perkara ini juga telah disebut dalam kitab al-Qur’an sejak 1400 tahun lebih yang lalu.

“Dari air mani diciptakannya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab..” (surah 'Abasa ayat 19)




LUPA KEPADA MANI, LUPA JUGA KEPADA PENCIPTA

Namun, para manusia ini apabila mereka boleh berfikir dan diberi sedikit ilmu, malah yang tidak berilmu juga, mereka menjadi lupa diri.

Lupa yang asalnya diri mereka itu hanyalah dari beberapa titis mani yang jika mani itu tumpah di mana-mana, tiada siapa pun yang mahu mengutipnya kembali.

Lupa kepada yang mencipta mani, juga yang mencipta mereka, Allah itu sentiasa memerhati mereka.

Lupa juga bahawa mereka itu diperhati untuk diberi balasan di kemudian hari.

Mereka ini apabila dipanggil untuk menghadap kepada Allah, mereka berlengah dari bersegera kepada-Nya.

Walaupun seruan itu adalah seruan yang mengajak ke arah kebaikan, kecemerlangan, kejayaan, dan semua kemuliaan, mereka tetap berlengah.

Saya hairan betul dengan manusia-manusia ini. Seruan itu sudah sangat jelas menyebut ‘marilah menuju kejayaan’, tapi mereka masih tidak mahu bersegera.

Saya terfikir, jika manusia tidak mahu segera dengan kejayaan, mahu segera kepada apa?

“(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?” (Surah Al-Waaqi'ah ayat 58)

Nasihat saya, kita jangan angkuh sangat.



p/s: perbincangan tentang ayat al-Qur’an yang mengajar cara membuat roti canai terbang disambung pada artikel akan datang.

Twitter
Facebook

nice post...kena sebijik kat muka -.-

Izinkn ana msuk ke p'bncgan ini..
Terdapat ktergn2 dr ayat-ayat al-quran yg mnyntuh soal pnciptaan mnusia, antaranya:

هُوَ أَنشَأَكُم مِّنَ الأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا (61) سورة هود
Dia Telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya

إِنَّا خَلَقْنَا ٱلإِنسَانَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعاً بَصِيرا
Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dari setetes (mani) yang bercampur[1535] yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), Karena itu kami jadikan dia mendengar dan Melihat.(Al-Insan;2)
[1535] Maksudnya: bercampur antara benih lelaki dengan perempuan.

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقاً فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ
الْمَاء كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ - الأنبياء 30

Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, Kemudian kami pisahkan antara keduanya. dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?


Drpd ayat2 di atas mnyebutkn kejadian mnusia dr tanah, air mani, & air..
bagaimana pula kejadian seorg wanita yg dikatakn berasal drpd tulang rusuk lelaki?


Dalam sebuah hadis sohih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, Nabi berkata,
“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”

lah..hampeh ja pun.. ingatkan ada cerita panas tadi. rupanya tajuk ja bunyi macam cerita lucah.. hmm..

salam..tak baik anonymous cakap macam 2..blog ni berkaitan agama..bukannya ada unsur2 kotor..pape pon,gud luck...

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk